Monday, May 12, 2008

Khairy: Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Sehubungan itu, katanya, terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah badan kawal selia bebas seperti majlis akhbar bagi menggubal sebuah mekansime untuk memansuhkan akta tersebut.

Berucap pada forum Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bertajuk "Kebebasan Akhbar: Pilihan Raya Umum 2008" sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata, media arus perdana perlu melakukan pembaharuan.

Jika gagal berbuat demikian, katanya, maka adalah sukar untuk menghadapi saingan dari segi nilai berita mengikut keadaan semasa, demikian menurut laporan Bernama.Ahli parlimen Rembau itu berkata wujud tahap keterbukaan sejak empat tahun kebelakangan ini tetapi ia tidak disusuli dengan pembaharuan perundangan danbirokrasi.

"Saya berpendapat jika kerajaan bersedia untuk memberi ruang tersebut tanpa pembaharuan undang-undang maka kita mungkin menyelesaikan menerusi sebuah badan kawal selia bebas, menawarkan latihan yang lebih baik dan melupuskan halanganbirokrasi," katanya.

Khairy berkata beliau berharap pengamal media dapat menerajui dalam penubuhan sebuah badan kawal selia bebas dan ia mungkin dalam bentuk suruhanjaya aduan akhbar."Pada ketika pembaharuan merupakan istilah masa kini, apa yang saya ingin sekali cadangkan supaya media bergerak ke arah kawal selia secara bebas," katanya sambil mengakui ia merupakan cadangan peribadinya dan bukan parti atau kerajaan.

Mansuh syarat pembaharuan"Tanpa pembaharuan, media arus perdana mungkin tidak dapat banteras krisis kebolehpercayaan yang kita saksikan hari ini. Tanpa pembaharuan seperti ini, kebenaran menjadi kabur manakala sentimen dan sindiran menjadi penguasaan," katanya.

Badan kawal selia bebas boleh dimulakan dengan menggalakkan menteri dalam negeri memansuhkan syarat pembaharuan lesen tahunan seperti diumumkan sebelum ini, katanya.

Kemudian, katanya, media - kedua-dua media arus perdana dan dalam talian - harus memperkukuhkan keupayaan mengadakan inisiatif bagi memastikan amalan terbaik dalam menjana laporan menerusi latihan keras sebelum melangkah ke fasa terbaru dan mengadakan eksperimen.

Khairy berkata banyak usaha perlu diselami dalam bentuk standard kewartawan dan etika yang harus diharapkan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu."Kita tidak perlu khuatir dengan bentuk baru dunia kewartawanan tetapi harus membantu memperkukuhkannya supaya rakyat Malaysia akan mendapat manfaat dari bahan berita yang boleh dipercayai dari media arus perdana dan bentuk media lain.

"Saya mungkin nampak seperti melampaui batasan parti. Mungkin jugak tetapi saya mempunyai pandangan peribadi untuk mempercayai kepada pembaharuan-pembaharuan ini," katanya.Forum anjuran NUJ itu dikendalikan oleh Ketua Jabatan Kajian Media, Universiti Malaya, Prof Dr Azizah Hamzah.

Ahli penal forum tersebut terdiri daripada Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, Timbalan Editor Laporan Khas dan Penyiasatan akhbar The Sun, R. Nadeswaran, Editor Agenda Daily Hanafiah Man dan penulis blog Ahiruddin Atan.

8 comments:

Anonymous,  May 12, 2008 at 12:57 PM  

Betulke KJ menamakan PKR - Parti Khinzir Raksaksa?

Apate KJ Khinzir dan projek Khinzir KJ merupakan projek kroni KJ ataupun lebih dashyat lagi, projek kroni khinzir

Peladang

Anonymous,  May 12, 2008 at 4:04 PM  

Dalam zaman yang media perdana tidak mendapat sambutan ramai...dan juga di-lihat sebagai alat pemutar politik kerajaan,KJ tahu bahawa CARA yang terbaik membuat diri nya relevan dalam jangka masa yang panjang ADALAH....menjadikan para para BLOGGERS "teman" beliau.

Bloggers yang hadir pada seminar itu memang dah KETAHUI apa tujuan sebenar KJ,tetapi atas dasar menjaga tata kesusilaan, mereka membenarkan KJ "menyalak". Mereka dah faham betul dengan sifat KJ yang memang tidak tahu dan reti pasal malu ataupun segan. Mereka ibaratkan KJ sebagai pemuda yang tidak mempunyai sifat MALU!

Anonymous,  May 13, 2008 at 12:14 AM  

saudara..KJ,saya harap saudara jangan merosakkan bangsa melayu yang selama kini kami perjuangkan. kebebasan media memang tak ada kat malaysia ini, media perdana dah sahlah menonjolkan kehebatan KERAjaan yang pada dasarnya lunyai di mamah rasuah perosak melayu kini.

Anonymous,  May 13, 2008 at 3:59 AM  

Dia bukan saja memalukan keluarga dan kawan2 dia. University of Oxford juga dimalukan.

Anonymous,  May 13, 2008 at 10:22 AM  

die juga telah memalu berok2, kera2 dan yang sespesis denganya

Anonymous,  May 13, 2008 at 11:21 PM  

BUDAK KJ CAKAP:

"Berucap pada forum Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bertajuk "Kebebasan Akhbar: Pilihan Raya Umum 2008" sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata, media arus perdana perlu melakukan pembaharuan."

JINGGO, engkau sampaikan pada Khairy kalau dia benar2 mahukan pembaharuan media...cuba buat usul dalam parlimen.

Ataupun bila makan malam bersama pak mertua dia, "sound" pak mertua dia yang bodoh tu supaya mansuhkan sahaja akta pencetakan.

Rakyat nak lihat sejauh mana ketelusan dan pembohongan KJ. Bawalah usul ini di parlimen,aku cabar Khairy yang kuat kelentong supaya lakukan segera!!

rasul hadhari,  May 15, 2008 at 10:13 PM  

PKR Projek Khinzir Raksasa

KJ Khinzir Jalang



Kedua dua serupa, anjing Yahudi

PEMUDA DAP,  February 15, 2009 at 9:34 PM  

PKR; PARTI KEHANCURAN RAKYAT

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP