Saturday, April 11, 2009

SEGALANYA TELAH SELESAI DAN BERJALAN DENGAN BAIK

Semuanya telah berjalan dengan selamat, Perhimpunan UMNO dengan pemilihan semua jawatan semuanya terungkai dan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua , itu kata-kata UMNO bagi memujuk hati kita kembali. Namun tidak semua yang dapat menerima bait-bait ungkapan ini dengan ikhlas hati . Apa-apa pun kita terpaksa terima demi kebaikan dan perpaduan UMNO .

Pilihan raya telah selesai , kita gagal merampas kembali satu DUN dan satu kawasan Parlimen tetapi kita berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri , Datuk seri Najib dan Tan seri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Barisan Kabinet juga telah disusun dan yang digugur juga telah mengosongkan pejabat untuk diisi oleh penyandang yang baru. Kabinet lama ini hanya bertahan hanya setahun sahaja. LAGI

1 comments:

Sikhin Harun,  April 12, 2009 at 5:26 PM  

Means Business...

Salah satu misteri dlm dunia perniagaan,perlu sentiasa ada sistem tambahbaik iaitu menilai dan membaiki sistem yg sedia ada disamping memperbaiki..!Itu dari strategi SISTEM!!Faktor pekerja pun kena ambil kira juga!Kalau individu yg dilantik 'dibawah keupayaan' keseluruhan company akan gagal!!So itu bukanlah perubahan sistem,itu cuma perubahan kosmetik(kosmetik merujuk kpd pekerja).

Tapi,oklah..semuanya dah selesai!
Penyokong KJ walaupun kecewa tetapi dapat menerima keputusan dengan hati yang luas terbuka!Saya harap begitulah!Jangan ada pula yg kata,'anda tak perlu emosi bila KJ x dilantik anggota kabinet.Commonlah,kami berhak beremosi,layan perasan...tetapi secara perlahan-lahan,perasaan itu akan bertukar menjadi semangat dan kekuatan!Makanya kami penyokong-penyokong KJ akan gabungkan SEMANGAT dan KEKUATAN itu dlm membantu YB KJ melaksanakan tugasnya sebagai KP UMNO MSIA!!

Berat juga tugas YB KJ nanti...tapi tentu beliau ada skills!!Seperti bermain bola...tendang,tangkis,tahan,sepak,berlari,rebut bola..lepas itu sumbat ke tiang gol!!Dan tiang gol itulah matlamatnya..memperkasa PEMUDA UMNO!! Yes you can do it MR KJ!

Tapi klu nak memperkasa PEMUDA,perlu ada sokongan dari semua ahli..,saya teringat kata TUN ABDULLAH dulu,'BEKERJA BERSAMA-SAMA SAYA BUKAN UNTUK SAYA'!!Kalau semua beri YB KJ sokongan,tentu beliau akan BERJAYA!!

Bila sebut berjaya,teringat pula kata-kata CHE DET dulu..satu waktu dulu,lama dulu'KITA TIDAK BOLEH BERJAYA SEKIRANYA KITA MENGATAKAN KITA AKAN GAGAL'.

Tentu YB KJ tidak akan gagal..sebab beliau DIATAS KEUPAYAAN bukan Dibawah Keupayaan!KJ tak perlukan 'kosmetik' sebab beliau NATURAL!!

SALAM SETIAKAWAN

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP