Monday, June 15, 2009

Pemuda Perjuang Nasib Penduduk Bandar Di Kg Kerinchi



Bro Jinggo

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin semalam menghabiskan masa selama satu hari bersama penduduk di PPR Kerinchi, Lembah Pantai bagi mendekatkan diri dengan pengundi muda di kawasan bandar serta mengenal pasti permasalahan mereka.

Ini adalah satu usaha Pergerakan Pemuda Umno mengorak langkah dengan memberi penumpuan dan penekanan kepada penduduk di kawasan bandar dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan tersebut.

Sepanjang pertemuan dengan penduduk di kawasan perumahan berkenaan, kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk kawasan terbabit adalah masalah pengurusan sampah, persekitaran, tempat letak kereta serta permintaan untuk membeli rumah berkenaan daripada hanya menyewa.

"Kesemua permasalahan yang dibangkitkan ini akan Pemuda Umno perjuangkan dan kami akan berusaha untuk membantu mereka mendapat peluang untuk hidup lebih selesa agar mereka tidak rasa kehimpitan tinggal di bandar," kata Khairy di Majlis Sehari Bersama Pemuda Umno Malaysia di Bandar di PPR Kerinchi.

Suara perjuangan Pergerakan Pemuda Umno tersebut juga mendapat perhatian dan membawa Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik hadir ke PPR Kerinchi dan beliau, mengumumkan bahawa kerajaan akan menyelesaikan segala masaalah dalam tempoh masa yang terdekat.

Diantaranya ialah masaalah yang telah lama tidak diselesaikan sehingga kini yang menjadi rungutan dan bebanan penduduk PPR ialah masaalah pampasan perpindahan.

Ketika sesi dialong bersama Datuk Raja Nong Chik, beliau berkata kerajaan akan menyelesaikan masaalah tersebut secara berperingkat ringkat.

Selain aktiviti gotong royong membersihkan kawasan, program sehari itu turut mengadakan majlis dialog bersama masyarakat setempat, sukan rakyat, mengunjungi rumah penduduk, mengadakan klinik kesihatan bergerak, pertandingan melukis bagi kanak-kanak, beramah mesra dengan penjual dan pengunjung di gerai-gerai berdekatan serta kenduri rakyat.







1 comments:

mynameisnabil.blogspot.com June 18, 2009 at 1:44 AM  

YB KJ turun la ke kawasan Bagan Datoh, jumpa pemuda2 kawasan sana. Dah daftar online tp dah lama tgk kat url online tu asyik dlm proses sahaja.

p/s : Program2 yg melibatkan pemuda2 di kawasan Dun Hutan Melintang tak banyak dan ia menyebabkan kelesuan yang kita nmpak kepada pemuda2 kawasan ini dan terlebih ke arah pembangkang.
Berikan kami peluang2 untuk melibatkan diri dalam umno

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP