Friday, July 18, 2008

Anwar cuba berbohong isu harga minyak - Khairy

KUALA LUMPUR 16 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai cuba berbohong apabila berjanji kepada rakyat untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen daripada RM2.70 kepada RM2.20 seliter.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, harga RM2.20 seliter berkenaan ternyata jauh lebih tinggi daripada harga minyak RM1.92 seliter semasa Anwar membuat janji menurunkan harga minyak semasa kempen pilihan raya umum Mac lalu.

''Jelas terbukti kaedah Anwar amat lucu, dengan bercadang mengurangkan harga minyak negara dengan menurunkan kadar rizab kuasa Penjana Kuasa Bebas (IPP) daripada 40 peratus kepada 20 peratus dengan harapan kerajaan boleh menjimatkan wang sebanyak RM2 bilion.

''Kalau kita keluarkan wang berjumlah RM2 bilion itu, penjimatan tidak pergi kepada kerajaan tetapi kepada syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedangkan TNB bukan syarikat milik 100 peratus kerajaan.

''Kerajaan juga bukan boleh minta sebarang dividen istimewa daripada TNB, lainlah Petronas. Permintaan ini tidak masuk akal dan membodohkan rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2008) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Semalam Anwar mengemukakan mekanisme menurunkan harga minyak semasa berdebat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan tajuk Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Khairy memberitahu, rakyat tidak akan mempercayai apa yang dikatakan oleh Anwar kerana ia merupakan pembohongan besar walaupun masih belum menubuhkan kerajaan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP