Friday, May 16, 2008

YB KJ menulis......

Rasuah Politik Pasca PRU-12?

Sila layari http://www.rembau.net

Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti. Memetik ucapannya, "Saya ingin bertanya TYDP, apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada ahli-ahli parlimen untuk melompat itu bukan rasuah namanya? Saya sendiri menerima panggilan untuk menawarkan sejumlah wang yang cukup besar untuk melompat. Apakah itu bukan rasuah namanya? Selepas itu mereka menawarkan jawatan kabinet pula kepada saya. Bukankah itu rasuah namanya? Siapa makan lada dialah terasa pedasnya."

Sudah lama saya kenal Dato' Rahman khususnya dalam perjuangan Pemuda UMNO Malaysia dimana beliau menjawat Setiausaha Kebangsaan. Berdasarkan pengalaman perjuangan ini, saya pasti beliau tidak pernah bermain politik dengan pembohongan atau membuat tuduhan yang tidak berasas. Dato' Rahman adalah seorang 'gentleman' dalam politik. Jadi, apabila beliau membuat tuduhan yang amat serius seperti itu, saya bergegas pergi berjumpa beliau untuk mengesahkan kesahihan kenyataannya. Beliau memberitahu saya bahawa memang beliau menerima beberapa panggilan daripada orang kuat PR yang menawarkan berjuta-juta Ringgit. Selepas saya dapat pengesahan daripada Dato' Rahman, saya juga cuba 'korek' cerita dari Ahli Parlimen lain khususnya dari Sabah tentang perkara yang sama. Rupa-rupanya ramai juga yang mendakwa ditawarkan dengan 'gula-gula' PR ini. Kadarnya pula berbeza mengikut 'seniority' wakil rakyat BN yang dipancing. Tapi yang penting, semua menyarankan kepada saya bahawa perjuangan mereka ini tidak boleh dijual beli dan mereka akan terus setia dengan perjuangan BN.

Apakah ini demokrasi yang diperjuangkan oleh PR? Mereka tidak putus-putus mengingatkan rakyat tentang perjuangan mereka yang kononnya menegakkan lunas-lunas demokrasi. Tapi pada masa yang sama, jika tuduhan-tuduhan ini semua benar, demokrasi tersebut dinilai dengan wang Ringgit. Bagi mereka, mandat rakyat tidak penting. Proses pilihanraya umum diketepikan. Semangat demokrasi lebur di tangan mereka. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menafikan cerita jual-beli wakil rakyat. Beliau kata, kemasukan wakil-wakil rakyat BN kelak adalah atas keputusan sukarela kerana tidak lagi menyokong perjuangan BN. Adakah selepas hanya dua bulan sejak pilihanraya umum, lebih dari 30 wakil rakyat BN tiba-tiba hilang kepercayaan kepada parti mereka? Sudah tentunya ini tidak logik. Yang lebih mudah dipercaya ialah tuduhan bahawa disebalik isu lompat parti ini ada penawaran 'kasih sayang' yang lumayan. Adakah rakyat Malaysia setuju dengan rasuah politik sebegini untuk merampas kuasa melalui pintu belakang? Saya harap tidak. KJ

14 comments:

Bro Jinggo May 16, 2008 at 12:45 PM  

Tahniah YB....

Teruskan perjuanganmu YB... kami warga prokhairy.com sentiasa memberi sokongan yang mantap kepada YB.

Dengan adanya laman maya rembau.net rakyat dapat mengenali YB dengan lebih dekat lagi.
Saya kagum dengan YB... memberi inspirasi kepada golongan muda negara ini dan merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Teruskan usaha murni YB...

Bro Jinggo May 16, 2008 at 1:02 PM  

Dunia ini dah banyak berubah. Terminologi bagi perkara yang melibatkan kesalahan etika dan moral,, yang satu masa dulu adalah bersifat sejagat dan tetap tetapi kini ia boleh berubah-ubah,, berpilih-pilih dan mudah dipersendakan.

Kalaulah pengalaman yb Rahman Dahlan itu dijadikan rujukan,, maka dapatlah dirumuskan bahawa tawaran terhadap beliau itu sebagai satu percubaan untuk merasuah diri beliau bagi tujuan politik. Itulah pemahaman yang selama ini kita ikuti dan hayati.

Jika peristiwa yang sama diajukan kepada pembangkang dan pengampu mereka (termasuk yang kuat mengaji dan beramal),, mereka tidak lagi melihat isu rasuah politik dalam konteks 'hukum-hakam' tetapi mahu diasingkan dalam konteks tersendiri dan seolah mahu diberikan pengecualian.

Jauh dalam lubuk hati manusia tersimpan perasaan mahu di hormati, dihargai dan banyak lagi. Manusia ada keinginan yang apabila sampai pada kemuncaknya, sukar ditolak atau ditepis walaupun sebagai orang yang kuat beramal kita sedia maklum di mana keinginan terhadap perkara yang salah dan tidak bermoral itu adalah didorong oleh syaitan dan iblis.

Memang menghairankan bagaimana manusia yang pada satu masa mahu diangkat pada kedudukan yang dihormati dan dimuliakan tetapi apabila hati yang suci murni itu tiba-tiba menjadi hitam dek kerana terlalu mengikutkan hati yang kecewa, beliau sudah tidak ambil pusing apa akan terjadi kepada martabat dan darjatnya lagi!

Anonymous,  May 16, 2008 at 2:09 PM  

Bagus YB... semuga pemimpin lain boleh mencontohi dengan usaha yang telah YB KJ lakukan.

Anonymous,  May 16, 2008 at 2:12 PM  

sapa2 pun boleh buat dakwaan. mana buktinya? atau pun pegilah buat report kat BPR, kalu YB KJ yg buat report sudah tentu BPR serta merta akan buat siasatan memandangkan prioriti tuan YB sbg menantu org no. 1 negara...so, silalah buat report!

Anonymous,  May 16, 2008 at 2:22 PM  

aku cadangkan supaya mulai sekarang, semua YB BN esp. sabah sarawak kena bawa tape recording. dan record bila ada saja org yg telefon offer rasuah utk lompat parti. kalu nak tahu taktik lebih lanjut belajarlah drp YB VK Lingam tu.baru senang nak tangkap penjenayah tu, ada bukti.

Anonymous,  May 16, 2008 at 2:53 PM  

Pengikut Anwar ni sememnya tak reti bahasa. Kenapa la otak tu lembap sanggat.
Malas la nak layan.. Lu PIIIIKKKKIIIIIIIIIRRRRRRR la sendiri

Anonymous,  May 16, 2008 at 3:00 PM  

Tahniah YB...
Tahniah juga Bro Jinggo - I tak boleh lawan stail u. Memang cukup manis, macam gula gula Vochelle

Tahniah Noni. Tahniah Pak Lah. Tahniah Drebar. Tahniah BodyGuard. Tahniah Kalimullah. Tahniah Hishamuddin. Tahniah Tukang Gaji. Tahniah Orang Rembau. Tahniah Tukang Sapu kat parlimen. Tahniah Oxford. Tahniah Heathrow. Tahniah Perhentian PLUS kat Pedas.

"Mari kita ucap tahniah besama sama"

Anonymous,  May 16, 2008 at 3:15 PM  

mengarut je aku bace..ntah ape di bohong oleh si keri kepada rakyat ntah..

Anonymous,  May 16, 2008 at 4:28 PM  

Kau ingat rakyat bodoh ke?
Kat muka kau tu ada cop RAHSUAH PENGKIANAT

Anonymous,  May 16, 2008 at 4:32 PM  

Pemuda Pas sokong BPR siasat pemimpim pembangkang

PASIR PUTEH: Dewan Pemuda Pas menyokong Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat siasatan mengenai punca sumber kewangan pemimpin parti pembangkang sehingga sanggup menawarkan wang yang banyak kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya berpaling tadah.
Ketuanya, Salahuddin Ayub, berkata siasatan itu perlu kerana ia selari dengan hasrat PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk memperjuangkan agenda sebuah negara tanpa rasuah.
"Ia juga terkandung dalam manefesto kita pada pilihan raya umum lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Pemuda Pas Pasir Puteh di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naik Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang meminta BPR menyiasat punca sumber kewangan pemimpin pembangkang sehingga sanggup menawarkan wang banyak kepada Ahli Parlimen BN supaya berpaling tadah seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini.
Salahuddin berkata jika terdapat amalan rasuah dalam membeli undi sebagaimana yang didakwa, mereka yang terbabit hendaklah dibawa ke mahkamah.
Beliau berkata, parti pembangkang cuma mempelawa Ahli Parlimen BN menyertai pakatan pembangkang tanpa menawarkan ganjaran. — Bernama

Anonymous,  May 16, 2008 at 10:13 PM  

Harap KJ success dalam menghapuskan sisa sisa kepincangagn mahadey! So far so good!

No Country for Old Men

Anonymous,  May 18, 2008 at 3:01 PM  

xyah buka la website ni http://www.rembau.net
komen2 yg pro die je diterima,,yg len wat pnat tulis je komen tu....

Sukatikaulah May 22, 2008 at 12:43 PM  

Tahniah .Teruskan perjuangan mu YB KJ untuk melingkupkan harta rakyat.Kami menyokong penuh usaha-usaha itu dan kita bertemu kelak di padang mahsyar untuk pengadilan yang lebih sempurna di hadapan Tuhan.

Anonymous,  May 26, 2008 at 3:27 PM  

Bro jinggo ni memang sah jilat dubur khairy ni..inilah contoh melayu yang bodoh dan baghal....

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP