Monday, March 2, 2009

KJ - FAM perlu menerima teguran secara terbuka


Budaya memberi nasihat dan menerima nasihat, memerlukan keikhlasan, keterbukaan, berlapang dada terhadap kritikan dan teguran , harus diingat teguran adalah sesuatu yang penting kepada manusia. Atas dasar itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaludin meminta FAM supaya tidak terlalu sensitif dengan teguran daripada pihak-pihak yang ingin memperbaiki mutu bola sepak tanah air.

Malah, Khairy turut berkata, badan induk itu perlu menerima segala teguran dengan hati yang terbuka walaupun kadang-kadang teguran itu ‘terlalu pedih’ atau ada kalanya ‘tidak berasas’.

“Janganlah pula seolah-olah FAM ini tak boleh langsung terima teguran dan juga pandangan daripada ahli gabungan dan juga mereka yang terlibat dalam bola sepak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan Futsal Terbuka Belia Seputeh di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan FAM menggantung ketua jurulatih Felda United Reduan Abdullah selama setahun selain denda RM4,000 kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang dianggap tidak tepat.

Khairy bagaimanapun berkata, beliau belum lagi dimaklumkan tentang sebab-sebab Reduan digantung.

“Tetapi apa pun, saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat exco kelak,” katanya.

Selepas Reduan, badan induk bola sepak negara itu dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Soh Chin Aun dan ketua jabatannya, Lt. Kol. (B) Kamaruddin Sakhari kerana dikatakan ‘bermulut celupar’ terhadap FAM.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP