Friday, February 13, 2009

Malaysiakini : Memang patut gelaran Nizar ditarik balik

Oleh Hassan Md Hussein

DALAM banyak-banyak saranan yang kita baca dalam media massa, saranan yang paling menarik perhatian ialah datangnya dari Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mencadangkan supaya ditarik balik gelaran yang diberikan kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin juga turut mencadangkan agar tindakan serupa turut dikenakan ke atas Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang memilih untuk menderhaka kepada Sultan Perak.

Walaupun Ir Mohamad Nizar sudah mengeluarkan kenyataan balas, bahawa gelaran itu bukanlah penting kepadanya tetapi tidak pula beliau bercadang memulangkannya kembali ke istana apabila beliau memilih untuk sembah derhaka kepada Baginda Sultan.

Sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, saranan Khairy Jamaluddin ini perlulah dilihat daripada sudut kesetiaan Pemuda Umno kepada Raja-Raja Melayu yang mahukan seluruh rakyatnya tidak sesekali menderhaka kepada Baginda Sultan yang merupakan Raja Berperlembagaan di negara ini.

Kalaulah Ir Mohamad Nizar ingat sejarah perlantikannya sebagai Menteri Besar Perak, mustahil beliau memilih untuk menyebah derhaka kepada Baginda Sultan. Jika bukan kerana kebijaksanaan Baginda Sultan Perak, mustahil Ir Mohamad Nizar berjaya menjadi MB Perak yang ke 10, selepas PRU 12 yang lalu.

Dalam satu wawancara suara rasmi Pas, Harakah dengan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, beliau ada mendedahkan bahawa jadual mengangkat sumpah Ir Mohamad Nizar terpaksa ditangguh kerana 'ada permainan' dari PKR dalam isu menyokong Pas menjadi MB Perak.

Rasa tidak yakin dengan PKR sudah bermula dari hari pertama mereka (DAP, PKR dan PAS) menang PRU 12 yang lalu. Tidak ada sebablah untuk PKR Perak terus kekal dalam 'pakatan' itu kerana mereka sangsi antara satu dengan yang lain.

Tidak hairanlah, ketika menerima anugerah dari Baginda Sultan, hanya barisan Pas dan DAP sahaja yang dilihat mendahului senarai PKR kerana DAP betul-betul menjadikan Pas sebagai 'boneka' mereka dan dalam mentadbirkan Negeri Perak, PKR diperlukan untuk mencukupkan quota sahaja dan bukan sebagai 'pemain utama' dalam pasukan mereka.

Memetik kata-kata Khairy lagi, "tindakan menarik balik gelaran Datuk Seri dan Datuk yang dikurniakan oleh Sultan Perak kepada kedua-dua pemimpin pembangkang itu (Ir Mohamad Nizar dan Ngeh Koo Ham) adalah wajar kerana mereka telah menderhaka kepada baginda.

Penderhakaan mereka bukan sahaja dibuat melalui kata-katanya sahaja malahan kedua-duanya terus menerus bertindak dan berlagak seperti seorang Menteri Besar dan seorang Exco Kerajaan Negeri dengan mengadakan mesyuarat Exco dan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur penderhakaan kepada titah Sultan supaya mereka melepaskan jawatan atau jawatan mereka secata otomatik menjadi kosong jika enggan berbuat demikian.

Khairy Jamaluddin seterusnya berkata, "Kita minta pihak istana mengkaji semula penarikan pingat atau gelaran yang diberi kepada Mohamad Nizar dan Koo Ham kerana menderhaka kepada Sultan.

"Kita juga minta kedua-dua penderhaka ini dibuang daripada kerajaan negeri Perak," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan mempertahankan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Padang Sultan Abdul Jalil di Ipoh Isnin lalu.

Kenyataan tegas dari Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno ini sebenarnya melambangkan betapa marahnya Pemuda Umno terhadap sikap segelintir pemimpin pembangkang yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya sudah kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak untuk terus menjadi Menteri Besar.

Pakatan pembangkang sebenarnya tidak dapat belajar dari kesabaran dan sikap gentleman Barisan Nasional (BN) yang pernah kekal menjadi pembangkang di Kelantan walaupun Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi dan selama beberapa bulan di Perak, walaupun Umno nyata mempunyai 27 kerusi berbanding DAP, 18.

Disebabkan menghormati (baca: memahami erti demokrasi) BN percaya 31 kerusi yang tidak bersama BN adalah 'hak pembangkang' untuk menubuhkan kerajaan tetapi malangnya apabila BN kini mempunyai 28 tambah tiga kerusi, menjadikan 31 bersama BN, Pas, DAP dan PKR seperti 'hilang akal' dibuatnya.

Bagaimanakah Ir Mohamad Nizar mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri ketika beliau hanya mempunyai 28 sokongan sedangkan BN mempunyai 31 sokongan yang membolehkan BN menubuhkan kerajaan?

Pas, DAP dan PKR sepatutnya belajar erti demokrasi kerana mereka tidak tahu bahawa dari 59 kerusi DUN, mana-mana parti yang mempunyai sokongan lebih, akan dilantik menjadi MB dan dialah yang boleh mencadangkan untuk DUN dibubarkan. Jika mereka tidak tahu erti demokrasi dan apa itu majoriti, memanglah sepatutnya cadangan Khairy Jamaluddin supaya mereka dibuang daripada kerajaan negeri, perlu dipertimbangkan.

Amat bahaya jika ada manusia yang mempunyai sijil dan ijazah berjela-jela dengan pelbagai gelaran di pangkal namanya tidak tahu bahawa mereka perlu menerima realiti bahawa rakan-rakan mereka yang bertiga itu, sudah tidak bersama-sama mereka lagi.

5 comments:

Anonymous,  February 13, 2009 at 9:30 AM  

I beg to differ. This is a two sides of the coin where UMNO claimed that both sides are the same. Well, that is UMNOputra but to the majority of ppl with enough sensible minds will tell the UMNOputra are a bunch of corrupt evil selffish party using the racist card to bulldozed likt a druken ox. Time have changed now it is 2009 ppl are not looking back but will look forward. Grow up and think hard.

shamanuar.blogspot.com,  February 13, 2009 at 10:42 AM  

Salam BJ,

Pendapat peribadi saya adalah kita tak perlu desak Sultan utk tarik balik gelaran dari bekas MB kerana beliau juga pernah berjasa utk rakyat negeri Perak walaupun hanya 11 bulan.

Lagi satu,tak perlu lah lagi adakan repot polis atau pun berhimpun walaupun secara aman untuk mengutuk Karpal Singh.

Saya bukan untuk menyebelahi sesiapa cuma disini selepas merampan kembalik negeri Perak walaupun PR tidak berpuas hati cara itu yg penting sekarang BN perlu tunjuk kan kpd rakyat Perak bahawa BN bekerja untuk rakyat.

Ekonomi sedang meleset dan amat penting sekali tugas2 YB-YB BN dan negeri yang dibawah pemerintahan BN untuk meningkatkan ekonomi rakyat.

ChengHo February 13, 2009 at 9:45 PM  

PR adalah PEROSAK RAKYAT bukan nya Pakatan Rakyat jgn legitimasikan PR kerana mereka tidak berdaftar..

Anonymous,  February 14, 2009 at 10:45 AM  

sungguhpun pr tak berdaftar ada sebab dia buat begitu. UMNO pun pernah buat hati sultan tersingguing. Ingat perlantikan MB terengganu.. ke UMNO mudah lupo?!!! sebab dia pegang kerajaan semua boleh lepas. Lu pikir la sendiri...

Anonymous,  February 15, 2009 at 1:31 AM  

saya setuju dgn tajuk mmg patut gelaran nizar di tarik balik sbb di hadapan ALLAH gelaran tu tak perlu pun yg pentg ialah dosa dan pahala...renungkanlah, Assalamualaikum

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP