Monday, August 4, 2008

KJ - Antara semangat dan kecekalan menghadapi badai politik




Sehingga hari ini Khairy belum lagi menyatakan pendirian beliau sama ada mahu bertanding mengisi kekosongan yang akan dikosongkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia atau akan terus mempertahankan kerusi yang disandang oleh beliau sekarang, sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ianya masih menjadi teka–teki dikalangan Pemuda UMNO dan ramai yang tertanya-tanya apakah beliau mampu untuk memilih untuk tidak bertanding atau mempertahankan jawatan yang beliau sandang sekarang. Mengenali KJ beliau mampu melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Beliau mampu tidak duduk dalam kabinet walaupun sebelum ini beliau diura-urakan akan mengisi salah satu kerusi dalam kabinet.

Apa yang dilakukan oleh beliau sekarang adalah menguji kekuatan beliau di peringkat akar umbi dan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk memaklumkan kedudukan beliau tanpa mendengar tindak balas dari akar umbi, beliau tidak mahu mengikut nafsu dan perasaan untuk mengumumkan keputusan samaada mahu merebut kerusi pemuda dalam UMNO ataupun mempertahankan kerusi naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam keadaan senario politik yang tidak menentu kerana beliau tahu dalam politik kesabaran adalah kunci kejayaan.

Tiga calon telahpun mengumumkan untuk bertanding bagi merebut kerusi Ketua pemuda UMNO Malaysia ketika UMNO sedang menghadapi kemelut dalaman sebaik sahaja selesai pilihanraya umum yang lalu. Ramai berpendapat, pengumuman yang mereka buat adalah atas sifat yang tidak waras kerana mengikut aliran politik yang tidak waras ketika itu. Pengumuman itu adalah lebih dari sifat yang bermotif ego dan dendam dan cuba menangguk di air yang keruh.




KJ tidak mahu terperangkap dalam keadaan politik yang tidak waras ketika itu dan memilih jalan untuk mendiamkan diri serta tunggu dan lihat. Nyata apa yang dilakukan itu sememangnya tepat kerana jika beliau mengikut arus senario politik yang tidak waras ketika itu akan terjadi pergolakan politik yang lebih buruk.

Beliau tidak mahu ikut panik dan mengikut jejak mereka yang sedang panik dan membiarkan saja si labu terjun dengan labu-labunya. Keputusan yang terburuk dialami oleh BN dalam sejarah pilihanraya yang pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya di Malaysia kerana kemelut kebangkitan suara rakyat , ramai pemimpin yang menjadi panik dan ada yang bertindak menjadi 'pressure group' yang cuba menjatuhkan kepimpinan yang ada bagi menggantikan dengan kepimpinan yang baru yang mereka sendiri tidak tahu siapakah calon –calon yang mereka mahu mengisi kekosongan jawatan yang mereka mahu kosongkan.

Dalam keadaan yang panik ini banyak tindakan yang telah diambil merupakan satu tindakan yang berlunaskan keadaan panik dan tidak waras.



Khairy Jamaluddin dijadikan kambing hitam

Dalam keadaan yang panik ini KJ dijadikan kambing hitam dan dikatakan liabiliti dan sebagai penyebab kepada kekalahan BN. Sebenarnya inilah jalan yang paling mudah untuk pemimpin –pemimpin ini dari memikul tanggungjawab sepatut dipikuk bersama KJ disalahkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada Perdana Menteri dan beliau dikatakan telah mempengaruhi bapa mertuanya dalam melaksanakan keputusan–keputusan penting dalam kerajaan.

Alasan mudah ini adalah untuk memburukkan KJ bagi membendung kebangkitan politik anak muda ini yang telah memenangi kerusi parlimen P131 Rembau dan berpeluang untuk menerajui kepimpinan pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Alasan yang diberikan oleh mereka yang telah mereka sebarkan melalui laman web dengan meluas hanyalah berniat jahat dan mahu mematikan kerjaya politik anak muda ini yang kian menonjol dan minat beliau dalam politik yang begitu mendalam membolehkan beliau memberikan komitmen yang begitu mendalam untuk mewarnai kepimpinan Pemuda UMNO
Malaysia.

Menyedari banyak serangan yang dibuat oleh ahli UMNO terhadap beliau terutama sekali mereka yang begitu megidamkan jawatan Ketua Pemuda UMNO, KJ telah memilih jalan yang bijak untuk meneruskan kerja-kerja memperbaiki UMNO dan mengelakkan diri dari bertembung dengan politik yang tidak waras seterusnya cuba menjatuhkan beliau dan Perdana Menteri , lantas beliau hanya berkata bahawa beliau mahu mendengar suara akar umbi dahulu dan meneruskan tugasan bagi menenangkan dan memperbaiki segala kemelut yang berlaku dalam UMNO.

Mereka mungkin lupa atau sengaja melupakan akan sejarah kebangkitan Pak Lah (bapa mertua KJ) sehingga dia adalah merupakan calon yang terbaik di mata Tun dr Mahahthir Mohammad dan beliau telah dilantik oleh Tun Dr Mahathir untuk menggantikan beliau setelah Tun mengumumkan persaraan beliau. Segala kejayaan dan keputusan yang dilakukan oleh Pak Lah sehingga beliau menjawat jawatan perdana menteri adalah hasil dari daya fikiran beliau sendiri tanpa dibantu oleh menantu beliau sebelum ini.


Mereka lupa bahawa Pak Lah juga punya fikiran yang baik sehingga dipilih sebagai Perdana Menteri.


Pak Lah juga mempunyai daya pemikiran yang baik dan pantas sehingga beliau diangkat ke kerusi Naib Presiden UMNO dan telah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang terbaik bagi Tun Mahathir dan terus diangkat oleh Tun sendiri utnuk menggantikan beliau sehingga beliau menjadi Perdana Menteri tanpa bantuan dan pendapat dari KJ sebelum ini.

Malangnya segala keputusan Pak Lah yang nampak bernas dan cara kepimpinan Pak Lah yang agak berlainan dari Tun Mahathir dikatakan dikuasai oleh pengaruh KJ. Pak Lah sendiri ada mengatakan bahawa kebanyakkan keputusan yang dibuat oleh beliau bukanlah dipengaruhi oleh menantunya KJ , Malahan Pak Lah pernah memberikan kata dua kepada KJ untuk memilih antara dua , dunia Perniagaan atau Politik.

KJ lebih cenderung dengan politik malahan beliau adalah pemegang degree dalam bidang philosophy , Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford London.

Adalah tidak wajar , hanya Khiary adalah merupakan menantu Pak Lah dan mahu menaburkan jasa dan bakti kepada bangsa dalam UMNO dituduh sebagai mempengaruhi semua keputusan penting Perdana Menteri dan seolah-olah menafikan akan kebolehan Pak Lah memimpin Negara dan menafikan kewibawaan KJ sebagai seorang pemimpin hanya kerana beliau adalah menantu Perdana Menteri.

Adalah tidak wajar juga jika nafikan bahwa Pak Lah tentu mempunyai keistimewaan beliau sendiri sehingga beliau dipilih oleh Tun Dr Mahahthir Mohammad untuk menggantikan beliau sebagai perdana Menteri Malaysia.


KJ pasti akan umumkan setelah benar-benar bersedia

Jika Kj mengumumkan bahawa beliau akan bertanding apa juga kerusi dalam pemuda UMNO , itu adalah satu mesej yang perlu diambil berat kerana apa yang diumumkan beliau adalah satu keyakinan dan keputusan yang tepat yanga akan beliau lakukan. Ini bererti beliau telah mendapat jawapan dari suara akar umbi dan kekuatan yang beliau miliki sekarang sukar dijangka kerana dalam diam beliau telah banyak melakukan kerja untuk menuju ke arah apa yang beliau mahu lakukan.

Ada pendapat menyatakan bahawa cara yang dilakukan oleh KJ ini tepat kerana tidak gebang dan berpolitik 24 jam kerana ianya boleh membuat rakyat bosan. Cara KJ menumpukan kepada kerja dan juga mengelakkan dari memburukkan individu yang tertentu dalam merebut kerusi Ketua pemuda UMNO juga telah banyak membina Imej kepimpinan yang mula diterima oleh kalangan Pemuda sendiri.

Pengaruh beliau adalah dikalangan 'silent majority' yang banyak memerhatikan sahaja akan langkah dan lengguk tarian bakal calon-calon pemuda UMNO. 'Silent Majorty' ini jugalah yang akan membuat keputusan dan akan memastikan dan mengizinkan yang benar-benar layak sahaja menerajui kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia.

Adalah tidak wajar untuk menafikan kebolehan KJ dalam kerjaya beliau sebagai seorang ahli Politik kerana beliau menang dalam pilihanraya Parlimen Rembau dalam proses dan saluran politik yang sama dengan ahli-ahli politik yang lain. Beliau juga telah membuktikan bahawa beliau juga mampu memimpin dan menjadi Naib ketua Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Hsihammuddin .

KJ perlu dinilaikan sebagai kepimpinan dan pelapis kepimpinan Muda UMNO melalui prestasi kerjanya dan sumbangan beliau terhadap kepimpinan beliau dalam mewarnai politik tanah air dan bukan kerana beliau adalah penentu kepada Perdana Menteri . Beliau juga tidak mahu kerjaya politik beliau dinilaikan dengan hubungan keluarga dengan Perdana Menteri.

Segala duri dan ranjau yang beliau hadapi dalam merempuhi kemelut politik ini juga telah banyak mematangkan dan mendewasakan kerjaya beliau dalam politik dan telah dapat beliau hadapi dengan baik dan kesabaran. Beliau mengerti , bukan mudah untuk berjaya dalam kerjaya politik kerana duri dan onaknya terlalu tajam dan terlalu pahit untuk ditempuhi tetapi apakah pilihan yang ada kepada mereka yang mahu berjaya dalam kerjaya dalam politik . Mereka perlu menempuhi semua ini bagi mengecapi kejayaan.

Bagi mereka yang mudah mengaku kalah , politik bukanlah kerjaya yang tepat,. Bak kata pepatah melayu, jangan berumah di tepi pantai jika takut di lambung ombak. Bujur lalu melintang patah. Kita lihat dan menjadi saksi sejauh mana ketahanan anak muda ini membelah badai.



Salam perjuangan

Nor Iskandar Rantau N S

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP