Friday, February 20, 2009

Malaysiakini : Hampir 10,000 Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Setia Pertahan Institusi Raja




Kuala Lumpur – Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama hampir 10,000 ahli Pemuda komponen Barisan Nasional (BN) malam tadi menyatakan ikrar sokongan taat setia kepada instutusi raja dan seterusnya mempertahankan kedaulatan institusi berkenaan dari terus diperlekehkan pihak-pihak tertentu.

Selain bacaan ikrar yang diketuai Setiausaha Pemuda BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, perhimpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" Di Dewan Tun Razak 1, PWTC Di Sini, Khamis Malam turut menyaksikan penyerahan secara simbolik “Sumpah Menjunjung Setia” seluruh komponen Pemuda BN kepada Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir untuk disampaikan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Antara isi kandungan ikrar itu ialah Pemuda BN berjanji dan bersumpah akan menentang sebarang cubaan dan tindakan berbentuk merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sama ada menerusi perbuatan atau ucapan.

Ikrar itu turut menyeru seluruh Pemuda untuk memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan kaum yang dinikmati selama ini serta bersama-sama mempertahankan negara dari segala cabaran dalam usaha menjadi negara maju.

Selain bacaan-bacaan sajak, perhimpunan tersebut juga menyaksikan ucapan wakil-wakil Pemuda komponen BN dimulai dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Bumiputera (PBB), Sarawak, MIC dan MCA serta Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Pada ucapan kemuncak, Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Pemuda perlu mempertahankan Perlembagaan dan mematuhi Rukun Negara kerana ia terbukti berjaua menyatupadukan rakyat di negara ini.

Rakyat katanya perlu sedar kemerdekaan negara turut disokong oleh Raja-raja Melayu dan institusi beraja terus menjadi paying kepada kemerdekaan negara sehingga kini.

Beliau seterusnya memberi amaran Pemuda BN akan mempertahankan institusi Raja sehingga ke titisan darah terakhir.

"Pembangkang terbukti menjadi pengkhianat kepada generasi masa depan kerana cuba mengkhianati payung negara.

"Hari ini adalah permulaan gelombang yang akan menjadi gelombang tsunami kita bagi menyatakan sokongan kepada institusi beraja seterusnya memberi amaran kepada pembangkang jangan mencabar sejarah Melayu", katanya.

Ucapan beliau itu turut berselang dengan laungan bergema “Daulat Tuanku” daripada ahli Pemuda yang ternyata cukup bersemangat mengikuti perhimpunan itu dari mula hingga akhir.

Sementara itu, pada sidang media selepas perhimpunan tersebut, Hishammuddin berkata anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

Katanya api kemarahan begitu mudah untuk dinyalakan sekiranya dilakukan secara tidak bertanggungjawab.

"Cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huru-hara dan kekecohan.

"Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya," kata beliau merujuk semangat yang ditunjukkan ribuan ahli Pemuda yang hadir pada perhimpunan tersebut.

Sumber Laman Web Pemuda UMNO Malaysia

Gambar Oleh Bro Jinggo





Sebahagian dari wakil Pemuda Rembau


4 comments:

Generasi Pejuang Bangsa February 21, 2009 at 12:01 AM  

bro ,seperti biasa ada tak video ucapan KJ ke . aku teringin nak pergi perhimpunan ini semalam tetapi oleh kerana duit pun tengah kering ,gaji masuk minggu depan ..hehe

Anonymous,  February 21, 2009 at 3:25 PM  

taat setia lah sangat.. kononya nak jadi hang tuah la ni.. weh melayu terbodoh adalah hang tuah, menghormati pemimpin walau pun dia melakukan kesalahan ataupun kezaliman.. tu bukan setia tu dayus.. sedarlah wei.. kita tak boleh lawan Rasul dengan Allah je.. manusia lain kita kena betulkan kalau dia silap.. insaflah wei.. jgn politikan raja..

PEJUANG CYBER February 21, 2009 at 5:35 PM  

anon ko baca ayat ni... aku cedok kat mana tah

Bangsa Melayu biadab kepada Raja

Inilah yang kita dapat bangsa kita biadab kepada Raja , Bangsa kita menderhaka kepada raja ,Kita lupa bahawa raja adalah tiang negeri dan kita lupa akan bangsa kita sememangnya mewarisi budaya beraja. Ini tidak pernah berlaku sejak zaman datuk nenek kita lagi di mana kita biadab dan menderhaka kepada raja, Jika bangsa Melayu yang tidak mempertahankan raja , siapa lagi yang akan mempertahankan raja-raja kita kerana inilah perisai terakhir bagi kuasa orang-orang Melayu . Oleh kerana orang Melayu sudah tidak menghormati raja Melayu , apa lagi Benggali , kini Benggali yang pernah di tempeleng oleh kiai Arshad satu ketika dahulu mahu menyaman raja kita, Parti Melayu kononnya (Keadilan ) dan parti Islam konon nya (Pas ) hanya membiarkan sahaja bengali ini menyaman raja,.Mereka juga turut menyokong Benggali yang sudah bersikap kurang ajar ini, Harap-harap pengikut kiai Arsyad atau pengikut Tuan Guru Omar Din akan tampil membela raja yang kita sanjungi , Jika PAS dan Keadilan , biadab terhadap raja Melayu , marilah kita orang-orang Melayu , bangsa bermaruah kita pertahankan raja kita, Kita tolak mereka dalam pilihan raya yang akan datang.

Anonymous,  February 21, 2009 at 11:15 PM  

Daulat tuanku..
Kami akan sentiasa setia bersama raja kami walau apa sekalipun..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP