Monday, February 16, 2009

Malaysiakini : Wawasan Tiga Tokoh Pemuda Mengenai Sosial, Ekonomi dan Politik.


Program “Hujah”


Siaran langsung dari TV9

Tarikh / Hari : 17 Februari 2009 ( Selasa )

Masa : 9.30 malam – 10.30 malam

Topik : Wawasan Tiga Tokoh Pemuda Mengenai Sosial, Ekonomi dan Politik.

Jemputan Ahli Penal Program “ HUJAH” di TV 9

YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir

Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir bin Toyo

Anjuran : TV 9

Nota BJ : Program 'HUJAH' merupakan satu wadah baru dalam penyampaian maklumat secara terus dari pemimpin politik kepada masyarakat.


Ia juga, boleh diaplimentasikan oleh pemimpin politik di negara kita, sama ada pihak UMNO(BN) atau pun parti pembangkang kerana ia mengambarkan perubahan arus politik di Malaysia yang lebih terbuka.


Melalui Program “HUJAH” ini ketiga-tiga calon Ketua Pemuda dapat berhujah melalui siaran langsung di kaca televisyen. Program ini membolehkan mereka menyampaikan mesej kepada rakyat secara lebih telus dan terbuka.

2 comments:

MAWAR BERDURI February 16, 2009 at 11:34 PM  

salam?

wah? mcm bagus ja ni! mawar nak tenguk la..tq la infonya mcm tenguk astro plak..he he

BRO JINGGO February 16, 2009 at 11:59 PM  

Salam Mawar..

Terima Kasih diatas sokongan Mawar...

Kita memerlukan seorang ketua pemuda yang berani lagi lantang di persada politik masa kini yang boleh membela nasib orang melayu…

Pemuda UMNO jangan terbelenggu dalam pemikiran lapuk dan tidak berpijak di bumi nyata!Anda harus siap siaga mengangkat martabat Pemuda dengan berani dan bertindak tanpa terikut-ikut Sang Belalang yang kerjanya " mengunyah " tidak keruan.Pastikan,anda memilih pemimpin yang bersedia mendengar dan menggerakkan jati diri dan Roh Pemuda yang lebih perkasa serta dapat menawan hati golongan muda dewasa ini.

Salam Perjuangan

BJ

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP