Wednesday, June 11, 2008

Turun atau mansuhkan tol

SEREMBAN 6 Jun - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

"Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kewangan bernilai RM23,555 kepada keluarga miskin M. Thannabakiyam, 33, di Taman Margossa, Paroi di sini hari ini.

Penurunan kadar tol itu merupakan salah satu daripada enam langkah yang dicadangkan oleh Khairy dalam usaha mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, antara langkah awal yang boleh diambil adalah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga secara keterlaluan.

"Selain itu perlu ada mekanisme khusus untuk memastikan harga barang keperluan utama stabil dan para peniaga yang menaikkan harga dapat dikesan. Selain itu, kerajaan wajar menerbitkan senarai harga semasa barangan keperluan supaya orang ramai boleh membuat perbandingan harganya di pasaran," katanya.

Menurut beliau, langkah lain adalah mengkaji semula kadar pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) supaya selaras dengan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan sekali gus membolehkan rakyat yang layak mendapat bantuan tidak tercicir daripada menerimanya.

"Contohnya, jika pendapatan minimum di bawah paras kemiskinan sekarang ialah RM500 sebulan, ia wajar dikaji semula dan dinaikkan kerana ia tidak realistik dan tidak relevan lagi dengan keadaan semasa terutama di kawasan bandar. Golongan ini wajar mendapat bantuan kerajaan," katanya

Khairy berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula penanda aras Indeks Harga Pengguna (IHP) yang setakat ini meletakkan paras inflasi negara di bawah lima peratus sedangkan harga barangan mengalami kenaikan lebih tinggi daripada itu

"Sekarang IHP yang diterbitkan oleh kerajaan adalah kurang daripada kadar lima peratus sedangkan harga barang kini sudah naik lebih daripada lima peratus.

"Keadaan ini tidak sama dengan apa yang harus ditanggung dan dirasai rakyat. Selain itu kenaikan gaji bagi sektor swasta juga tidak setimpal dengan kenaikan kos harga barangan. Jadi, penanda aras IHP wajar dikaji semula supaya kenaikan gaji selaras dengan kenaikan kos," katanya.

Khairy turut berharap pihak kerajaan akan mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam di negara ini sehingga mencapai tahap kelas pertama bagi memberi pilihan kepada rakyat yang tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri.

"Kalau pengangkutan awam tidak mencukupi, rakyat tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dan menanggung kosnya. Saya berharap kerajaan dapat menambah pengangkutan awam terutama bas di sekitar Lembah Klang dan bandar-bandar utama di negara ini," tambahnya.

Katanya, kerajaan juga perlu mengkaji semula dalam tempoh setahun ini sama ada bayaran rebat tunai yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian mencukupi dan seterusnya mengambil langkah menaikkannya bagi memastikan ia tidak terus membebankan rakyat.

"Kerajaan perlu mengkaji semula rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000 cc dan RM120 untuk pemilik motosikal di bawah 250 cc. Jika masih membebankan rakyat, saya berharap kerajaan akan meningkatkan lagi rebat itu," tambahnya.

12 comments:

beruk menantu pork lah,  June 11, 2008 at 5:50 PM  

NEGARA MUNDUR;

Nigeria harga minyak 32 sen satu liter, Turkemnistan 25 sen, Venezuela 16 sen.

NEGARA KITA;

Pork Lah pukimak tipu rakyat
rm 2.70

SEBAB;

Nak suruh orang naik bas. Anak dia
punya syarikat (SCOMI)

Nak batal projek2 gila yang dia janji macam segala CORIDOR. Jadi
adalah alasan....

Duit habis kena samun dan pergi joli.

Anonymous,  June 11, 2008 at 9:20 PM  

beruk menantu pork lah...engkau memang bijak!

anti khairy,  June 12, 2008 at 12:44 AM  

tol mmg patut turun..
bukan tu je..
ko ngan bapak mentua ko pun lagi patut turun...

firsttime aku buka blog ni,, tak sangka ada juga org yg gila nak pro khairy

Anonymous,  June 12, 2008 at 9:12 AM  

Tapa KJ, naikkan harga minyak setinggi tinggi la, tetapi biar kaum kerabat yang kuat membodekmu diberi Kad Bodek KJ untuk membolehkan mereka menikmati subsidi. Kalau subsidi tak boleh diberi biar sedikikt sebanyak keuntungan beribu ribu juta yang bakal dipaut oleh Lembaga Kebajikan Diri Sendiri, LKDS, dikongsi melalui malam bersama KJ di seluruh negara. Kalau KJ tak dapat datangpun, nyatalah ada banyak artis yang harus ditemani pada saat yang tensen ini, hantarlah wakil. Wakil itu biar sama rupa saya gaya.

Itu wakil punya orang lu senang mau cari sama itu zoo paham!

Anonymous,  June 12, 2008 at 10:50 AM  

Macam manalah orang seperti pAK lAH ada keupayaan menyelesaikan masaalah negara??

Tidur nya selalu tidak cukup...eh dah lama betul tau,pak lah tidak bercuti. Apa kata pak lah pegi cuti sekarang?...dah tu jangan balik2 lagi!

kancil,  June 12, 2008 at 9:01 PM  

Hoi KJ tingkatkan pengangkutan awam memang la kau suka sebab Scomi blh la supply bas-bas mcm yg jadi kat RapidKL atau supply monorail. Ni semua nak untungkan kerabat kau & belasah duit rakyat. Kau pun satu la KJ, kau tahu ke nak balik Rembau naik bas dari putrajaya?

Anonymous,  June 12, 2008 at 9:37 PM  

is it u KJ, i'm very suprised!!!! plzlah. u had kebas a lot of RAKYAT money. dont u?? Plz remember ALLAH and a day after.

Rakyat Kelate,  June 13, 2008 at 10:42 AM  

Its so surprising these suggestions really coming from KJ. If so, the first thing that KJ should do is to suggest directly to his father in-law. I believe surely his father in law would accept some of his suggestions that definitely would benefit the people.
But then after second thought, these words must be coming from his 'bodek man'... Mana boleh benda penting macam ni tak da dibincangkan antara keluarga!!! Kat mana2 didunia orang dok cite pasal harga minyak naik dan inflasi, HOW COME SUCH A GOOD SUGGESTIONS LIKE THIS IS NOT BEING DISCUSSED AMONG PAK LAH FAMILY IN HOUSE AT ALL !!! Stupid bodek man

Anonymous,  June 15, 2008 at 9:55 PM  

Saya amat berharap dapat menyumbang lebih banyak wang kepada perjuangan KJ dengan membayar lebih banyak wang untuk itu petrol. Tapi hasrat nak dapat itu isteri sudah tak berlaku - tapalah asal itu Mister Khairee boleh dapat lebih sikit wang mau tolong sama dia dengan dia punya
'apa mertua' hidup elok elok dan beli support sini sana. Tapi jangan mau beli itu support sama itu semi velu, kelana as the Tun Dr Mahadey sudah cakap,
ITU SOKONGAN YANG TAK BERKUALITI!

Ramu

MELAYU NUSANTARA June 19, 2008 at 2:19 PM  

Khairi The Pukimak POK LOLAH.


TUNGGU AKAN KAMI BOGEL KAN KAMU.


KAMI SIAP SEDIA BILA MASA AJA.

MELAYU NUSANTARA June 19, 2008 at 2:20 PM  

BY HOOK OR CROOK..


Kamu akan kamu BOGELkan


TERANG ATAU GHAIB...pasti akan tiba.


Angkatan Lancang Kuning Nusantara

Isteri AntiMamak June 20, 2008 at 2:25 AM  

Pengumuman penggabungan Avenue Capital Resources Bhd. (ACRB) dan ECM Libra Bhd. (ECM Libra) bagi membentuk Avenue International Capital Bhd. (AICB) sungguh mengelirukan. Saya menulis mengenai isu penggabungan dengan niat supaya kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan memberi penjelasan yang jelas kepada orang ramai. Apa yang ditulis di dalam tulisan ini mungkin tidak tepat sepenuhnya dalam urusan perniagaan namun inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai. Justeru jika pandangan saya tidak tepat mohon dibetulkan.

Saya tidak ada masalah untuk anak, menantu, sahabat handai, adik beradik kepada sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar mahu pun sesiapa sahaja untuk berniaga, mendapat kontrak kerajaan dan sebagainya. Namun urusniaga hendaklah dilakukan dengan tertib, jujur dan tidak merugikan harta dan khazanah negara.



Umum mengetahui bahawa ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang baru menonjolkan diri beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai yang mengaitkan peningkatan ini dengan penonjolan Datuk Kalimullah Hassan, yang merupakan Pengerusi ECM Libra dan juga orang yang “rapat” dengan YAB Perdana Menteri.


Manakala Avenue Capital merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.) di mana YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab.


Terdapat beberapa kekeliruan dan tanda tanya dalam urusniaga yang sedang berlangsung ini.


Insider Trading?

Pertamanya, sungguh mengeliru dan mencurigakan kerana penggabungan tersebut diumumkan hanya beberapa minggu selepas menantu YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Khairy Jamaluddin, membeli 3% saham ECM Libra.


Apakah ini bukan merupakan satu insider trading atau skandal. Ini kerana Menteri Kewangan merupakan pihak yang paling berkuasa dalam MOF Inc.


“Insider trading understood to mean situations where a person, A, buys or sells securities when he is in possession of confidential information which affects the value to be placed on those securities. Furthermore, A obtains the said confidential information through or because of some connection he has with the company whose securities are to be dealt in. 'A' may be a director, an employee or a consultant to the company. It may also be that someone else, 'X', who is in the position to obtain confidential information, provides 'A', directly or indirectly with the information.


“This type of share dealings results from the improper use of confidential information which are price sensitive, and generally such traders will obtain unfair profits. "Unfair" in a sense that the price-sensitive information is not generally available to the investing public and thus giving such traders unfair advantage over others.”


(Liabilities of Company Officials in Insider Trading (Rafiah Salim), Company Law & Securities Regulations in Malaysia, Current Developments, Published by International Law Book Services, 1989 Reprinted 2004.) [Terima Kasih kepada ahli KMU yang memberi rujukan ini]


Justeru, orang ramai tertanya-tanya apakah hubungan rapat Datuk Kalimullah (yang juga merupakan penasihat editorial dan Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press Berhad) dengan YAB Perdana Menteri dan menantunya memberi kelebihan maklumat tertentu?


Orang ramai juga tertanya-tanya, apakah terdapat maklumat-maklumat yang diperolehi secara tidak sah sehingga mewujudkan satu cadangan (proposal) untuk menggabungan anak syarikat MOF Inc ini dengan ECM Libra?


Dalam konteks ini juga, masyarakat akan tertanya-tanya apakah terdapat maklumat atau kertas kerja yang telah dipintas (hijacked). Apatah lagi cakap-cakap dalam industri beberapa ketika dahulu membayangkan Avenue Capital akan mengadakan proses rasionalisasi dan Management Buy Out (MBO).

Penilaian Yang Meragukan


Keduanya, keputusan menentukan nilai ECM dan Avenue berdasarkan harga terakhir pada 2.30 petang, 17 Januari 2006 bukan sahaja mendedahkan kedua-dua saham kepada spekulasi malah bertentangan dengan kelaziman urusniaga penggabungan koporat. Selalunya, penggabungan akan mengambil kira harga saham dalam jangkamasa antara 3-6 bulan bagi melihat nilai sebenar.


Menilai Avenue Capital dengan harga 66 sen sesaham merupakan satu penilaian di bawah nilai (undervalue) kerana dalam laporan tahunan ACRB 2005 meletakkan harga saham per aset pada kadar 85 sen sesaham.


Manakala saham ACM pula dinilai pada harga RM 1.06 sesaham pada 17 Januari 2006 merupakan satu lonjakan yang besar berbanding harga sahamnya sekitar 65-80 sen sesaham sebelumnya.

Keadaan ini berlaku apabila penentuan penilaian nilai syarikat berdasarkan harga saham yang ditutup pada tarikh dan masa tertentu yang ditetapkan lebih hadapan. Ia memberi tanggapan umum (walaupun tidak semestinya benar) bahawa saham kedua-dua syarikat telah terdedah kepada manipulasi pasaran.


Menurut Utusan Malaysia (19 Januari 2006), penilaian penggabungan ditentukan selepas mengambil kira modal pasaran ECM Libra bernilai RM459 juta (berasaskan harga saham ECM pada 17 januari 2006, RM1.06 seunit) dan aset ketara bersih (NTA) semua anak-anak syarikatnya yang terlibat berjumlah RM210 juta manakala NTA bagi ACRB pula dianggarkan bernilai kira-kira RM398 juta.


Apakah modal pasaran ECM ini tulen atau merupakan harga spekulasi dan manipulasi?

Pada 27 Disember 2005, harga saham ECM hanyalah 68 sen seunit. Meningkat sehingga melebihi RM1.06 seunit beberapa hari sebelum tarikh keramat pada 17 Januari 2006. Hari ini harga ECM Libra kembali berlegar sekitar 70-80 sen seunit.
Indeks BSKL Bagi ECM Libra

Sumber: The Star Online



Ketika ECM Libra dinilai secara berasaskan NTA setiap anak syarikatnya, penilaian NTA terhadap ACRB hanya mengambil kira syarikat induk semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan ACRB dalam beberapa syarikat utama lain seperti Pos Malaysia Berhad.


Berdasarkan nilaian aset ECM yang lebih tinggi berbanding ACRB, maka Avenue perlu membayar RM 298 juta kepada ECM. Dalam penggabungan ini, pemegang saham ECM LIbra akan mendapat 53.2% saham dalam syarikat yang bergabung - AICB.



Ini sungguh mengelirukan. Sebuah syarikat kecil yang ingin bergabung dengan sebuah syarikat besar mendapat bayaran dan juga saham yang lebih besar. Lebih mengelirukan bila kenyataan di dalam akhbar menyebut pembayaran tersebut melalui pemberian saham sebanyak 442 juta dengan harga RM1 sesaham.


Ini tambah mengelirukan. Daripada RM298 sudah menjadi RM442 juta. Sebagai rakyat biasa peristiwa ini amat aneh dan luar biasa sekali. Orang ramai masih keliru dengan kenyataan-kenyataan akhbar mengenai isu ini.


Mengikut persetujuan penggabungan tersebut, ECM Libra akan memiliki 53.2 % saham dalam AICB. Ini bermakna baki 49% lagi akan dibahagikan kepada pelbagai pemegang saham di dalam Avenue Capital sekarang ini.


Amat sukar untuk orang awam memahami bagaimana sebuah anak syarikat kerajaan yang memiliki Aset Ketara Bersih (NTA) sekitar RM 398 juta dan modal RM 300 juta (Utusan Malaysia 17 Januari 2006) ditelan oleh ECM Libra yang hanya mempunyai NTA sekitar 210 juta dan modal berjumlah RM 200 juta.


Malahan ini belum mengambil kira jumlah pelaburan yang diuruskan ACRB sekitar RM 2.8 bilion. ACRB juga mempunyai kepentingan sebanyak 15.33% (78,545,166 unit) di dalam Pos Malaysia & Services Holdings Berhad. Harga semasa saham Pos Malaysia ialah dalam lingkungan RM 4.00 sesaham pada Februari 2006.


Sungguhpun penggabungan ini bagi membolehkan gabungan modal untuk mendapat lesen bank pelaburan (investman bank) yang memerlukan modal RM 500 juta, namun ia tidak bermakna penggabungan harus dibuat secara mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya.


Dalam apa keadaan pun ECM Libra merupakan syarikat yang jauh lebih kecil dari ACRB sama ada modal, aset, potfolio yang diuruskan mahu pun reputasi syarikat.


Malahan ACRB masih mampu mendapat lesen bank pelaburan memandangkan tiga pemegang saham utamanya iaitu MOF Inc/Bank Simpanan Nasional, Pos Malaysia dan Pantai Holdings mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Sebagai rakyat Malaysia dan sebagai penyokong UMNO saya mohon isu ini diterangkan secara jelas kepada umum atau sekurang-kurangnya kepada anggota Parlimen. Memberi jawapan seperti "I'm Not Involved in anyway" atau "I don't know" tidak mampu menolak prasangka umum.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP