Monday, October 20, 2008

Hanya lagi dua pencalonan untuk Khairy melepasi kouta

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semakin menghampiri melepasi, kouta yang diperlukan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas 15 bahagian Pemuda habis bersidang hari ini.

Beliau ketika ini mendapat 37 pencalonan, masih kurang dua lagi pencalonan untuk melayakkannya bertanding jawatan itu.

Khairy hari ini menerima tambahan tujuh pencalonan iaitu dari bahagian Libaran, Sandakan dan Pensiangan di Sabah, Jelutung dan Tanjong (Pulau Pinang), Jerantut (Pahang) serta Klang (Selangor).

Datuk Mukhriz Tun Mahathir menerima sokongan daripada 61 bahagian Pemuda di seluruh negara sehingga kini.

Beliau menerima enam pencalonan hari ini iaitu dari Jasin (Melaka), Pulai, Muar dan Parit Sulong (Johor), Indera Mahkota (Pahang) dan Batu Kawan (Pulau Pinang).

Seorang lagi calon, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menambah tiga pencalonan iaitu dari Pemuda Bahagian Batu (Wilayah Persekutuan), Serdang (Selangor) dan Beluran (Sabah).

Setakat ini, beliau telah pun menerima 28 pencalonan manakala kouta yang perlu dilepasi para calon untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda ialah 39.

Secara keseluruhan 126 bahagian Pemuda di seluruh negara sudah menamatkan mesyuarat masing-masing dan masih tinggal lagi 65 bahagian yang belum berbuat demikian

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP