Sunday, March 22, 2009

Khairy diugut RM100,000.00





Bro Jinggo

Naib timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis terhadap penerbitan buku yang bertajuk “ Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin” kerana telah mengugut beliau dengan bayaran wang sebanyak RM100,000.00. Yahya Ismail yang juga penerbit buku berkenaan telah datang bertemu mengugut Khairy bahawa sekiranya Khairy gagal membuat pembayaran beliau akan menerbitkan buku tersebut. Tujuan buku tersebut diterbitkan ialah untuk dihantar kepada semua perwakilan UMNO Malaysia kerana kandungan buku tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Khairy yang cuba memberi imej buruk kepada perwakilan beliau.

Beliau membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur. Menurut Khairy lagi, Yahya Ismail berkata bahawa beliau ditaja oleh musuh-musuh politik Khairy dalam UMNO sendiri.

Di sini berlakunya ugutan dan khairy menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk pada sebarang ugutan walaupun Yahya meminta beliau membayar sebanyak RM100,000.00 agar buku tersebut tidak dicetak , dijual dan diedarkan kepada perwakilan.

Kata Khairy, beliau mempunyai pendirian bahawa beliau tidak perlu membayar pada buku tersebut kerana, ini ialah ugutan politik dan beliau berpengang pada prinsip beliau bahawa tidak akan tunduk pada mana-mana pihak yang meminta atau memaksa beliau dalam bentuk ugutan black mail untuk memenuhi permintaan mereka sebelum mengeluarkan buku dan juga bahan-bahan yang boleh memburukkan kredibiliti beliau.

Khairy berkata, bahawa penting bagi beliau untuk membawa kepada pengetahuan umum terutamanya kepada perwakilan Pemuda UMNO Malaysia bahawa buku ini sebenarnya tidak ada kredibiliti kerana buku ini ditaja dan kedua tidak ada kredibiliti kerana penulis ini telah meminta wang dari beliau sebelum buku ini diterbit dan dicetak.

Disini kita tahu bahawa ada unsur ugutan secara black mail dan penulis buku tersebut sebenarnya bukan mahu mencari kebenaran sebaliknya mencari keuntungan peribadi. Pihak Khairy telah mengenal pasti mereka yang berada dibelakang penerbitan buku ini. Yang untung adalah Yahya Ismail yang mana telah menerima wang dari mereka yang menaja dan mengharapka agar Khairy pula membayar wang kepada beliau. Inilah kekotoran hidup seorang penulis yang bernama Yahya Ismail.



KHAIRY DI FITNAH LAGI

Writer Yahaya Ismail blackmails KJ

3 comments:

Anonymous,  March 22, 2009 at 6:40 PM  

hari ini, buku anti khairy di edarkan oleh golongan anti khairy di dalam umno sendiri. ~ link

di khabarkan, buku tersebut di edarkan melalui pos kepada perwakilan yang akan hadir. ini bermakna, mereka yang bersekongkol adalah mereka mereka yang tahu senarai dan alamat perwakilan.

perlukah kita bersoal .. siap punya angkara?
kejadian yang serupa pernah berlaku ketika mahathir cuba untuk menjatuhkan anwar pada satu perhimpunan dahulu. senarai kenapa anwar tidak boleh jadi pm di edarkan kepada perwakilan. kerana itu lah maka, anwar secara terangan menentang sehinggakan anwar tersingkir pada tahun 1998.

kini kaedah yang sama di lakukan oleh umno untuk menolak calun yang menjadi musuh kepada satu calun yang lain.

hahah !
siapa yang mastermind game ni? hahah tekateki .. !

Anonymous,  March 22, 2009 at 10:52 PM  

KJ dilihat cukup terampil dan dianggap sebagai seorang yang cukup disenangi dan dihormati oleh pejuang UMNO.KJ dilihat sebagai seorang yang berani menyatakan pendapat secara terbuka demi mempertahankan maruah UMNO.

Beliau punya pendapat...dan pendapat itu merupakan asas kepada pemikirannya yang menjadikan dia seorang yang fanatik pada perjuangan UMNO.Dia punya agenda yang jelas dan mantap...

Salahkan dia berjuang untuk membela PEMUDA supaya lebih sempurna dan dihormati?
Ini bukan perlumbaan yang ada keputusan siapa yang menang dan siapa yang tewas.Ini adalah satu perjuangan..

Mengapa mereka tidak pernah bersetuju apabila ada individu yang punya kesedaran tinggi,berjuang mati-matian tanpa kenal penat dan lelah.
Sampai bila mereka perlu ada sifat DENGKI?

Dan lagi sekali,kontroversi..buku..(maaf,tak daya saya menyebut).Bagi saya mereka-mereka inilah yang selalu mengambil kesempatan,selalu saja mencetus idea kontra,selalu mengeruhkan suasana.

Kontroversi kali ini sudah tentunya meninggalkan kesan yang sangat dalam.Agaknya penulis itu sudah menunggu lama kesempatan untuk 'meluahkan'perasaannya.

Semua berhak menulis,punya hak untuk menyuarakan pendapat serta pandangan.Ini konsep keterbukaan.
Tetapi keterbukaan bukan bermakna sesiapa bebas mengaibkan,mencela,dan mencemuh.

Semuga penulis diluar sana menjadi lebih bertanggungjawab.

Salam Setiakawan

Abahnya Faez March 23, 2009 at 1:33 PM  

aku layan kan saje..... hahahha aku lagik suke umno jadik cm ni... hahahhahaha...

islam hadhari..islam hadhari...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP