Friday, May 16, 2008

BULETIN KHAS - PARLIMEN

Rombak sistem subsidi


KUALA LUMPUR 12 Mei - Sistem subsidi negara perlu dikaji dan dirombak semula kerana ia tidak sampai kepada sasaran.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, sebagai contoh, subsidi untuk petrol diberi kepada semua tanpa mengira kemampuan dan sesiapa sahaja mengisi bahan bakar itu di negara ini dengan apa jua kenderaan mendapat kadar subsidi yang sama.

Khairy berkata, sistem itu tidak selaras dengan keadilan ekonomi yang mana bantuan sepatutnya diberi kepada rakyat yang kurang berkemampuan.

''Adalah amat tidak adil jika rakyat yang membawa kereta mahal dan berkuasa tinggi mendapat kadar subsidi yang sama dengan mereka yang membawa kenderaan yang lebih sederhana.

''Malah sebenarnya pemilik kereta besar mendapat subsidi yang lebih kerana keperluan petrol mereka pastinya jauh lebih tinggi daripada mereka yang memiliki kenderaan berkuasa rendah dan sederhana, yakni sasaran sebenar sistem subsidi,'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan diraja.

Menurut Khairy, perkara itu perlu diperbetulkan segera dan caranya ialah dengan memperkenalkan sistem kuota bagi setiap pemilik kenderaan menikmati petrol bersubsidi sepenuhnya setiap bulan.

Tambahnya, pengguna yang melebihi kuota tersebut akan membayar harga lebih tinggi mengikut kadar progresif yang ditetapkan.

''Pemilik kereta dan motosikal berkuasa rendah juga boleh diberi kuota yang lebih berdasarkan falsafah bantuan secara progresif yang tidak mampu dibantu lebih daripada yang mampu.

''Perubahan ini boleh membawa penjimatan besar kepada kerajaan yang boleh diguna untuk pembangunan di kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah,'' ujarnya.

11 comments:

rasul hadhari,  May 16, 2008 at 2:33 AM  

Malas membaca
Tidur
Asyik makan angin keluar negara
Buang masa main golf
Telinga pekak
Hati benak (dilaknat ALLAH SWT)
Ego melampau
Lupa daratan
BIAR MENANTU CUCUK HIDUNG

rasuk hadhari,  May 16, 2008 at 2:44 AM  

3 tahun lepas, dari 1000 orang ditanya, hanya 3 orang saja yang kata Dol lah Bodohwi bagus.

Sorang tak tau apa, sorang gila, sorang lagi bodoh.

Bodohwi ni memang bangsat tak mau letak jawatan.

Anonymous,  May 16, 2008 at 9:08 AM  

Hai! Blog ni dah habis modal ke nak promote si KJ ni.

Cerita mcam ni pun nak tunjuk satu dunia. Orang kampung bolehlahlah lu tipu.

Siapa 'penganggur paling kaya di dunia'....... pegi dah....

Mc Ganz May 16, 2008 at 9:30 AM  

Kita ada diberi akal suruh berfikir...
bukan suruh meghina...

Anonymous,  May 16, 2008 at 10:03 AM  

Kita diberi akal untuk menyokong. Sokong siapa? KJ-lah apa lagi.

Kurang cerdik punya orang.

Lebih baik, pagi pagi, pligi kerja, cepat cepat masuk ini Jinggo punya kandang, ampu-lah KJ, hero rakyat dan orang cukup anti-khinzir.

KSM
"Kaum Sangat Maju"

Anonymous,  May 16, 2008 at 11:12 AM  

pabila Kj membentangkan idea dan pendapat,ada yang mengutuknya..walhal ia demi kebajikan rakyat..

inilah sikap syaitan yang ada pada manusia...

semoga allah membantu KJ dan seluruh rakyat malaysia..amin

rasul hadhari,  May 16, 2008 at 4:18 PM  

PKR Projek Khinzir Raksasa
KJ Khinzir Jalang

aimanXkisah,  May 16, 2008 at 4:52 PM  

jangan nak mengaku jadi rasul.kalau macam ni kau dah murtat kau dah keluar dari agama islam.bertaubatlah.nak komen jangan guna nama rasul.rasul tak pernah menghina orang dan mengutuk orang.jangan jadi syaitan bertopengkan manusia.....FAHAM.......MANGKUK BETUL KAU NI

Anonymous,  May 18, 2008 at 2:41 PM  

Suruh KJ istiharkan harta yang dia miliki dan cara cara dia mendapatkan harta tersebut??

Berani KJ?...ingat umur 32 tahun...harta??

Sukatikaulah May 22, 2008 at 12:47 PM  

Kalau bapak mertua aku PM pun aku akan kaya macam KJ jugak hahahaha`..tapi bapak aku hanya penoreh getah yang miskin.Tapi dia bayar fitrah tiap-tiap tahun dan tak kelepet duit rakyat sampai kaya raya macam orang UMNO buat.

RASUL HADHARI,  May 22, 2008 at 9:14 PM  

sdr aimanxkisah,

kalau kau nak tahu akulah yg menurunkan wahyu tentang ugama islam hadari yang kau anuti sekarang.

mana bisa kamu mengutuk aku pula. bukankah aku RASUL kamu. jangan cuba tegur atau nasihat sebab aku tak pernah salah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP