Thursday, July 31, 2008

Sathia bangga

SHAH ALAM - Jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan bangga dengan persembahan anak-anak buahnya walaupun Chelsea tidak mempamerkan corak permainan sebenar pada aksi persahabatan, semalam.

Katanya, ia bukan satu perlawanan yang mudah buat pemain negara kerana Chelsea memiliki kualiti pemain yang cukup tinggi biar pun bermain begitu bersahaja dalam padang.

"Ia tetap satu keputusan yang baik bagi saya. Puas hati melihat mereka bermain kerana ada karakter ketika dalam padang. Malah ada peningkatan dan saya harap ia berterusan," katanya.

Menurut Sathianathan, beliau menurunkan ramai pemain senior dalam babak pertama tetapi babak kedua memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi sebagai pendedahan.

"Saya harap selepas ini akan ada banyak lagi perlawanan persahabatan seperti ini untuk membolehkan pemain negara menimba seberapa banyak pengalaman yang mungkin.

Sementara itu, ketua pasukan, Shukor Adan turut mengakui sukar bermain dengan kelab yang terkenal seperti Chelsea kerana ia menuntut komitmen yang bukan sedikit.

"Yang penting pada saya ialah pengalaman bermain dengan pasukan yang baik seperti Chelsea ini. Ia amat berguna untuk pemain-pemain kita yang boleh banyak belajar," ujarnya.

Bagi Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin, beliau melihat sesuatu yang positif berjaya ditunjukkan pemain negara walaupun berdepan masalah untuk disatukan di bawah satu bumbung.

Katanya, jika mengambil kira jadual Piala Malaysia yang ketat, perlawanan yang ditunjukkan pemain negara sudah pasti boleh dibanggakan.

"Saya juga ingin membidas media kerana kerap menyalahkan pemain sambil tidak boleh menerima alasan mereka sukar disatukan dalam tempoh yang panjang. Sedangkan itulah masalah yang kita hadapi.

"Tetapi malam ini, semua pemain mempamerkan kehebatan mereka menyaingi Chelsea walaupun berlatih bersama dalam tempoh yang singkat," tegasnya.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP