Saturday, March 14, 2009

KJ CETUS IDEA DAN KOMEN MEMBINA TENTANG MINI BAJET



Klik disini untuk menyaksikan rakaman siaran langsung dari Parlimen [Video]

Saudara Khairy Jamaluddin telah muncul bersama YB Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato’ Dr Moh Puad Zarkashi dalam program Lintas Langsung Dari Parlimen yang disiarkan secara langsung selama sejam dari pukul 10.00, 10 Mac 2009.

Bertepatan dengan tarikh pembentangan mini bajet nasional oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak, perbincangan pada pagi tersebut lebih menjurus dan berkisar kepada pakej ransangan ekonomi.

Ketika ditanya pada awal siaran tersebut mengenai harapan untuk mini bajet, Saudara Khairy menjelaskan bahawa mini bajet ini dibentangkan dengan berlatar belakangkan kemelesetan dan kegawatan ekonomi dunia yang meruncing dan ini menunjukkan komitmen dan tindak balas dari

Kerajaan yang sentiasa peka kepada keadaan semasa dan kebajikan rakyat. Dari segi perinciannya pula, haruslah dihalusi akan jumlah, sektor yang ditumpukan, kaedah serta mekanisme pembayaran jumlah mini bajet tersebut, ujar beliau.

Sebagai selingan, hos bagi rancangan itu Saudara Sabaruddin Ahmad turut meminta pandangan Khairy mengenai PPSMI. Menurut Khairy, pendirian dan ketetapan beliau adalah konsisten dan jelas di mana beliau sejak dahulu lagi tidak bersetuju dengan dasar dan perlaksanaan PPSMI. Namun, pada masa yang sama juga beliau tidak bersetuju dengan usaha-usaha yang mempolitikkan PPSMI sekarang ini. Beliau berharap Kerajaan akan mengumumkan keputusan berkenaan halatuju PPSMI dalam masa terdekat dan pada masa yang sama berharap agar rakyat semua dapat bersabar dan menunggu keputusan tersebut.

Bercakap mengenai perlaksanaan mini bajet tersebut, Saudara Khairy menghuraikan bahawa, pertamanya, setiap perbelanjaan Kerajaan memerlukan kesan gandaan atau multiplier effects kepada seluruh rakyat Malaysia. Keduanya pula, dari segi jumlah – ia hendaklah berkemampuan untuk memberi anjakan bagi menghindari risiko krisis ekonomi, terutama apabila kadar pertumbuhan suku ke empat 2008 hanya pada 0.1 peratus. Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk mini bajet, dan sekiranya ia dinaikkan kepada RM20 bilion, ia masih pada tahap 3 peratus GDP. Selanjutnya, beliau menerangkan bahawa Kerajaan memerlukan kaedah perbelanjaan yang boleh memberi impak serta merta kepada rakyat kerana jika ia sekadar kerja-kerja atau projek infrastruktur – ia akan menelan masa yang agak lama untuk sampai terus kepada rakyat. Jadi, Kerajaan perlu juga memperuntukkan inisiatif berbentuk subsidi atau banturan terus yang boleh meringankan beban rakyat.

Menyentuh mengenai isu pengangguran, Saudara Khairy menegaskan bahawa isu pengangguran adalah isu generasi muda kerana kebanyakan mereka yang bekerja dan menganggur adalah dari golongan tersebut. Beliau juga menekankan bahawa perlu ada usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat yang dilanda tekanan ekonomi mengurangkan kos mereka seperti pengurangan cukai atau pengurangan sementara bayaran balik hutang.

Seterusnya beliau mengutarakan cadangan sekim insuran pengangguran atau unemployment insurance scheme yang boleh membantu dan meringankan beban mereka yang diberhentikan kerja. Sekim yang sudahpun diamalkan di negara-negara maju itu melibatkan sumbangan dan penglibatan dari pihak majikan, pekerja serta Kerajaan dan amat bersesuaian dengan senario semasa. “Kita tidak boleh beranggapan bahawa negara kita selesa dengan full employment lagi,” ujar Khairy. Beliau juga berpendapat bahawa sekim berkenaan lebih sesuai digunakan bagi membantu golongan penganggur daripada pengeluaran dana KWSP, yang pada asasnya adalah simpanan untuk hari tua.

Saudara Khairy juga mejelaskan bahawa pendekatan bersifat ekonomi makro semata-mata tidak akan dapat membantu kita melepaskan diri dari krisis ekonomi dunia sekarang. “Kita juga perlu pendekatan mikro atau setempat”, jelas beliau. Sebagai contoh, perlaksanaan mana-mana projek pertanian di Rembau amat menekankan aspek kesan gandaan seperti penjanaan pekerjaan.

Menyentuh mengenai latihan pada pekerjaan, Saudara Khairi menegaskan bahawa latihan pada dasarnya hendaklah mengikut dan reflektif kepada kehendak pasaran.

Dari segi perbezaan ekonomi dunia dan Malaysia pula, Saudara Khairi menjelaskan bahawa terdapat dua perbezaan utama iaitu, pertamanya, sektor kewangan kita masih adalah kukuh dan keduanya, kita mempunyai kadar simpanan yang tinggi. Maka, kita haruslah mencari jalan untuk penggunaan produktif dana simpanan tersebut dalam bentuk pelaburan. Institusi-institusi kewangan pula hendaklah mengurangkan kerenah birokrasi dalam pinjaman. Selanjutnya Khairy menjelaskan bahawa, mini bajet ini juga berperanan untuk membina keyakinan pengguna untuk berbelanja bagi menjana ekonomi.

Dalam aspek pekerja asing, Saudara Khairy berpendapat bahawa ia melibatkan isu penyelarasan kerana ia berkait rapat dengan isu permintaan buruh dari sektor-sektor tertentu dan juga aspek penguatkuasaan. Khairy menegaskan bahawa dasar pekerjaan negara hendaklah pro-rakyat tempatan.

Semasa sessi Lintas Langsung tersebut, YB Dato’ Dr Puad memberi beberapa ulasan dan cadangan seperti kempen membeli barangan buatan tempatan, pengurangan kerenah birokrasi serta sistem penyampaian yang dapat memberi kesan dan impak terus kepada rakyat.

Semasa ulasan penutup beliau, Saudara Khairy menjelaskan bahawa keadaan ekonomi kita masih lagi kukuh dan sihat dan mini bajet ini merupakan satu respon dari Kerajaan bagi menangani impak krisis ekonomi dunia. Beliau berharap mini bajet ini akan dapat sampai terus kepada rakyat dan mencapai impak serta merta. Di samping itu beliau juga mengingatkan semua yang dua rakan utama ekspot negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sudah pun dilanda kemelesetan ekonomi. Seterusnya beliau menekankan kepentingan untuk Kerajaan membela kebajikan rakyat serta menangani pengangguran.

HangTegar

4 comments:

Buaya-Merah March 14, 2009 at 3:21 PM  

salam,
khari mmg mempunyai bakat dlm sistem kewangn di malaysia..mmg wajar dia merebut jawatan ketua pemuda umno..khairi lebih menonjol dr mukriz..khairi lebih bijak berdebat..so sokong lah KHAIRIIII..

http://www.buaya-merah.blogspot.com/

Anonymous,  March 14, 2009 at 4:00 PM  

Aku sebenar tak suke sangat dengan umno..Tapi aku mmg suke dengan KJ..Beliu sangat lantang bersuara walaupun masih mude selain daripada mmberikan idea yang sangat bermas dan kontras daripada umum..Terutamanya tentang PPSMI..Harap beliau boleh menjadi peminpin negara satu hari nnt..

Generasi Pejuang Bangsa March 14, 2009 at 7:42 PM  

KJ berjaya mengulas dengan baik mengenai bajet mini yang dibentang oleh Najib dengan fakta2 dan idea2 yang bernas .

Inilah pemimpin muda yang bijak walaupun beliau bukan seorang menteri tetapi boleh mengulas secara detail mengenai budget mini ini .

Observation Camp July 26, 2009 at 7:29 PM  

jangan terlalu obses dgn seseorang individu, kerana kt mungkin terlepas sesuatu yg negatif ttg mereka. maaf sy katakan, mmg anda trdgr semua yg terhebat ttg KJ,itu sy xbrani sangkal, ttp anda mungkin terlepas yg negatif ttg dirinya. jgn trlalu mudah percaya kpd khbr (KJ positif), dn jgn trlalu sukar percaya kpd khbr (KJ negatif). sy brpndpt, cuba buka fikiran utk menilai bukan shj berita di kem KJ, ttp jg dr kem pemimpin lainnya. ingt, hmpir mustahil pemimpin yg 100% telus, jd buat pertimbngn baik buruk mereka dan buat penilaian ttg mereka secara berterusan dr masa ke semasa.( i hope that this comment be posted, to be heard of is my best wishes)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP