Tuesday, April 7, 2009

KJ - Jentera Pemuda BN berdisplin, Pilihanraya kecil Bukit Selambau, Batang Air dan Parlimen Bukit Gantang .





Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah dan Batang Ai, Sarawak berlangsung serentak hari ini setelah pusat-pusat pengundian dibuka pukul 8 pagi ini.

Ahli-ahli Pemuda Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga disiplin sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Batang Air dan Parlimen Bukit Gantang. LAGI

2 comments:

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY April 7, 2009 at 11:30 AM  

Salam..maaf jika tersalah tempat..hanya untuk mewar-warkan..layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Mungkin ada yang memerlukan bantuan dan khidmat kami.Tq

Anonymous,  April 7, 2009 at 1:59 PM  

BERAKHIRNYA SATU TUGAS, BERMULANYA SEBUAH PERJUANGAN !
(Utusan Malaysia, Muka 10, 7 April 2009) dari http://www.ferizomar.com

Tanggal 3 April 2009 merupakan tarikh penyerahan pentadbiran negara kepada barisan kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib-Tan Sri Muhyiddin. Ia perlu dirakamkan sebagai tarikh perubahan zaman gelap kepada zaman kekuatan luar jangkauan Melayu dan Islam.

Upacara tersebut jatuh pada Jumaat, hari yang mulia buat umat Islam. Saya begitu sebak kerana peristiwa bersejarah itu ditakdirkan Allah SWT jatuh pada tarikh ulangtahun saya ke-38. Ternyata ia adalah hadiah teristimewa buat saya, ProWaris, sahabat-sahabat NGO Melayu serta para bloggers yang berjuang sekian lama tatkala UMNO berada dalam serba ’keterbatasan’ untuk bertindak sebagai barisan pertahanan pertama bangsa Melayu dan Islam.

ProWaris seawal penubuhannya pada 2001 lagi sentiasa memenuhi saf pertama dalam memastikan Agenda Melayu dan Islam terbela, tercapai dan terus terpelihara. Bagi kami, hak perjuangan Agenda Melayu adalah bukan 100% hak mutlak UMNO; perjuangan Agenda Islam adalah bukan 100% hak mutlak PAS; dan perjuangan menuntut keadilan adalah bukan hak mutlak Parti Keadilan Rakyat.

ProWaris mula lantang pada 2003 agar profesional Melayu tidak ’terkebelakang’ dalam mengharungi cabaran globalisasi dan bertindak sebagai katalis ekonomi negara. Pada 2004, ProWaris mencadangkan pengstrukturan semula operasi dan kewangan Malaysian Airlines System (MAS) kerana MAS pernah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia dengan majoriti pekerja dan pemegang sahamnya adalah Melayu. Tahun 2006, seluruh Malaysia dikejutkan apabila ProWaris membangkitkan isu keretakan jambatan MRR2; risiko nyawa dan kemungkinan berlakunya penyelewengan - sehinggakan MRR2 ditutup untuk pembaikan dan penyiasatan.

Pada 2007, Profesional Melayu berpadu tenaga menghasilkan 20 Tuntutan ProWaris-Mapan terhadap Iskandar Malaysia melalui Buku Merah-Hitam demi mempertahankan hak Bangsa Melayu, kesucian agama Islam, kedaulatan negara serta Institusi DiRaja Malaysia. Sekalipun telah dipersembahkan berkali-kali dengan penuh berhemah, usaha kami tidak dilayan oleh pucuk pimpinan negara. Sejak saat itu, kami berpendapat kepincangan pentadbiran negara sudah mencapai tahap kritikal sehingga diterjemahkan rakyat dalam PRU12 dengan kekalahan paling dahsyat BN-UMNO dalam sejarah 51 tahun merdeka; senario yang telah dijangka awal oleh ProWaris melalui kajian ’protes rakyat’ sebelum pilihanraya.

Teras gerak-kerja ProWaris terhadap isu-isu ini sentiasa terpasak atas integriti roh Melayu profesional dan Islam yang kukuh. Kukuh kerana berjuang menurut fakta; Fakta yang begitu padat; Padat dengan analisis, akta perundangan dan statistik terperinci; Terperinci namun dipermudahkan melalui hujah yang jelas lagi efektif. Faktor inilah yang menarik ramai teman seperjuangan lain yang mahukan perubahan sekali gus tidak terus alpa dengan kelemahan pemimpin. Di sinilah bermulanya gerakan akar umbi melalui revolusi NGO-NGO Melayu.

ProWaris pernah diiktiraf PAS sebagai ’pasukan elit Islam’ yang profesional lagi berani, manakala sebilangan besar Melayu lain pula mengaitkan ProWaris sama seperti perkumpulan ’Selendang Merah’ yang bangkit di zaman 13 Mei 1969. Tidak ramai tahu bahawa ProWaris pernah dikecam hebat seolah mencari publisiti murahan, pernah diugut oleh mereka yang bencikan perubahan, laman web rasmi juga pernah digodam dan pernah dikejar sehingga ke Mersing sewaktu menuntut peralihan kuasa disegerakan. Pengalaman yang paling memalukan adalah apabila saya sendiri dihalau keluar dari studio TV sewaktu bersiaran langsung dalam program ulasan PRU12. Namun, inilah adat berjuang bak kata pepatah, kita perlu ’tegak pada yang datar, berpegang pada yang benar’.

INI SUARA MUDA MEWAKILI 70% PENGUNDI MALAYSIA !

Sebagai sebuah NGO yang memantau kedudukan UMNO-BN dari luar, kami yakin Najib-Muhyiddin tidak akan persiakan jerih-perih, ratapan-tangisan, perahan minda, doa-zikir, waktu dan wang yang rakyat korbankan supaya transformasi politik ini berlaku. Memandangkan kita hanya mempunyai masa singkat, Najib-Muhyiddin perlu menggunakan kuasa seefektif mungkin agar momentum terbina hingga tercapainya kejayaan pada PRU13 kelak.

Antara perkara perlu dilaksanakan adalah:-

Merealisasikan segera janji struktur ’Rakyat-Parti-Kerajaan’;

Pilih menteri kabinet di kalangan individu yang mempunyai roh Islam murni, bijaksana, tidak dibenci rakyat, bersih rasuah serta berintegriti tinggi biarpun tidak begitu popular;

Selesaikan isu sebilangan pemuda UMNO yang menafikan ucapan Presiden dalam Mesyuarat Agong 2009;

Buru dan perkenalkan dari sekarang ikon-ikon pemimpin muda yang boleh mewakili rakyat bawah 40 tahun (70% suara pengundi Malaysia);

Pergunakan kekuatan NGO dan bloggers yang membantu proses transformasi politik agar mereka turut sama memulihkan kecelaruan politik dan ekonomi negara bagi mengelakkan kesan ‘boomerang’ jika mereka diabaikan; dan

Pastikan pembentukan roh dan jati diri Islam di kalangan ahli UMNO secara berterusan.

Penyerahan pentadbiran kepada Najib-Muhyiddin adalah bukti berakhirnya satu lagi tugas ProWaris. Sekalipun demikian, bagi kami ia juga adalah titik permulaan sebuah perjuangan Agenda Melayu dan Islam supaya ia ’tidak terdaya dicabar’ oleh sesiapa pun selepas ini !

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP