Friday, November 28, 2008

Tukar ke Chiang Mai?

KUALA LUMPUR - Keputusan mengenai sama ada gelanggang Kumpulan B Piala Suzuki AFF dipindahkan dari Bangkok atau sebaliknya, bakal diketahui hari ini biarpun Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dikatakan berkeras untuk mengekalkan di tanah airnya, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.

FAT khabarnya cuma mahu memindahkan pertandingan itu ke Chiang Mai - bandar yang pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA 1995 ekoran kekacauan oleh penunjuk perasaan antikerajaan yang kali ini menghalang operasi Lapangan Terbang Suvarnabhumi dekat ibu kota itu sejak dua hari lalu.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Yap Nyim Keong mengesahkan bahawa satu keputusan bakal dibuat hari ini tetapi enggan mengulas lanjut mengenai ura-ura memindahkannya ke Chiang Mai atau negara lain termasuk Malaysia.

"Tunggulah esok (hari ini). Satu keputusan (mengenai gelanggang Kumpulan B Piala Suzuki AFF) akan dibuat," katanya yang juga bekas Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dua gelanggang di Bangkok yang dipilih bagi melangsungkan persaingan Kumpulan B Piala Suzuki AFF melibatkan tuan rumah, Malaysia, Vietnam dan Laos ialah Stadium Nasional Rajamangala dan Stadium Supachalasai dengan muatan 65,000 dan 15,500 orang.

Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Setiausaha Agung, Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad turut menyatakan kesanggupan Malaysia untuk mengambil alih sebagai tuan rumah.

Skuad negara bimbingan Bertalan Bicskei cuma menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Myanmar 2-1 pada musim 2004-2005 dengan antara tonggaknya yang masih bersama sehingga kini ialah Norhafiz Zamani Misbah, Shukor Adan dan Kaironnisam Sahabuddin Hussain.



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP