Thursday, November 27, 2008

‘Selamat hari jadi Pak Lah’

Seluruh warga prokhairy.com dan rakan-rakan blogges setiakawan mengucapkan Selamat Hari Jadi Pak Lah , Semoga panjang umur dan murah rezeki, teruskan perjuangan! Kami akan terus bersama Pak Lah…

PAGI semalam di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, kakitangan dan para pegawai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memotong kek dalam satu majlis kecil meraikan hari jadi ke-69 pemimpin nombor satu negara itu.

Ia disusuli dengan satu majlis doa selamat malam tadi di Seri Perdana dengan disertai isteri tercinta, Datin Seri Jeanne Abdullah, keluarga terdekat dan kenalan rapat.

“Sepanjang bekerja dengan Pak Lah, sambutan hari jadi beliau tidak pernah diuar-uarkan. Kalau ada sambutan pun, ia tidak melibatkan kami sebaliknya dibuat secara sederhana dengan satu majlis doa selamat dihadiri keluarga terdekat serta dua tiga orang kenalannya,” kata seorang pegawai beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Abdullah yang dilahirkan hasil perkongsian hidup Ahmad Badawi dan Kailan Hassan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.

Tidak seperti negara tertentu yang sambutan ulang tahun pemimpinnya diadakan secara terbuka atau besar-besaran, hari jadi pemimpin di negara ini kadangkala ‘terlepas’ daripada fokus umum.

Tiada iklan tahniah atau kesyukuran di akhbar-akhbar atau sambutan majlis terpampang di kaca televisyen. Kalau adapun secara kebetulan sahaja apabila majlis tersebut dibuat secara mengejut tanpa pengetahuan empunya diri.

Barangkali bagi Abdullah, hari jadi beliau sudah cukup diraikan oleh keluarga terdekat. Apa yang diharapkan beliau sempena hari jadinya mungkin hanya mahu melihat Malaysia yang didiami rakyat dari pelbagai kaum terus hidup aman dan harmoni.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 tempoh hari, Abdullah percaya hanya dengan mengetepikan prejudis yang ada mampu merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju yang menjanjikan kehidupan dan masa depan gemilang kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Di sebalik iklim politik negara-negara tetangga yang tidak keruan, beliau yakin rakyat yang bersatu padu adalah benteng pertahanan negara yang kukuh bagi menghadapi sebarang ancaman baik dari dalam mahupun dari luar negara.

“Tidak ada warga yang diiktiraf lebih tinggi kedudukannya daripada warga yang lain di tanah air ini.

“Negara ini adalah milik bersama. Jatuh bangun dan maju mundur negara ini, kita bersama yang menentukannya,” kata beliau.

Bagi UMNO pula seperti amanat yang diluahkan oleh beliau pada ulang tahun kelahiran parti itu ke-62 Mei lepas, Abdullah mahu ahli UMNO jangan patah hati dan pecahkan parti di sebalik kemerosotan sokongan yang dilalui Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti itu.

Bagi mengembalikan keyakinan penuh rakyat, kata beliau, ia perlu datang daripada dalam parti sendiri dan bukannya orang lain kerana jika pemimpin UMNO sendiri mendapat sokongan padu daripada anggotanya, rakyat pasti memberi sokongan.

Barangkali itulah impian Abdullah di sebalik kesihatannya yang terus dirahmati oleh-Nya dalam menginjak usia ke-69 tahun semalam.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP