Friday, February 6, 2009

Malaysiakini : DALAM KESIBUKAN, KHAIRY TELAH MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI AHLI PARLIMEN DENGAN CEMERLANG


Alhamdulillah, setelah hampir setahun selepas dipilih untuk mewakili rakyat di dalam Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin telah melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Rembau dengan baik dan cemerlang. Dalam kesibukan beliau, harapan dan aduan rakyat dilayan dengan sempurna dibantu oleh kakitangan yang sentiasa berdedikasi untuk melihat yang terbaik untuk Parlimen Rembau.

Berikut adalah aduan dan permohonan yang telah diselesaikan oleh Sdr. Khairy Jamaluddin. terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, kerana sentiasa peka untuk membantu rakyat demi keselesaan dan keperluan mereka.

1. Membina Pembentong di Jalan Hj. Yusof Kecil, Kg Sr Kendong
2. Menaiktaraf Jalan Dusun, Kendong menghala ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Sri Kendong
3. Memasang awning di Balai Raya Kg. Gadong
4. Menurap premix di dataran Balai Raya Kg. Gadong
5. Membina penahan tebing Sungai Kg. Perah, Kota
6. Memasang pagar penghadang gelanggang pelbagai guna, Kg. Astana Raja
7. Memasang pagar Balai Raya Kg. Penajis Nerasau
8. Membina stor di Perkuburan Islam Kampung Ampangan, Penajis
9. Membina tandas dan bilik air di Surau Rumah Rakyat Chengkau
10. Menurap semula Jalan Hj. Serol Kg. Tanjung
11. Baik pulih Suraau Kg. Pulau Acheh
12. Membina pembentong di Jalan Bongek Acheh Baru
13. Mengecat semula Surau Putih, Kg. Sungai Layang
14. Mengecat semula Surau Perigi Jernih, Kg. Sungai Layang
15. Mengecat semula Balairaya Kg. Selemak
16. Menurap semula Jalan Kg. Bukit
17. Menaiktaraf tandas dan tempat wuduk di masjid Kg. Haji Sulaiman
18. Membina jalan antara Kg. Sungai Radin ke Jalan Tok Samad, Kg. Sungai Timun
19. Menaiktaraf kemudahan asas Surau Ujung Tanjung, Kg. Chembong Halt
20. Membina tempat letak kenderaan pelbagai guna di Surau Al-Huda, Taman Seri Rembau
21. Mengecat Balairaya Kg. Tanjung Senama Hilir
22. Menaiktaraf kemudahan asas di Surau Daun
23. Membaiki stor dan kerja2 berkitan di Masjid Mampong
24. Melebarkan tempat sembahyang di Surau Taman Sedia Raja
25. Melaksanakan kerja-kerja membina bilik Imam di masjid Chembong Batu 17
26. Menggantikan Lantai dan Dinding di Surau Tok Kali, Kg. Seberang Batu Hampar
27. Menggantikan pintu pagar dan awning di Surau Solok Jelawai
28. Menggantikan dinding dan mengecat surau Kg. baru Senama Hilir
29. Membaikpulih Surau Perigi Jernih
30. Membaikpulih dan menggantikan didnding di Balai Raya Seperi
31. Membaiki lantai dan mengecat Surau Baru Kg. Tanjung Sena Hilir
32. Menurap kawasan lapang di Balairaya Seberang Batu Hampar
33. Menggantikan wakaf tempat jamuan Surau Mampong Hilir
34. Menggantikan atap dan dinding Surau Seriu Batu Hampar
35. Menaiktaraf dan membaikpulih gelanggang bola keranjang di Kg. Baru Paroi
36. Menaiktaraf bangunan surau Taman Jasmin
37. Membina jalan asas di Kg. Sentosa Jaya
38. Menaiktaraf dan menyiapkan Surau Bandar Seremban Selatan Fasa 3A
39. Membaikpulih Surau Badi'Ul Islam Taman Kobena
40. Maniktaraf Balai Raya Taman Tasik Jaya
41. Membina Baru Jalan Raja Alwi
42. Membina Jalan ladang, Kg. titian Akar
43. Membina jalan Kg. Dusun
44. Menurap semula Jalan Chembong Air Hitam
45. Menaiktaraf Jalan seberang Sawah Senama Tengah
46. Menurap semula Jalan denai Keroh, Sepri
47. Menurap semula Jalan Kg. Ribu, Rantau
48. Membina Baru Jalan di Kg. Sega Hulu, Rantau
49. Membina Baru Jalan di Kg. Sega Hilir, Rantau
50. Menurap Jalan di Kg. Tanjung, Rantau
51. Membantu mangsa banjir di Taman Angsi Ville, Taman Tuanku Jaafar dan Rantau yang berlaku pada 19 Oktober 2008 yang lalu.
52. Sumbangan tahunan kepada JKKK, KRT, PIBG, dan Masjid
53. Kerja-kerja menggali anak air Kg. Linsum fasa 2 sepanjang 1.5KM di Kg. Linsum, Rantau
54. Kerja-kerja menggali semula Sg. Simen daripada ladang kombok hingga ke Kg. Solok sepanjang 4KM
55. Memula Sungai Siliau daripada Kg. Sendayan hingga ke muara Sg. Linggi sepanjang 4KM
56. Menggali anak air Kg. Sega Hilir Fasa 2 sepanjang 1.5KM di Kg. sega Hulu, Rantau
57. Membina Struktur penahan tebing Sg. Kendong di Kg. Solok, Astana Raja
58. Membina struktur penahan tebing Sg. Batang Nyamor di Kg. Batang Nyamor, Kota
59. Membina struktur penahan tebing Sg. Bintongan di Kg. Pulau Bintongan
60. Membersihkan Sungai Batu Hampar di Kg. Air hitam Chembong dan anak air Sungai Mampong di Kg. Mampong
61. Melaksanakan kerja-kerja river training di Kg. Sungai Beringin, Pedas
62. Membersih sungai Chua dalam kawasan JKKK Kg. Tanjong Sena
63. membantu NGO dan Persatuan melaksanakan aktiviti melalui peruntukan yang disalurkan

Terima kasih kepada semua yang membantu.


UNDILAH BARISAN NASIONAL

Sumber RembauNews

Nota BJ: KJ bukan jenis yang syok sendiri, buat program hanya untuk orang bandar dan kaum elitis sahaja. Ramai pemimpin muda yang lain yang syok sendiri, perasan diri hebat. Bercakap hanya sesama sendiri tapi tidak pergi kepada rakyat. Macam mana hendak dekat?

KJ dari golongan Pemuda yang berintelektual dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang luar biasa serta memiliki ketahanan jiwa yang patut kita ketengahkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru.

16 comments:

Senapang Patah February 6, 2009 at 10:11 AM  

Salam BJ...

Secara peribadi saya amat mengkagumi pemimpin muda ini. Jujur , Ikhlas mahu membantu rakyat...

Syabas YB KJ... teruskan usaha murni YB itu.

SUKJ February 6, 2009 at 10:30 AM  

1. Bulan Mac nanti, sama ada KJ menang atau kalah beliau layak menjadi MENTERI penuh.

2. Aku nampak dia layak mengetuai Kementerian berikut:

a) Kementerian Pelajaran
b) Kementerian Pembangunan Usahawan
c) Kementerian Belia dan Sukan

3. Jangan dapat Kementerian Hal Ehwal Tak Guna(Shahrir Samad) sudah la. Kalau dapat kementerian ni...pitam KJ?

larra_sue,  February 6, 2009 at 10:32 AM  

KJ sebenarnya adalah seorang pemimpin muda yang berkaliber..cuma ada sesetengah pihak tidak puas hati kerana dia menantu Pak Lah..tapi kita harus melihat dari perspektif yang berbeza..bukan KJ sebagai menantu Pak Lah..tetapi Kj sebagai ahli perlimen rembau..pasti kita akan jelas dengan perbezaannya..cubalah kalo tak percaya.

Vesu February 6, 2009 at 10:57 AM  

saya pun boleh buat ma. kalau jadi MP dan menantu PM. Rembau boleh jadi Rome ...

BRO JINGGO February 6, 2009 at 12:11 PM  

hello vesu...

Kalau setakat cakap saja budak sekolah tadika pun buleh cakap VESU!!!!buatlah... bukti pada saya yang vesu mampu jadi MP... Setakat sembang kosong saja baik sembang kat kedai kopi saja...

Kadang-kadang kita pun berasa simpati kepada Pak Lah. Sejak menjadi Perdana Menteri tidak habis-habis masyarakat bercerita pasal menantu dan anak isterinya, ada saja yang tak kena. Macam-macam versi pemimpin UMNO bercerita pasal KJ. Apakah mereka tahu ‘mind set’ anak-anak elite, VIP?

Tahukah mereka semua anak kaum elite tenggelam di dalam ‘comfort zone’? Pernahkah mereka bergaul dengan golongan elitis? Kebanyakan dari mereka bercita-cita tinggi. Tidak ada orang yang sudah berada di atas mahu ke bawah melainkan mahu mendaki lebih tinggi.

Kebanyakan orang kita tak suka ada Melayu yang lebih dari mereka. Kalau bangsa lain tak apa. Pelik. Kerjanya sakit hati, iri hati melihat kejayaan orang lain, dalam masa yang sama marah bila Melayu mundur.

Salam Perjuangan

BJ

Haji A. Ali, HS February 6, 2009 at 12:19 PM  

Betul ke rakyat yang pilih ??? Wahai orang BN dan UMNO ?

BN takut lawan 1 to 1 dengan PR. Mereka takut akan dimalukan oleh PR. So mereka ambil perasuah dan anjing( Adun Bebas) untuk menyokong mereka. Tetapi mereka perlu ingat bahawa bila-bila masa sahaja 3 Adun Bebas itu insaf dan ingin kembali semula kepada PR maka selepas itu SULTAN ZALIM itu akan mendapat malu yang besar.

UMNO menjanjikan bahawa 2 perasuah terbabit akan terlepas daripada hukuman macam Abdul Razak Baginda dapat lepas daripada kes bunuh !!!\

UMNO / BN takkan kekal lama jika mereka bermain cara kotor macam ini.

UMNO / BN telah merestui lompat parti, so jika ada lepas ini YB ADUN/ PARLIMEN dari BN yang lompat parti maka janganlah nak mengamuk pulak k. Nak buat akta la dan dll.

PR bukannya nak melawan SULTAN tetapi mereka cuma mahu RAKYAT yang pilih pimpinan mana yang mereka mahukan. Itu Sahaja !!! Kalau PR kalah sekalipun mereka kalah sebagai PEJUANG bukannya BACUL macam UMNO/ BN...

LAWAN TETAP LAWAN.. !!!

Melayu memang takkan hilang tetapi yang hilang nilai2 ISLAMNYA.. Ingat Itu ...Jangan pandai nak guna AGAMA sebagai meraih simpati...

Islam itu ialah Quran Dan Sunnah ...

BRO JINGGO February 6, 2009 at 4:56 PM  

SALAM ABG AJI...


PERTAMA SEKALI BJ INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA BARISAN NASIONAL KERANA TELAH BERJAYA MENUBUHKAN KERAJAAN BARU DI NEGERI PERAK…

LAWAN TETAP LAWAN!!!

KALAU DAH KALAH CAMNA NAK LAWAN LAGI ABG AJI!!! TUNGGU LA LAGI 4TAHUN ATAU PUN BERPULUH-PULUH TAHUN LAGI...

KEDUA, SAYA NAK BAGI NASIHAT SEDIKIT KEPADA TUAN HAJI!!! TUAN HAJI NAMA JER TUAN AJI!!! ADAKAH NAMA HAJI YANG ABG AJI BAWAK NI MELAMBANGKAN KESUCIAN, KEIKLASAH PADA DIRI ABG AJI…

APA GUNANYA JIKA SEKADAR NAMA HAJI JIKA SEKADAR SUKA MENABUR FITNAH SANA SINI… INSAFLAH ABG HAJI TAK BAIK TUDUH MENUDUH ORANG YANG TAK BERDOSA!!!

MEREKA YANG HASAD, PENDENGKI DAN MUNAFIK (HIPOKRIK, BERPURA-PURA DAN BERMUKA-MUKA) AKAN DILETAK OLEH ALLAH DI BAWAH API NERAKA (the lowest depth of the fire)
Surah An-Nisaa’, ayat 145.

KETIGA, PASAL YANG PERITNYA RAKYAT DI BAWAH, YANG MENANGGUNG NYA RAKYAT DIBAWAH PAKATAN RAKYAT!!

MAKA INGATAN PADA KAMU SEMUA, JANGAN SESEKALI MENCABAR SULTAN , SULTAN ITU ISLAM DAN AKU AKAN MEMBELA NYA KERANA SULTAN ITU KETUA AGAMA DAN AKU SEBAGAI SAUDARANYA!!

SALAM PERJUANGAN

BJ

Fabulous Boyz February 6, 2009 at 5:05 PM  

Haji ni betul-betul haji ker…
Ker sekadar nama haji sebab sokong pas…

Namun begitu,

tidak ada yang lebih mengejutkan melainkan penderhaka kepada sultan Perak!!

Anonymous,  February 6, 2009 at 6:02 PM  

Terkadang manusia lupa bahawa perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.Mungkin DS Anwar terlalu taksub dgn perancangan beliau utk menuju ke Putrajaya dengan apa cara jua sekalipun. Dan Allah SWT memberi sedikit ujian agar belaiu tersedar lari lamunan dunia beliau.

Terimalah Qada' dan Qadar Allah SWT ini dengan berlapang dada.. Mungkin setakat itu sahaja MB Nizar menjadi MB. Terimalah dgn hati yg terbuka..masa masih panjang. Tup..tup PRU 13 akan muncul lagi jika tidak kiamat..InsyaAllah. Jadi apa dihebohkan kerajaan bertukar tangan. Biarlah... Mungkin kali ini BN belajar dari kesilapan lampau pemimpinnya lantas menjadi kerajaan negeri yang baik..InsyaAllah.

Tunggu dan Lihat.

apisfires February 7, 2009 at 7:49 AM  

bro jinggo....
saya harap KJ jangan melakukan kesilapan seprti dulu...
sepatutnye dia kene merendah diri atau cuba bro jinggo tengok kat youtube, knape tak cuba menawan youtube pula?
kat situ macam2 video pembangkang guna sebagai bukti, kite tak boleh nafikan kadang2 pihak kerajaan salah cakap, bukan salah lapor tau..
saya sokong KJ pasal isu tertentu..
walau saya sokong KJ saya tetap mahu PakLah turun kerana dia agak lemah....
kepada Encik Khairi, Good luck to you...
bagus2 buat kerja kat embau tu...


Kepada pak aji kat atas tu, jangan la nak guna nama haji2 ni...
menyampah aku, tunjuk riak aje...
agaknye dah pi mekah tu diorang tu sentiasa pihak yang benar??
semoga Allah mengampuni beliau...

ChengHo February 7, 2009 at 8:39 AM  

Khairy harus mengembalikan zaman kegemilangan Pemuda Umno saperti zaman Harun Idris yg berjuang untuk Idealisma perjuangan pemuda
Adakah Khairy saperti Harun Idris atau pun selembik Hisham?
Tun M memilih Hisham lembik kerana tidak menganggu pentadbiran Tun M
Mukriz akan lebih lembik lagi dari Hisham
Khir Toyo tidak bersih dan harus pulihkan imej beliau diselangor dulu
karakter sapert Khir Toyo yg tidak mahu jadi tua misti ditolak
Tema perjuanagn KJ misti untuk menegakkan idealisma pemuda...

Senapang Patah February 7, 2009 at 11:46 AM  

Apisfire..

Aku rasa Pak Lah x lembikla... klu pak leh lembik dah lama malaysia ni kena jajah oleh negara jiran...

Rasanya Apisfire sudah temakan dgn dakyah pembangkang dan terbelit oleh tun belit.

Bg saya saya mengkagumi cara pimpinan pak lah, beliau adalah seorang tokoh pemimpin yang penyanyayang, mesra bersama rakyat...

Anonymous,  February 10, 2009 at 5:51 PM  

sepatutnya kita memikir cara yang terbaik untuk umno supaya anak kita senang dihari kemudian.jangan taksub pada seseorang kita bagi idea yang bagus macammana nak bentuk melayu takan hilang didunia.

Anonymous,  February 11, 2009 at 5:31 PM  

kene buangkan mentaliti rakyat yang bahawa sesiapa yang MASUK UMNO HANYA KERANA PROJEK dan TENDER..
BUkan berjuang untuk rakyat.. :)
BAru rakyat kembali percaya..

Anonymous,  February 15, 2009 at 1:55 AM  

Alhamdulillah bgs btl abg khai ni anak sapa la ni..
Smyg Subuh x pg td? klu smyg bgs la. sebagai org islam saya berharap sgt2 abg khai dpt melaksanakan HUDUD di m'sia( wajib tau sebagai pemimpin islam)...amin...klu nak tgu PAS bt lambt la

Anonymous,  February 15, 2009 at 2:11 AM  

x bek salam ngan org bukan muhrim DOSA tau abg khai

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP