Monday, April 13, 2009

Tahniah kepada pemegang-pemegang amanah yang baru

Barisan Transformasi..….Barisan Baru Pegawai Pentadbir Pemuda UMNO Malaysia Mengangkat Sumpah Taat Setia Dan Menyimpan Rahsia Parti Di Hadapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Serta Naibnya, YB Datuk Razali Ibrahim Di Pejabat Pemuda Di Sini, Isnin Petang. Empat Pegawai Baru Terbabit Ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Khairy Umum Empat Pegawai Lantikan Baru

Oleh Kazman Kamal

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan perlantikan empat pegawai baru bagi menggantikan pentadbir sedia ada dalam struktur organisasi pergerakan itu.

Empat pegawai sebelum ini iaitu Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim serta Setiausaha Kerja Pergerakan itu, Shahrul Zaman Datuk Yahya telah melepaskan jawatan masing-masing.
Manakala empat muka baru yang mengisi jawatan tersebut ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Dalam ucapan ketika majlis ringkas petang tadi, Khairy mengucapkan setinggi-inggi peghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga kepada pergerakan itu sebelum ini.

"Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada mereka yang akan meninggalkan Pemuda. Segala ilmu dan jasa yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi misi Pemuda hari ini.

"Dan kepada muka baru yang dilantik hari ini, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin bagi menjayakan transformasi di dalam UMNO khususnya sayap Pemuda", katanya.

Terdahulu sebelum itu empat pegawai berkenaan, Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja) mengangkat sumpah memegang amanah dan menjaga rahsia parti di hadapan Khairy Jamaluddin serta Datuk Razali Ibrahim.

Khairy seterusnya berkata dengan perlantikan itu juga, Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO yang akan dipengerusikan oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap.

"Saya berharap seluruh barisan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan", katanya.

2 comments:

zedmagel April 14, 2009 at 4:51 PM  

Di ucapakan Tahniah kepada semua yang telah dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab kepada umah Islam dan bangsa Melayu. Bangunkan jiwa-jiwa pemuda Melayu untuk terus bersatu dalam segala hal, kerana pemuda adalah pemangkin kepada yang tua dan sang alpa.

Jika bukan pemuda UMNO siapa lagi saudara?

zedmagel April 14, 2009 at 4:51 PM  

Di ucapakan Tahniah kepada semua yang telah dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab kepada umah Islam dan bangsa Melayu. Bangunkan jiwa-jiwa pemuda Melayu untuk terus bersatu dalam segala hal, kerana pemuda adalah pemangkin kepada yang tua dan sang alpa.

Jika bukan pemuda UMNO siapa lagi saudara?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP