Tuesday, February 17, 2009

Malaysiakini : Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua Pemuda

Pembabitan Tun Mahathir mencampuri pemilihan Ketua Pemuda UMNO bertambah teruk dan lupa kepada hukum alam dan hukum kehidupan bahawa setiap yang datang ke dunia ini akan tetap kembali. Tun seolah-olah tidak merasakan bahawa waktu itu akan datang melamarnya dan masih sibuk menghabiskan sisa peluang untuk dekat kepada Allah SWT pada sisa waktu yang tinggal. Masih mahu memburukkan insan tertentu bagi memastikan anak dan generasi beliau berada dalam kepimpinan kerajaan, jika ini pilihan beliau tidak siapa yang dapat menghalang. Namun hanya sekadar teguran kepada orang yang pernah kita hormati dan sayangi.

Seperti tulisan terbaru MSO yang bertajuk UMNO, Mahathir dan ular tedung beliau telah mengulas bagaimana Tun menjadi ular tedung membunuh semua musuh beliau dengan kaedah yang sama tidak kira yang kecil mahupun yang besar. Beliau juga menulis bagaimana Tun telah membunuh kerjaya, Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein On, Anwar Ibrahim dan yang terbaru Perdana Menteri Malaysia yang sedia ada, Pak Lah. Tidak cukup dengan akuan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Mac ini. Tun terus mengasak Pak Lah dan seolah-olah mahu melihat Pak Lah benar-benar telah meletakan jawatan barulah beliau mempercayainya.

Kini sasaran Tun adalah, Naib Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Khairy mesti dicincang dan tempatnya mesti digantikan dengan anak beliau Mukhriz Tun Mahathir. Tun mahu memaksa perwakilan untuk memartabatkan Mukhriz di kerusi Ketua Pemuda UMNO walaupun penglibatan Mukhriz dalam UMNO hanya baru setahun jagung dan Mukhriz juga tidaklah sama seperti Tun yang punyai daya pemikiran yang pintar dalam segala espek. Mukhriz anak lembab yang mana ketika Tun menjadi PM, Mukhriz adalah enjin penyedut untuk keluarga Tun di mana Mukhriz akan sedut apa yang boleh disedut untuk kekayaan keluarga.

Mukhriz bukan tidak dibenarkan berpolitik, cukuplah Tun berpolitik pada masa itu, yang lain buatlah kerja yang boleh mendapat keuntungan dari Tun. Namun itu juga merupakan satu kesilapan besar Tun yang sering kita ketahui sering membuat keputusan dan kesilapan yang besar. Sepatutnya Tun telah meletakan anaknya pada satu tempat yang selesa ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak perlu membuat dosa menabur fitnah dan memburukan menantu dan anak orang pada saat beliau sepatutnya berehat bermain dengan anak cucu.

Sebenarnya Mukhriz tidak hebat, Mukhriz tidak layak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tun sendiri tahu akan keadaan ini. Jika tidak masakan Tun terpaksa berhempas pulas melonjakan nama Mukhriz bagi menyaingi dua calon lagi Dr Khir Toyo dan juga Khairy Jamaluddin. Jika dibandingkan antara tiga tokoh ini, Mukhriz nampak lembab dan sentiasa blurr, tidak nampak hala tuju politik dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan melainkan Tun terpaksa mengetuk beliau sepanjang masa. Mukhriz juga pernah tewas ketika merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO di bahagian beliau (Kubang Pasu) tanpa pertolongan Tun. Nyata Mukhriz hanya hidup dalam politik dibawah bibir Tun Mahathir. Sebagai anak jantan, Mukhriz kurang kejantanannya menghadapi pemilihan ini sendiri.

Dalam tulisan terbaru Tun menyerang Khairy Jamaluddin yang menuduh budak-budak tingkat 4 menasihati Pak Lah agar jangan berundur ditulis secara positif sekali sedangkan perkara ini tidak berlaku. Tun telah membuatnya sebagai satu isu besar yang seolah-olah perkara ini berlaku bagi mengaitkan Khairy Jamaluddin masih bernaung di bawah pengaruh Pak Lah. Tun sedar dan sangkaan Tun bahawa Khairy akan menjadi lemah setelah Pak Lah mengumumkana akan membuat perlaihan kuasa pada Mac ini meleset. Tun sedar bahawa Khairy sekarang bergerak atas kepintaran dan usaha belaiu sendiri. Tun tahu bahawa semua orang tahu bahawa Khairy sekarang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO atas landasan beliau sendiri dan Mukhriz sebenarnya tidak mampu bersaing dalam pemilihan ini.

Buktinya, Tun telah menyerang Khir Toyo dengan isu rasuah, kerana Khir telah nampak bahawa lonjakan persaingan adalah antara Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz kini berada jauh dari gelanggang persaingan walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi. Pencalonan tertinggi tidak bermakna beliau akan mendapat sokongan pengundian kerana pencalonan dibuat atas hormat kepada Tun dan hormat kepada agen-agen Mukhriz yang telah berjasa kepada bahagian-bahagian berkenaan.

Kalau Mukhriz benar-benar hebat, tentu sekali Mukhriz tidak menggunakan ayahnya yang bukan ahli UMNO untuk menyerang calon-calonn yang lain. Tun tidak perlu bermusuh dengan calon yang menentang anaknya untuk menafikan bahawa kerusi Ketua Pemuda UMNO akan dimiliki oleh Mukhriz yang dikenali sebagai si lembik ini. Tun juga tidak perlu menghancurkan UMNO bagi mencapai niat beliau. UMNO hancur pada pilihan raya yang lalu kerana Tun mahukan Pak Lah mengundurkan diri. Kini UMNO akan hancur lagi kerana Tun mahukan anaknya menajdi Ketua Pemuda UMNO.

Jika Mukhriz memenangi pemilihan Pemuda UMNO ini bererti UMNO akan mempunyai Ketua Pemuda UMNO yang paling lemah sekali. Calon yang paling lemah dan yang langsung tidak berkaliber telah memenangi pemilihan ini. Calon yang lembik telah menjadi Ketua Pemuda UMNO. Sebenarnya , pertandingan ini adalah di antara Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo saja. Mukhriz telah ditelan arus dan populariti beliau kurang bukan kerana siapa tetapi kerana kesilapan dan kelemahan diri beliau sendiri. Pemuda bukannya bodoh, mereka telah nampak dengan matanya bagaimana yang menonjol kehadapan adalah Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo. Mereka seakan-akan bertanya mana Mukhriz kerana yang mereka nampak ialah Tun Mahathir sahaja. Apakah Tun Mahathir yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Sebenarnya belum terlewat bagi Mukhriz mahu tunjukan bahawa beliau juga ada ketrampilan dan kekuatan, kerana apa yang dilihat oleh pemuda sekarang adalah bayangan Mahathir yang membayang Mukhriz. Mukhriz perlu keluar dari bayanagan Tun Mahathir kerana hanya Mukhriz sahaja yang masih menyusu dan dibuai oleh ayahnya dalam gelanggang pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Oleh Tepakbersulam

1 comments:

dragsuperstar February 18, 2009 at 1:03 AM  

walaupun saya ni menyokong Pakatan..tapi dalam isu siapa layak jadi ketua pemuda..saya rasa KJ lebih layak..sebab apa? sebab dengan adanya KJ..pertembungan politik Malaysia akan lebih menarik dan berilmiah..

Mukhriz? ah tgk saja ayahnya..banyak kes..

apa pun selamat buat KJ

-dari susur galur DAHAN (KJ pasti tahu)-

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP