Friday, June 20, 2008

Yong Teck Lee dan Mukhriz SALAH PILIH TUAN BOLEH MAKAN DIRI

Oleh Abang Mahmor

Macam-macam istilah gelaran digunakan terhadap Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dalam perkembangan terbarunya mengisytiharkan partinya telah hilang kepercayaan terhadap perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Abdullah sendiri menyifatkan bekas Ketua Menteri Sabah itu tamak. Yang lain juga mengelar Teck Lee pengkhianat BN Sabah, bacul, tidak mengenang budi, musuh dalam selimut, jenis tikam belakang dan macam-macam lagi gelaran.

Teck Lee mana peduli itu semua. Mungkin sudah pun bersedia menerima kecaman yang lebih dahsyat dari itu. Yang penting baginya ialah beliau sudah menaruh tekad untuk mencetuskan satu perkara yang dipercayai mendapat sokongan rakan-rakannya terutama dari partinya sendiri.

Lebih lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin telah memberi jaminan dan menjanjikan ‘syurga’ kepada Teck Lee sekiranya usaha membawa usul itu berjaya disambut oleh ahli parlimen lain yang menggugat BN kelak.
Lebih penting dari itu, Teck Lee sudah dapat menyatakan betapa beliau kecewa untuk mendapatkan apa saja yang beliau mahu dari kerajaan pusat kononnya untuk rakyat Sabah sambil membelakangkan ketua BN, Tan Sri Musa Aman.

Hingga di saat akhir, Musa tidak mengetahui bahawa presiden SAPP itu akan membuat kenyataan yang memberi tamparan kepada BN sabah kerana SAPP adalah parti anggota.
Tindakan Teck Lee itu jelas beliau seorang yang benar-benar biadap. Dia masih ingat dirinya cukup berkuasa dan orang lain harus tunduk dengan kehendaknya walaupun dia sendiri tahu bahawa dia bukanlah sebijak mana tetapi mempunyai wang ringgit dan semakin tamak.

Kalau beliau bertanding atas tikit bebas, bukan atas nama BN, mungkin pengundi tidak akan menurunkan undi kepada beliau. Tidak dinafikan bahawa kerana BNlah pengundinya yakin, bukan atas nama individu.
Ditambah pula Datuk Mukriz Tun Mahathir secara spontan mengambil kesempatan sama menyatakan sokongan terhadap usul yang bakal dibentangkan Teck Lee tanpa memikirkan bahawa Anwar di belakang menepuk tangan.

Ternyata Mukhriz belum tamat ‘sekolah politik’nya. Cakapnya selalu terlajak melebihi had yang cuba diselindung sebalik syarat yang menonjolkan beliau belum matang sebagai pemimpin pelatih masa kini. Nampak saja tenang pada wajah, tetapi sebenarnya amat gelojoh.
Kedua-dua ahli parlimen ini, Yong Teck Lee dan Mukhriz merupakan kacang lupakan kulit dan mungkin dari kalangan spesis tidak berkawan atau mungkin juga tidak memerlukan kawan dalam perjuangan mereka. Mereka lebih suka bertindak sendirian yang menunjukkan besar kepala dan memandai-mandai membawa isu masing-masing.

Ataupun tidak keterlaluan kalau disifatkan kedua-dua ahli parlimen ini tersalah pilih tuan sedang tuan yang ada tidak diendahkan. Sepatutnya sebagai pemimpin waras sentiasa sedar bahawa di atas jawatannya ada ketua untuk dirujuk. Mukhriz patut rujuk pada Datuk Seri Hishamuddin dan Yong Teck Lee patut rujuk pada Musa Aman.

Malangnya semua ini tidak berlaku kerana mereka tidak berpandukan etika, budi bicara dan tata susila dalam persefahaman bertubuhan serta berpandukan apa yang termaktub dalam Rukun Negara. Mereka cuma ingat bila dulu pernah jadi ketua menteri, sampai bila pun dia mesti lebih dari ketua menteri.
Begitu juga Mukhriz yang beliau anak kepada bekas perdana menteri, beliau lebih dari perdana menteri. Ini merupakan masalah kepada negara selagi ada sifat-sifat yang membayangi seseorang di luar kepimpinan semasa.

Apakah perlu BN kena mulakan satu ‘kelas malam’ untuk wakil rakyat bagaimana mahu menjalankan aktiviti dari segi merancang, bercakap dan bertindak? Kalau perlu, inilah masanya BN patut fikirkan sesuatu bagi membentuk satu persediaan masa depan yang lebih bermakna kepada generasi baru.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP