Monday, May 18, 2009

Pemuda UMNO laksana program baru dekati generasi muda

MELAKA 17 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO akan memperkenalkan program dan aktiviti baru yang lebih relevan kepada generasi muda dalam usaha mengajak mereka mendekati parti itu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat perlu ada perubahan baru dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan sebelum ini yang dilihat tidak lagi relevan untuk digunakan kepada generasi muda pada masa kini.

Katanya, pendekatan Pemuda sebelum ini hanya relevan kepada generasi lama dan tidak sesuai digunakan jika parti berhasrat mendapat sokongan daripada generasi muda yang celik teknologi maklumat (IT).

''Jadi, kita dalam peringkat perancangan di peringkat negeri dan bahagian, apa perubahan dari segi pendekatan yang akan kita lakukan supaya lebih ia relevan kepada generasi muda.

''Tumpuan terutama kita kepada mereka yang akan mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-13, oleh itu, jangan kita ikut rentak kita sendiri, tanya apa yang relevan bagi generasi muda pada masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan logo baru Satu Malaysia bagi Pemuda UMNO Melaka di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.

Menurut Khairy, generasi muda hari ini sering mendapatkan maklumat menerusi laman web, blog dan sebagainya.

Sehubungan itu, katanya lagi, pendekatan menerusi sesi penerangan serta buletin dilihat kurang berkesan untuk menarik minat golongan itu mendekati UMNO.

''Pemuda perlu ada pembaharuan dalam cara kita menyampaikan maklumat yang lebih relevan dan diterima mengikut cita rasa generasi muda pada hari ini.

''Sebenarnya, banyak pendekatan kita perlu dikemaskini dan dibuat secara lebih menarik minat mereka," katanya.

Sebagai langkah awal ke arah pembaharuan itu, kata beliau, Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan kursus pendidikan politik kepada semua kepimpinan dan ahli jawatankuasa Pemuda seluruh negara Jun ini.

Katanya, kursus itu penting kepada semua pemimpin Pemuda di peringkat negeri, bahagian dan cawangan bagi menggunakan modul baru dalam usaha mendedahkan mereka kepada pembaharuan yang akan digunakan mendekati generasi muda.

Menurutnya, modul itu kini hampir siap dan apabila selesai semua mesyuarat peringkat cawangan Pemuda seluruh negara dalam tempoh sebulan ini, barulah kursus itu dapat diadakan.

2 comments:

Anonymous,  May 20, 2009 at 12:44 AM  

Telahan yang mengatakan generasi muda kebanyakannya anti-establishment adalah tidak benar. Ramai yang berdiri dan bergerak seiring dengan establishment. Cumanya dalam bab mengundi, yang sedar tentang peranan mereka dalam mencorakkan lanskap politik tanah air adalah rata-ratanya dari kalangan anti-establishment. Generasi Y mendapat tenaga dan galakan menerusi usaha berterusan dari pihak yang berasakan mampu meraih manfaat politik disebalik sentimen anti-establishment. Sedangkan golongan yang tidak menentang establishment nampaknya kurang sedar tentang kepentingan satu undi dalam mencorakkan hala tuju sosial, pendidikan dan ekonomi bukan saja untuk mereka tetapi untuk generasi pasca mereka juga -- generasi Z.

Andikarya_maya

Anonymous,  May 20, 2009 at 1:12 PM  

Salam,sila layari walaupun anda fahaman berbeza

http://penpusaka.blogspot.com

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP