Thursday, February 19, 2009

Malaysiakini : Khir salahkan kerajaan, Mukhriz menyerang kepimpinan


Oleh Hassan Md Hussein

DISEBABKAN tidak berkesempatan untuk hadir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 17 Februari lalu, ketika 'Hujah' berlangsung yang disertaikan tiga calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno, dengan dipengerusikan Prof. Madya Agus Yusof, tercari-cari akan saya maklumat mengenainya.

Dalam tercari-cari itu, saya menerima sms dari seorang kenalan yang kebetulan memang menghadiri program itu. Antara kandungan dalam smsnya, kenalan itu berkata, hebat bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo malam itu, jika dibandingkan dengan dua lagi penalis.

Menurutnya, tujuh kali sorakan diterima Kir Toyo, empat kali tepukan untuk Datuk Mukhriz Mahathir tetapi hanya sekali tepukan bercampur dengan ejekan buat Khairy Jamaluddin. Ketiga-tiga mereka ini bergelar Yang Berhormat (YB).

Saya terus mencari maklumat lagi. Betul ke Khir Toyo hebat dan mendapat tepukan. Dari cerita kawan-kawan yang pergi, memang betul. Kata mereka, Khir Toyo setiap kali bercakap, menyalahkan kerajaan. Kalau ada apa-apa isu atau masalah, kerajaan lambat bertindak hingga menyebabkan rakyat bangkit berdemontrasi.

Memanglah, perkara yang paling menarik sekali dalam politik, jadi pembangkanglah. Itulah sebabnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim popular. Dia popular kerana bila ada gambar bogel ADUN PKR, dia akan menyalahkan kerajaan atau BN. Maka, popularlah dia. Kalaulah Khir Toyo duduk satu parti dengan Anwar, mungkin KHir Toyo lebih popular dari Anwar sendiri kerana dia memilih menyalahkan kerajaan.

Mukhriz pula, kata seorang kawan yang pergi menyaksikan Hujah malam itu, turut popular kerana memilih untuk menyalahkan pemimpin. Pemimpin benarkan ketelusan dan menyebabkan semua perkara terdedah dan gagal menggunakan ISA yang menyebabkan BN kecundang dalam pilihan raya.

Maknanya, Mukhriz pun layak kalau boleh duduk dalam PKR. Cuma, pemimpin agung PKR tidak sehaluan dengan ayahandanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bacalah Suara Keadilan (akhbar milik PKR) terbaru, berita utamanya menyerang dan cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dengan kes wanita Mongolia.

Sikap Mukhriz, yang tidak tahu menghormati pemimpin, tidak tahu menghormati orang tua dan tidak tahu apa ertinya institusi Presiden Umno dan Perdana Menteri menyebabkan dia memang memilih untuk menyerang kepimpinan kerana itulah jalan paling mudah baginya mencari populariti.

Tidak hairanlah, dia memilih untuk menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja dia bergelar YB untuk mendesak Perdna Menteri berundur. Inilah dua contoh calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno, yang berebut-rebut menabur wang sekarang ini, mencari pengaruh untuk menang kerusi itu.

Salah seorangnya baru-baru ini memberikan belasan ribu ringgit kepada 'jentera Pemuda' di Johor untuk menyokongnya dan seorang lagi, mula beri RM200 di dua bahagian di Melaka, iaitu Tangga Batu dan Bukit Katil, walaupun di luar, calon ini beria-ia bercakap 'mereka bersih' dari unsur-unsur politik wang ini.

Bagi saya, bukan soal berbelas ribu ringgit atau RM200 yang mahu diperbincangkan tetapi, soal hipokrasi. Mereka melakonkan watak yang baik di luar tetapi, di sebalik tabir mereka benar-benar kotor. Itulah sebabnya, bila ada seorang wakil rakyat PKR yang gambar bogelnya tersebar digambarkan sebagai seorang yang cukup bagus dalam tugasannya dan baik orangnya, ramai yang bertanya, luar dalam ke baik?

Perwakilan Pemuda Umno dari seluruh Malaysia berjumlah sekitar 720 orang. Mereka kena memikirkan nasib bangsa dan parti mereka, untuk menjamin Negara Malaysia ini selamat dari manusia hipokrit yang bakal kita pilih.

Memang menjadi hak perwakilan untuk memilih sesiapa yang mereka suka tetapi, pilihlah pemimpin yang tahu di mana diri mereka, parti mana yang mereka wakili dan parti mana yang menyebabkan mereka menjadi YB sekarang ini.

Bolehkah Mukhriz bergelar YB jika bukan pemimpin yang disuruhnya berhenti memilihya menjadi calon BN di Jerlun?

Bolehkah Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor jika bukan kerajaan yang ada sekarang (BN) yang menyokongnya menjadi Menteri Besar? Jadi, kalau sedar bahawa kerajaan inilah yang meletakkan dia di suatu kedudukan yang baik, janganlah menyalahkan kerajaan apabila dia sudah tidak berada di tampuk kuasa.

Memang sikap Khir Toyo sebenarnya begitu. Bila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa, dia mengeluarkan kenyataan, kelulusan pembangunan di kawasan itu dibuat oleh Menteri Besar terdahulu, yang tidak ada kena mengena dengannya.

Dia lupa, keruntuhan itu berlaku bukan kerana kelulusan 15 tahun dahulu itu tetapi pembinaan-pembinaan yang diluluskan di zamannya menjadi Menteri Besar menyebabkan persekitaran kawasan itu yang dahulunya selamat, menjadi tidak selamat kerana kegelojohan seseorang untuk memberi kelulusan pembangunan di kawasan berbukit.

Dua calon Ketua Pemuda Umno ini telah melakukan kesilapan ketika berhujah. Mereka terperangkap dengan provokasi dari pengerusi Hujah malam itu yang akhirnya, Umno menjadi mangsa situasi kebodohan dua calon Ketua Pemuda ini. Umno langsung tidak dipertahankan kalau tidak ada Khairy Jamaluddin. BN langsung tidak dipertahankan kalau tidak ada Khairy Jamaluddin. Umno seolah-olah parti bersendirian yang tidak bersama-sama BN kalau mendengar hujah Mukhriz dan Khir Toyo.

Kerajaan langsung tidak dipertahankan oleh Mukhriz dan Khir Toyo kecuali Khairy yang terus mempertahankan dasar kerajaan kerana beliau sedar kerajaan yang ada hari ini, antara anggotanya termasuklah Khir dan Mukhriz yang memilih untuk menyerang kerajaan ini.

Malah, mereka ghairah apabila audien yang memenuhi tempat duduk malam itu bersorak kerana hujah 'pembangkang' yang mereka bawa mendapat sambutan. Mengapakah mereka berdua (Khir dan Mukhriz) tidak memilih untuk duduk dalam pembangkang supaya idea dan kebolehan merea menyerang kerajaan dan menyalahkan kepimpinan kerajaan hari ini boleh mereka teruskan tanpa apa-apa sekatan?

Memang orang-orang muda sukakan sesuatu yang 'membangkang'. Sesiapa juga yang berada di usia muda akan seronok menyerang. Tetapi, silapnya Khir Toyo yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor hingga menyebabkan Umno dan BN di Selangor tertiarap di dalam PRU 12 yang lalu, memilih untuk menjawab, "bukan Selangor saja kalah, tempat lain pun kalah."

Sambil menyebut Rasullullah pun pernah kalah dalam peperangan dan Dr. Mahathir Mohamad pun pernah kalah dalam pilihan raya tahun 1969, menunjukkan Khir Toyo menyamakan kekalahannya dia memimpin Umno/BN Selangor samalah dengan Rasulullah mengetuai angakatan peperangan dahulu.

Kepada Khir Toyo, sukalah saya berpesan, kekalahan BN/Umno di Selangor bukan kerana perjuangan mereka sama dengan perjuangan Rasulullah tetapi kerana keangkuhan beliau yang menghadiahkan penyapu kepada YDP PBT dan menyolek mukanya dari berkulit hitam menjadi keputih-putihan, seperti pelakon-pelakon opera Cina suatu ketika dahulu.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP