Friday, February 27, 2009

Malaysiakini : Pemuda Umno cabar Karpal kemuka bukti - KJ

Pemuda Umno cabar Karpal kemuka bukti tempoh 24 jam untuk Pengerusi DAP Karpal Singh mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini, lapor Bernama.

Semalam, ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat Bukit Gelugor itu mendakwa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru yang ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam sidang media itu, Khairy turut menyifatkan Karpal yang juga seorang peguam veteran sebagai seorang yang angkuh serta berlagak seolah-olah tahu segala undang-undang.

"Sebab itu Pemuda Umno hari ini mendesak kerajaan untuk bertindak cepat, manusia macam Karpal ini memang angkuh, memang ingat dia selalu betul dan dia tahu segala-galanya. Saya takut kalau kerajaan tidak ambil tindakan mengikut undang-undang kita tak dapat bendung kemarahan rakyat, kemarahan sebilangan besar daripada rakyat masyarakat Melayu terutamanya, dan seluruh ahli pergerakan Pemuda Umno Malaysia," tegasnya.

Ditanya adakah pemuda Umno ingin meminta Karpal memohon maaaf secara terbuka, Khairy menjelaskan bahawa Pemuda Umno tidak akan membuang masa untuk meminta permohonan maaf Karpal.

"Manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda UMNO cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Pemuda Umno yang membuat 100 laporan polis terhadap Karpal,

Khairy berkata laporan tersebut mencerminkan perasaan majority rakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Sultan Perak Sultan Azlan Shah ke mahkamah.

"Sebagai seorang peguam terkenal, Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda Umno ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pemuda Umno juga mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis yang dibuat sebelum ini," katanya.

"Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda Umno yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat, "

Katanya, Pemuda Umno tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kesejahteraan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan.

Sumber : Malaysiakini

3 comments:

Enoresh Ize February 27, 2009 at 11:16 AM  

Pemuda UMNO ni..pengecut..bacul..takda kote kata orang kelantan..tapi aku orang sabah..Karpal yg OKU tu pun nak diserang..paloi macam KJ gak

BRO JINGGO February 27, 2009 at 11:48 AM  

Salam..

Tak semua orang sabah macam awak Ize! Saya faham kenapa awak jual nama sabah kat sini?

Sebab awak ada perasaan PHD... nak buat pembaca lain benci pada org sabah... taktik lama la...

Terus terang saya katakan disini kalau Karpal ni bukan OKU dah lama kita orang campak dia kat dalam longkang...

Sila baca petikan ayat ni dulu untuk awak sedar sikit...

Hari ini Karpal Singh berani berkata Singh is King. Singh juga kini tidak ada batasannya lagi untuk menghina orang Melayu dan Raja Melayu . Singh is King , Singh boleh lakukan apa saja di Malaysia sekarang cuma Singh yang bertaraf OKU tidak boleh berjalan sahaja. Yang lain semua Singh boleh lakukan.

KJ x paloi... KJ menegakan hak pemuda, beliau adalah seorang yang bertanggungjawab...

Jangan salah tafsirkan perjuangan KJ...

Fikir-fikirkanlah...


BJ

jack port February 27, 2009 at 12:49 PM  

saya sokong dengan bj , x semua org sabah macam lze! pemuda umno bukan pengecut..bacul..dan bukan takda kote untuk pengetahuan ize
k...


pemuda umno cuma malas lagi ambil tindakan ke atas karpal...kerana karpal dia masih keras , maksud saya dia masih keras klu org OKU lain lah cita ni masih boleh lakukan apa saja di malaysia makna nya karpal ni masih kuat lagi...


oleh itu pemuda umno harus ambil masa untuk menjatuh kan karpal yang kononnya dia lah singh is king di malaysia.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP