Wednesday, March 25, 2009

Buku Siapa KJ jadi rebutan



SIAPA KJ? Itulah tajuk buku tulisan Mohd. Hanafiah Yusof yang diedarkan di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Buku setebal 91 muka surat itu yang menyingkap, mengulas dan mengupas dengan terus-terang mengenai calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sememangnya menjadi rebutan apatah lagi ia diberi percuma.

"KJ nombor 3, KJ nombor 3,'' jerit beberapa anak muda ketika mengedarkan buku itu kepada orang ramai yang melintasi mereka. Nombor 3 merujuk kepada nombor pencalonan Khairy untuk perwakilan memangkah.

Inilah aura KJ yang bergelombang selama 2 hari di PWTC.

1 comments:

mrafizi March 27, 2009 at 10:10 AM  

YB KJ,

Seperti komen saya sebelum ini, saya mengharapkan YB mampu buktikan persepsi negatif ke atas YB adalah semata-mata persepsi yang tidak berasas. Bukikan bahawa YB mampu membawa perubahan yang membawa manfaat kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Lebih dari itu, jangan takut untuk mencium keris! Itu lambang kepahlawanan kita. Semoga Allah bersama YB dan semua umat Malaysia.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP