Thursday, November 27, 2008

SK PEDAS TERBAIK UPSR 2008 DAERAH REMBAU

oleh: Shaharizan

Rembau News dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau ingin mengucapkan tahniah kepada SK Pedas kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf sebagai Sekolah Cemerlang UPSR 2008. Seramai 26 pelajar telah mancapai keputusan 5A dan merupakan pencapaian terbaik sekolah tersebut setakat ini.

Majlis Kesyukuran dan Meraikan Kecemerlangan UPSR 2008 sekolah tersebut telah diadakan pada 25 Nov 2008 yang lalu. YB Khairy Jamaluddin yang diwakili oleh ADUN Chembong, YB Zaifulbahri dalam majlis tersebut mengucapkan tahniah di atas usaha dan dedikasi yang diberikan oleh para guru yang terlibat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh para pelajar untuk mencapai kejayaan tersebut. Selanjutnya>>

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP