Wednesday, April 8, 2009

BN kekalkan kerusi DUN Batang Ai

Isu semasa




Maklumat rasmi

BN Menang besar di Batang Ai, BN menang lebih dari 806 majoriti undi yang pernah mereka perolihi pada pilihan raya 2006. Jelas PKR tidak boleh bertapak di Sarawak.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan sehingga pukul 6.40 petang ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 2,605 undi berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 1,281 undi.

PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

3 comments:

Anonymous,  April 8, 2009 at 6:30 AM  

jelas memberat sebelah berita blog di sini...samalah macam rtm... bejalarlah Free press...

Java developer,  April 8, 2009 at 11:09 AM  

awat tajuk mcm BN menang besar? awat tak tulis BN kalah di bkt gantang dan bkt selambau?

novus,  April 8, 2009 at 3:03 PM  

rtm tak tulis die bace jee ,,,,kita dengaq ..... ini blog bukan presstapi apapon BN kalah 2 -1 kita tunggu nakhoda nak lantik kabinet esok la plak mesti ader yang x kena.............

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP