Thursday, November 20, 2008

FAM sasar kedudukan lebih baik


KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyasarkan untuk memperoleh kedudukan 130 dunia atau kedudukan yang lebih baik pada tahun depan, lapor HISYAMUDDIN AYUB.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, FAM akan memastikan jadual kejohanan bola sepak negara ini disusun dengan baik, termasuk jadual skuad bola sepak kebangsaan.

"Penyusunan jadual yang sempurna mampu untuk membolehkan FAM memberi tumpuan khusus dalam pembentukkan skuad negara dan melakukan lebih banyak perlawanan persahabatan tahun depan.

"Dua perkara utama yang berjaya membantu Malaysia mencapai kedudukan baik tahun ini kerana mempunyai banyak perlawanan persahabatan dan menyertai empat atau lima kejohanan antarabangsa.

"Namun begitu, penyertaan dan perlawanan yang banyak sahaja masih belum mampu untuk membantu Malaysia mencapai kedudukan baik dunia jika tidak memperoleh keputusan yang bagus daripada pertemuan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran dan undian Liga Futsal Kebangsaan Felda 2008/2009 yang dirasmikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusuf Noor.

Tumpuan

Kata Khairy, tempoh rehat lama yang dilakukan oleh FAM pada tahun ini dilihat telah membuahkan hasil apabila FAM dapat memberi tumpuan khusus kepada skuad kebangsaan negara dan telah mencapai beberapa keputusan baik.

Katanya, mutu permainan dan prestasi skuad kebangsaan juga telah menunjukkan peningkatan, sekali gus telah membantu Malaysia menduduki tangga ke-151 dunia di bawah kepimpinan baru.

Menurut beliau, kedudukan terakhir skuad bola sepak Malaysia adalah ke-172 dunia.

Sehubungan itu katanya, FAM tidak mahu pemain berasa bangga dengan keputusan tersebut, sebaliknya perlu berusaha lebih keras untuk terus memperbaiki kedudukan sedia ada.

"Kita tidak boleh mendabik dada dengan pencapaian tersebut, sebaliknya harus berkerja dengan lebih keras.

"Saya berharap sukan bola sepak Malaysia akan terus mencatat peningkatan dan perubahan pada masa depan, selain dapat memecah masuk untuk berada pada kedudukan ke-100 atau lebih baik dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi," katanya.

Mengulas mengenai kedudukan dan nasib jurulatih skuad bola sepak negara, B. Sathianathan, Khairy berkata, prestasi jurulatih itu diukur pada persembahan skuad kebangsaan.

Katanya, penyambungan kontrak Sathianathan juga dilihat banyak bergantung kepada keupayaannya membawa Malaysia mengharungi persaingan Piala Suzuki AFF Disember ini.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP