Thursday, March 12, 2009

‘Pembaharuan melalui sikap terbuka’- KJ

PERKENAL DIRI...MOHAMAD Hasan (tengah) bergambar bersama tiga calon Ketua Pemuda UMNO (dari kiri), Mukhriz Mahathir, Dr. Mohd. Khir Toyo, Khairy Jamaluddin dan calon Naib Ketua Pemuda, Razali Ibrahim pada Majlis Ramah Mesra Calon-Calon Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di Seremban, semalam.

Naib Ketua Pemuda UMNO yang merupakan salah seorang calon yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berkata sesi berkenaan menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pemilihan UMNO sebagai satu pemilihan yang ada unsur-unsur negatif seperti politik wang, ugutan, sabotaj dan sebagainya.

Menurut beliau sesi perjumpaan calon dengan para perwakilan itu menunjukkan satu keterbukaan parti itu dengan memberi ruang sepenuhnya kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang akan menerajui parti kelak.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa janganlah memandang serong pemilihan UMNO ini. Mungkin kalau ada aduan, itu sebahagian kecil.

"Sebenarnya apa yang sedang berlaku adalah satu keterbukaan untuk semua calon berjumpa dengan perwakilan. Jadi kita tidak ada apa-apa nak disembunyikan.

"Inilah sebenarnya UMNO, kita terbuka dan kita beri peluang kepada calon untuk berjumpa setiap perwakilan dan perwakilan akan pilih berdasarkan kepada penelitian dan penilaian mereka terhadap calon dan juga kelebihan calon tersebut", katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan calon Pemuda, Wanita dan Puteri dengan perwakilan UMNO Negeri Sembilan di sini, Selasa malam.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP