Tuesday, February 3, 2009

Malaysiakini : ProKJ Fan Club

Selamat datang ke ProKJ Fan Club…
http://chatroll.com/prokj-fan-club
Laman blog rasmi http://prokjfanclub.blogspot.com/

ProKJ Fan Club ditubuhkan secara rasminya pada 01 Feb 2009, bertujuan untuk mencari dan mengenal pasti lebih ramai lagi penyokong yang terdiri dari pada pelayar-pelayar laman maya dan juga bloggers yang menyokong kepimpinan YB Khairy Jamaluddin.

Kami juga mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan bagi memperbaiki kelemahan ProKJ Fan Club supaya akan memberi lebih manfaat lagi kepada semua ahli di masa hadapan. Sekiranya ada kekurangan, kami di ProKJ Fan Club, ingin memohon berbanyak maaf dan seharusnya kami akan berusaha untuk buat yang terbaik dimasa hadapan..

Disamping itu juga kita dapat menanam semangat setiakawan diantara bloggers dan juga pelayar-pelayar di laman maya, berpemikiran sihat, hasrat dan cita-cita yang jitu dan kental serta mempunyai sifat-sifat positif untuk setiap ahli serta agar dapat melahirkan lebih banyak lagi bloggers ditanah air kita.

Merancang, melaksanakan dan menilai program dan aktiviti ahli, mengusahakan dan membangunkan aktiviti yang berprestij, global dan menekankan kaedah-kaedah terkini serta kehendak semasa.

Memberikan peluang dan memdedahkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kepada ahli serta menganjurkan kursus, seminar yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

Akhirkata, semoga ProKJ Fan Club akan terus berkembang dan harapnya kita dapat berjumpa lebih ramai lagi ahli ProKJ Fan Club akan datang.

Salam Perjuangan

Bro Jinggo
Pengerusi ProKJ Fan Club

4 comments:

ahlang February 3, 2009 at 4:14 AM  

salam bro...
den dah jd Fan Club

semoga berjaya hendak nya

salam setiakawan
-ahlang-

PEJUANG CYBER February 3, 2009 at 9:07 AM  

Salam...

Syabas bro, sepatutnya dari dulu lagi fan club ini ditubuhkan, agar dapat memperkukukan lagi rangkaian bloggers setiakawan...

Apa apa pun saya sentiasa memberi sokongan kepada bro

Saya sentiasa menyokong KJ!

Salam setiakawan

LEFTFLANK February 3, 2009 at 9:16 AM  

Salam Bro..

Satu usaha yg baik. Inshallah saya akan membantu dari segi sumbangan buah fikiran apa yang terdaya bagi menambahmantapkan lagi ProKJ Fan Club.

Generasi Pejuang Bangsa February 3, 2009 at 9:31 AM  

akhirnya Pro KJ Fan Club dilancarkan ..

walaupun baru ditubuhkan ,tetapi masoh belum terlambat lagi .Semoga kelab ini akan lebih meriah dengan penyertaan ramai lagi bloggers.

salam setiakawan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP