Friday, September 26, 2008

Khairy dakwa disekat temui ahli Pemuda

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

KOTA BHARU 25 Sept. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, hari ini mendedahkan beliau disekat daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan itu.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda berkata, situasi itu berlaku di beberapa kawasan yang dihadirinya.

“Saya mempunyai bukti, ada yang memang nak datang tetapi mendapat arahan supaya jangan hadir.

“Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana saya sendiri tidak pernah menyekat mana-mana ahli Pemuda daripada berjumpa dengan pemimpin yang bakal bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan anjuran bersama Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Kelantan dan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh di sini malam ini.

Khairy mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turut menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO mengenai sekatan oleh sesetengah pihak terhadap anggota parti daripada bertemu dengan pemimpin atau calon yang akan bertanding.

Menurut Mukhriz, ia adalah tidak selari dengan amalan demokrasi apabila ada anggota Pemuda UMNO disekat daripada bertemunya, manakala ada di antara mereka turut tidak dibenarkan bersama-sama di dalam majlis-majlis yang beliau hadiri.

Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mukhriz; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Khairy.

Mengulas mengenai perkara itu, Khairy berkata, semua calon mempunyai kelebihan masing-masing dan perkara paling penting ialah sebuah pertandingan sihat yang kelak tidak akan memusnahkan institusi Pemuda UMNO.

Jelas beliau, perkara yang paling dibimbanginya ialah apabila seseorang calon itu menang tetapi tidak membawa kebaikan kepada parti dan negara akibat daripada perpecahan yang timbul natijah daripada persaingan tidak sihat.

“Bagi saya siapa sahaja yang menang tidak penting tetapi yang paling utama selepas kemenangan itu UMNO dan Pemuda semakin bertambah kuat, perpaduan semakin meningkat dan bukannya terus musnah akibat perpecahan,” katanya.

Khairy yang membawa pendekatan setiakawan dalam usaha merebut jawatan Ketua Pemuda itu yakin seluruh ahli Pemuda bijak untuk menilai dan seterusnya memilih ketua yang mampu memperjuang dan membela nasib ahli serta menguatkan parti dan negara.

Read more...

Thursday, September 25, 2008

Khairy Outlines Three Aspects Of Camaraderie

ALOR STAR, Sept 19 - Umno Youth vice-head Khairy Jamaluddin has outlined three aspects of camaraderie in strengthening the movement besides forging closer relations with the Barisan Nasional (BN) Youth wing.

He said the first aspect of camaraderie involved the Youth movement at the branch and national levels which must emphasise the close relationship so that there was no gap between them in championing the party's cause.

"The second aspect involves the Umno Youth movement and the BN Youth itself. This needs to be strengthened and relations between the two entities should be improved.

"There needs to be a new agreement on how to overcome crises within the BN," he said at a breaking of the fast organised by the Kuala Kedah Umno Youth at the Hidayatul Solihin Mosque at Jalan Gunung Keriang, near here Friday.

Khairy said the third aspect was to develop a good relationship with the young generation (non-Umno members) especially with the non-governmental organisations (NGOs) involving youths..Earlier in his speech, Khairy said Umno Youth must attract more people from the younger generation to join the movement in an effort to further strengthen Umno and the BN.

Khairy also appealed to the Umno Youth members to nominate him to contest the Umno Youth head post in the party election in December.-- BERNAMA

Read more...

Wednesday, September 24, 2008

Pemuda Sabah sokong Khairy



Pemuda Umno Sabah hari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti Disember ini.

Ketua Pemuda Umno Sabah Datuk Japlin Akim berkata Khairy telah membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi pergerakan itu.

“Bagi saya dan rakan-rakan Pemuda di Sabah, sokongan tidak berbelah bagi kepada Khairy ini adalah kerana kami tahu komitmen beliau terhadap perjuangan Umno, dan pada masa yang sama beliau adalah seorang insan yang boleh dipimpin iaitu suka menerima pandangan rakan dan orang lain,” katanya kepada Bernama hari ini.

Japlin, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata, Khairy juga dikenali sebagai pemimpin yang berilmu, berani serta lantang menyuarakan hak-hak Pemuda.

"Beliau mesra dengan golongan muda di Sabah, dan kami berpendapat tidak ada masalah bagi mereka untuk mengemukakan permasalahan dan tuntutan Pemuda di peringkat cawangan," katanya.

Selain Khairy, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan ketua Umno bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berhasrat merebut jawatan naib presiden Umno.

Read more...

Friday, September 19, 2008

Khairy tawarkan diri bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia

Read more...

Wednesday, September 17, 2008

Khairy mohon dicalonkan


Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

REMBAU 17 Sept. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin hari ini memohon ahli-ahli Pemuda UMNO mencalonkan beliau bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu Disember ini.

Khairy berkata, beliau sudah bersedia menerima pencalonan dengan agenda untuk memperkukuhkan Pemuda UMNO serta semangat setiakawan dengan Pemuda Barisan Nasional (BN).


"Setelah saya turun ke bawah, berbincang daripada hati ke hati dengan Pemuda di peringkat akar umbi, maka pada hari ini saya memohon pada Pemuda di peringkat Bahagian UMNO mencalonkan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO.


"Saya juga memilih hari ini 17 September kerana ia adalah Nuzul Quran, hari di mana al-Quran diturunkan ke bumi," katanya yang kini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda.


Khairy mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO itu pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Rembau di sini yang turut dihadiri dua anggota Exco pergerakan tersebut iaitu Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.


Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ir. Jamlus Aziz; Ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abd. Rahman; Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria; Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Penolong Bendahari Pemuda, Datuk Abd. Hamid Mohd. Nazahar turut hadir.


Khairy menjelaskan, keputusan beliau untuk bertanding jawatan itu dibuat selepas penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan untuk mengosongkan kerusi berkenaan yang telah disandang sejak 10 tahun lalu.


Menurut Khairy, beliau telah bermuhasabah dan akhirnya menemui satu rumusan bahawa perlu ada kesinambungan dalam perjuangan Pemuda UMNO.


Mengenai teras setiakawan yang dimaksudkan, Khairy berkata, ia merujuk kepada peranan Pemuda UMNO sebagai tonggak kepada kejayaan masa hadapan negara.


"Pertama, kita perlu merapatkan jurang dan perkasakan Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian kerana perjuangan setiakawan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.


"Kedua, Pemuda UMNO harus menunjukkan contoh yang baik dan jangan hanya menjadi pasukan berkecuali apabila berhadapan dengan Pemuda daripada komponen parti Barisan Nasional (BN).


"Ketiga, Pemuda UMNO harus bersama generasi muda yang ada di luar UMNO dan hendaklah menjadi badan yang 'inclusive' bukannya 'eksklusif','' katanya.


Menurut beliau, Pergerakan Pemuda UMNO perlu bergaul dengan generasi muda dalam perkhidmatan awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kesatuan buruh supaya hubungan erat dapat dikecapi bersama.


Beliau seterusnya menjelaskan hasrat untuk bertanding itu bukan hanya atas kapasiti seorang pemimpin Melayu tetapi juga dengan amanah besar sebagai pemimpin muda kepada rakyat Malaysia.


Katanya, jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi merupakan Ketua Pemuda bagi BN.

Read more...

Khairy Jamaluddin Tawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO


Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia. Beliau akan meneruskan kesanimbungan perjuangan pemuda UMNO Malaysia yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.


Khairy yang sebelum ini meyatakan bahawa beliau akan mendapat pandangan dari suara akar umbi sebelum mengumumkan bertanding dikatakan mempunyai pontensi yang kuat untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO memandangkan beliau amat berpuas hati dengan suara dari akar umbi yang mahukan beliau bertanding untuk mengisi kekosongan kerusi Ketua Pemuda UMNO.


Beliau membuat pengumuman di pusat khidmat ahli Parlimen Rembau di Chembong petang ini. Majlis itu diadakan khas untuk beliau mengumumkan menawar diri bertanding jawatan tersebut. Turut hadir ialah 40 Ketua Pemuda Umno bahagian dari seluruh negara untuk menyatakan sokongan kepada Khairy.


Turut bertanding merebut kerusi ini, ialah Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Zahidi dan Daruk Azimi Daim.


Hadir sama ialah lima ketua Pemuda negeri dari Perlis, Wilayah Persekutuan, Sabah, Perak dan Negeri Sembilan. selepas pengumuman berkenaan Khairy terus berlepas ke Melaka untuk program Nur Ramadhan.


Sumber:Kpmu

Read more...

Friday, September 12, 2008

Perubahan tidak selesai masalah - Khairy

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR


SEGAMAT 11 Sept. - Saranan supaya perubahan dilakukan di peringkat pucuk pimpinan UMNO tidak akan menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau menegaskan, perubahan pucuk pimpinan parti memerlukan pendekatan menyeluruh termasuk mengkaji bagaimana kaedah memenangi semula hati rakyat dan keseluruhan ahli parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pihak yang mencadangkan dilakukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO perlu mengemukakan perancangan yang jelas bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

"Kalau hendak bercakap tentang perubahan (pucuk pimpinan), janganlah dengan retorik kosong semata-mata. Sebaliknya, ia mestilah perubahan yang ada perancangan termasuk pendekatan yang ingin diambil dari segi struktur dan akar umbi.

"Janganlah kita hanya meminta perubahan kepimpinan kerana jika kepimpinan diubah sekalipun, ia tidak akan menyelesaikan segala masalah kita," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, di sini malam tadi.

Majlis yang diadakan di kediaman Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, Ayob Rahmat itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim dan ketua-ketua Pemuda bahagian seluruh Johor.

Sebelum majlis itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyampaikan bantuan Nur Ramadan kepada 162 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya di Balai Raya Kampung Melayu Raya, di sini.

Khairy berkata, kenyataannya itu tidak merujuk kepada mana-mana kes atau individu, sebaliknya ia adalah pandangan umum.

Katanya, apa yang penting adalah semua ahli UMNO perlu menerima hakikat bahawa BN menjadi kuat hasil daripada sokongan yang diberikan oleh rakyat pelbagai kaum dalam parti komponen BN.

Untuk itu, kata beliau, perjuangan yang dibawa oleh UMNO juga perlu diterima oleh semua pihak tanpa mengira kaum.

"Dalam konteks keutuhan BN, kita perlu menjaga semua parti komponen yang berada dalam parti ini supaya UMNO bukan sahaja boleh diterima di kalangan orang Melayu malah kaum- kaum lain," ujarnya.-Utusan








Read more...

Tuesday, September 9, 2008

YB Khairy turun kawasan meninjau suasana bulan Ramadhan





Rembau 5 Sept , Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamalluddin hari ini telah meluangkan masa selama 2 jam dari jam 4 ptg sehingga jam 6petang untuk bertemu dengan masyarakat di sekitar kawasan parlimen Rembau di Pusat Khidmat Masyarakat bagi mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Beliau kemudian telah melawat bazar ramadhan di pekan Rembau untuk meninjau keadaan peniaga-peniaga yang berniaga pada bulan Ramadahan ,YB Khiary telah menghabiskan masa selama setengah jam untuk meninjau keadaan di persekitaran bazar Ramdahan berkenaan. Pengunjung bazar dan peniaga agak terperanjat apabila menerima tetamu VIP yangsama-sama bersama mereka yang sedang sibuk berniaga dan membeli belah juadah – juadah untuk berbuka puasa.

Rombongan YB Khary kemudiannya telah ke masjid Kampong Gadong untuk berbuka puasa bersama khariah di sana dan seterusnya menunaikan solat tarawikh dan majlis tahlil . YB Khairy juga telah menyumbangkan sumbangan kepada beberapa buah surau di sekitar Parlimen Rembau. Khariah di Kampung Gadong amat berbesar hati keranadapat berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Tarawikh bersama dengan ahli Parlimen mereka,

Read more...

Thursday, September 4, 2008

Khairy menang tanpa bertanding kerusi Pemuda UMNO Bahagian Rembau


Ketua Pemuda UMNO Rembau mempertahankan kerusi Ketua Pemuda tanpa bertanding apabila telah mendapat 98 pencalonan mengalahkan pencabarnya sauadara Azman Mat Shah yang hanya mendapat hanya 7 pencalonan. Niat saudara Azman Mat Shah untuk menumbangkan Ketua Pemuda UMNO Rembau merangkap Ahli Parlimen Rembau ini tidak kesampaian apabila gagal untuk mendapat pencalonan yang mencukupi.

Azman ayah kepada 5 orang anak dikatakan telah membuat keyataan akhbar sebelum ini yang menyatakan hasrat beliau menawarkan diri untuk bertanding ini merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembaukerana Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Rembau perlukan perubahan terutama sekali selepas isyarat jelas dari pengundi muda semasa Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada 8hb Mac yang lepas.

Perubahan dari segi kepimpinan yang dianggap selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja. Kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan didalam pergerakan ini yang akhirnya menyaksikan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dibahagian ini iaitu DUN Paroi jatuh ke tangan pembangkang.

Jelas apa yang dinyatakan oleh Mat Shah sebenarnya bukannya suara Pemuda Rembau dan adalah merupakan keyatan beliau secara individu apabila kegagalan untuk mendapat cukup pencalonan membuktikan terjemahan pemuda akar umbi yang menolak apa yang perjuangkan oleh Azman. Kebanyakan mereka menyifatkan perjuangan Azman adalah perjuangan untuk kepentingan peribadi beliau.

Read more...

Khairy akui Pemuda UMNO dilanda krisis keyakinan…




Kini krisis keyakinan melanda Pergerakan Pemuda UMNO bila generasi muda telah menampakkan sikap mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO semasa pilihan raya umum lalu dan terbaru semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menegaskan BN/UMNO sedang berdepan dengan masalah besar iaitu penerimaan golongan muda.

Sambil mengakui suasana itu merupakan masalah masa depan Pemuda UMNO, Khairy berkata,"ramai dikalangan ahli pemuda atau umur pemuda tidak menyokong BN dan UMNO lagi, ianya menuntut satu perubahan."

Khairy berkata demikian ketika berucap semasa menjadi tetamu kehormat Program Nur Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan pada anak-anak yatim dan ibu tunggal sekitar Cheras di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, petang Rabu.

Beliau juga membangkitkan cakap-cakap banyak pihak dalam UMNO yang mendesak agar perubahan dilakukan hingga ada yang menyebut perlunya ada perubahan kepimpinan termasuk perubahan Presiden parti.

Dengan nada kesal Khairy berkata, "perkara ini telah ditangani oleh pucuk pimpinan parti dengan pelan peralihan kuasa yang tersusun dan teratur tetapi masih lagi kedengaran suara yang menuntut agar perubahan ini berlaku pada kadar segera".

"Malangnya, bila kita mendengar suara yang menuntut perubahan itu tidak pula menyatakan cara perubahan yang perlu dilakukan dalam parti kita ini, mereka seharusnya lebih spesifik, mereka perlu melakarkan dan melukiskan satu perancangan perubahan yang perlu berlaku," tambah Khairy.

Beliau berkata, "bukan kita hanya tahu mengkritik bahawa perubahan perlu berlaku kerana apa yang ada selama ini tidak memenuhi citarasa golongan muda, maka kita akan berdepan dengan persoalan dari golongan muda tentang apakah bentuk perubahan yang hendak kita lakukan untuk membolehkan parti UMNO diterima semula oleh mereka."

Khairy menganggap Pergerakan Pemuda UMNO sekarang perlu turun ke bawah menjadi pemberi khidmat, jurucakap dan pendamping masyarakat dengan menghulurkan tenaga usaha bagi membantu serta menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"UMNO bukan lagi badan yang hanya menyelesaikan masalah orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia, UMNO perlu menjadi parti yang berjiwa besar dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan perlu turun ke bawah memberi penerangan tentang perjuangan UMNO, Agenda Melayu dalam konteks kebangsaan terutama kepada masyarakat majmuk di Wilayah Persekutuan ini," katanya.

"Perjuangan Agenda Melayu dalam negara Malaysia yang tidak menidak hak-hak kaum lain di negara ini, dengan cara ini kita akan mendapat sokongan serta keyakinan semula dari generasi muda dari pelbagai kaum di negara ini," ujarnya.

Turut hadir di majlis tersebut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Paduka Norza Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali AlHabshee, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Agama Datuk Shamsul Najmi, ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan.

-agendadaily.com

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP