Wednesday, April 9, 2008

Khairy paling layak ganti Hisham – Jamlus

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Jamlus Aziz berkata, calon yang paling layak untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini sudah semestinya kerana mengikut proses hieraki parti, Khairy adalah orang nombor dua selepas Hishammuddin dan apabila Hishammuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember depan maka calon paling layak mengisi kekosongan itu ialah Khairy.

“Kita akan rugi jika kita tidak memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana kita telah gilap beliau untuk memimpin Pemuda UMNO selama ini. Selain taat setianya kepada parti, Khairy diakui mempunyai kebolehan dan berkemampuan.

“Ini terbukti kerana beliau banyak membantu Hishammuddin dan aktif dalam Pemuda UMNO serta pengorbanannya, terutama pada tiga pilihan raya kecil tahun lepas di mana Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan yang begitu menyerlah sekali,” katanya di sini, hari ini.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Jamlus berkata, walaupun terpaksa menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak namun Khairy diakui mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin. “Saya akan meminta Khairy supaya menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu. Saya juga akan meminta Pemuda UMNO negeri lain supaya memberikan sokongan kepada Khairy,” katanya.

Jumaat lepas, Khairy berkata beliau menyerahkan kepada anggota akar umbi untuk menentukan sama ada beliau bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Setakat ini dua orang yang telahpun mengesahkan secara terbuka kesediaan bertanding merebut kerusi itu ialah Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir dan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

30 comments:

Anonymous,  April 9, 2008 at 5:09 PM  

hidoooop kj..kami sentiasa
menyokong saudara..

Anonymous,  April 9, 2008 at 5:22 PM  

ehhh menang naib pemuda pun tanpa bertanding ;D
boleh menang ke bertanding atau nanti jawatan Ketua Pemuda pun tak yah tanding ;)

Anonymous,  April 9, 2008 at 5:27 PM  

Siapa yang tak sokong, kalau dah nama kaki ampu.... cakap mana ada pakai otak.. bodoh punya olang

Anonymous,  April 9, 2008 at 5:35 PM  

Aek eleh brader tak jelous kot dengan KJ.. KJ memang layak jadi pemimpin ketua pemuda.

Unknown April 9, 2008 at 5:48 PM  

btol2.
bukn takat jeles.
xjejas pon.
gua sokong KJ.
hidup KJ.

Anonymous,  April 9, 2008 at 5:52 PM  

Hisham babi.
bajet persatuan nih keluarga ko punya.
haram.
selamat berjuang KJ.

Anonymous,  April 9, 2008 at 5:56 PM  

im not sure bout hisham.
not know him well.
but i know he is just useless.
unlike KJ.
go on YB khairy.

Anonymous,  April 9, 2008 at 6:16 PM  

teruskan perjuangan anda..

kj..u are the man!!!!

Anonymous,  April 9, 2008 at 8:39 PM  

Hidup pengampu KJ!

Unknown April 9, 2008 at 9:47 PM  

INGAT LAH ORANG MELAYU

Janganlah dibanggakan sangat
budak kairi nie....


kairi tu tumpang tuah bini je...
kalau tak kawin dengan budak nori tu.... tak kemana dia... mungkin kerja kat pasaraya maidin kot....

mana si kairi tu pergi sekarang..
kalau betul dia ada tanggungjawab... buat lah kenyataan mintak maaf ke .. apa kee... nie senyap je...

orang tengah krisis dia buat apa... senyap je... hilang pergi mana....

jawapan nya.... si kairi tu pergi menyorok kat celah kangkang bini laa.....

dia takut beb... tempat nyorok tu selamat sikit...dan (ehemmm ehemmm lah...)

Anonymous,  April 9, 2008 at 10:48 PM  

Pak Lah diminta bercuti, serah tugas pada Najib
Muda Mohd Noor | Apr 9, 08 2:52pm

Sebahagian besar ketua UMNO bahagian di Johor mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil cuti daripada menjalankan tugas presiden parti dan perdana menteri bagi meredakan kemarahan ahli UMNO ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasan sebagai presiden parti dan perdana menteri kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

pak lah and UMNO 60th anniversary celebration in johorDesakan tersebut dibuat dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.

Bagaimanapun, enam lagi ketua bahagian yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, tidak dijemput menghadiri perjumpaan tersebut.

Mereka ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Semberong), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Datuk Khaled Nordin (Pasir Gudang), Datuk Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) yang merupakan timbalan menteri kesihatan.

Turut tidak dijemput ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

Johor mempunyai 26 bahagian UMNO - iaitu yang paling banyak, selepas Sabah (25), Perak (24) dan Selangor (22).

Perak dan Selangor dirampas barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP -dalam pilihanraya umum lalu.

Manakala Barisan Nasional (BN) Johor pula kehilangan satu kerusi parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini langkah terbaik untuk menyelamatkan UMNO daripada terus menjadi tidak menentu seperti sekarang ini kerana semakin banyak Abdullah bercakap semakin banyak kekeliruan yang timbul," kata seorang ketua bahagian yang turut menghadiri perjumpaan tersebut.

"Jika keadaan telah reda, Abdullah boleh mengambil semula jawatan tersebut atau membuat keputusan memberi terus kepada Najib," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, penyokong akar umbi UMNO di Johor sangat bimbang dengan kenyataan-kenyataan Abdullah sejak kebelakangan ini.

Abdullah dijadual melawat Johor esok dan mengadakan perjumpaan dengan badan perhubungan UMNO negeri itu

Anonymous,  April 10, 2008 at 1:38 AM  

Khairy paling layak jadi BADUT politik. Dengan perangai nya yang suka terkinja2,mulut yang tidak boleh diam lagi celupar...
ini macam punya orang nak jadikan bakal pemimpin terulong? gila ke apa?

Orang yang banyak cakap selalu suka cakap bohong.Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang cool,rasional,tidak bongkak...Khairy mana ada pesona sebegini? kalau jadi kaki pukul ke ok lah juga.

Pandang muka KJ betul2 adakah layak orang macam samseng nak di-jadikan pemimpin? gila ke apa? negara boleh tergadai beb...pikir baik2!

Anonymous,  April 10, 2008 at 8:50 AM  

Betul lah apa yang Mat Kilau kata...

KJ hanyalah seorang insan yang lemah yang hanya mampu menumpang tuah bini saja..


Untung Si KJ ni ,
dapat duduk rumah besar ,
dapat kereta besar ,
dapat pejabat besar ,
dapat jawatan besar , (tak ada orang berani cabar pulak tu) ,
dapat Nori (ok la jugak Nori ni) ,

semuanya sebab kawin dengan Nori..

kalaulah dia kawin dengan anak pak jamil yang jual goreng pisang kat Taman Melawati depan Giant tu , rasa-rasanya dia boleh dapat tak semua benda kat atas..?

Itu lah yang dinamakan Qada dan Qadar..
jadi pesanan saya kepada saudara KJ..

Hidup ni tak boleh sombong
hidup ni tak boleh bongkak
hidup ni tak boleh kurang ajar
hidup ni tak boleh tamak
hidup ni tak boleh potong queue...

note : KJ boleh rekomen tak i dengan anak tiri Pak Lah... dapat sorang pun jadilah..

Anonymous,  April 10, 2008 at 8:59 AM  

Meremang bulu jembut aku kalau KJ di-katakan layak menggantikan Hishamuddin.
Budak elit yang hidup nya tidak pernah mengetahui susah dan faham tentang penderitaan rakyat tidak layak menjadi pemimpin.

Masa sekolah nya saja di-UWC (United World College, Singapore)bercampur dengan anak2 mat saleh dan anak2 yang berfikiran liberal.Adakah orang sebegini hendak di-jadikan pemimpin? Hati dan jiwa nya tidak akan mendorong nya membuat yang terbaik untuk negara.Lupakan lah hasrat nak cadangkan dia jadi pemimpin.Kelak akan tergadai negeri.

Untuk penyokong2 KJ cuba dengar baik2 lagu "Cak Kun Cak" nyanyian Tan Sri SM Salim dan M.Nasir. Irama nya indah,lirik nya penuh makna yang tersirat.Sesuai sangat dengan keadaan pemain2 politik masa kini.Hati2 dengan orang yang kelihatan baik especially yang putih2 dan hitam2 yang luar biasa.

Anonymous,  April 10, 2008 at 9:07 AM  

Sebab si KJ nilah seluruh ahli kelurga aku & jiran-jiran aku undi pembangkang.

So kalau BN nak kalah pilihanraya akan datang, silalah lantik si KJ ni jadi Ketua Pemuda UMNO. Lantik jangan tak lantik. Menang tanpa bertanding lagi bagus. Barulah ada kelaskan. UMNO nikan Pak Lah punya.

Kenapa orang meluat kat KJ, tak payah ceritalah. Perkara pokok, memang orang dah tersangatlah meluat.

Cerita macam ni lagilah menambahkan 'ajinomoto' kepada kemeluatan rakyat terhadap budak muda yang bernama KJ ni.

kakitidur April 10, 2008 at 2:13 PM  

Khairy Jamaludin ni layak jadi Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan saja supaya senang Malaysia ni dia jual kat Singapore. Padan muka dengan kita masa tu. Bro Jinggo pun bolehlah jadi penyapu sampah kat Pertama Complex.

Anonymous,  April 10, 2008 at 2:43 PM  

Jangan kata KJ seorang je yang layak jadi ketua pemuda...UMNO bukan ketandusan pemimpin ...banyak lagi orang yang layak tapi mereka ni bukan jenis pengampu.. jadi tak pernah diketengahkan...Orang orang yangg jujur dan amanah dalam UMNO semuanya dipinggirkan...Tun Mahazalim yang memulakan budaya ini...tak hiran lah ketika ini UMNO penuh dengan pemimpin yang tak boleh diharap...kaki ampu..kaki jilat... kesihan UMNO..

Anonymous,  April 10, 2008 at 4:02 PM  

Ada borangkah yang perlu dilengkapkan untuk memastikan seseorang itu layak menjadi Ketua pemuda UMNO?

Atau jawatan ketua pemuda UMNO dah direserve oleh Pak Lah untuk KJ..
Siapa yang menentang KJ tu adalah penderhaka atau pengkhianat...

Atau siapa yang menyokong KJ tu akan dapat habuannya...


Atau semua pemimpin UMNO kena tindakan kalau tak sokong KJ.

By
Pemuda Muskil,

Anonymous,  April 10, 2008 at 9:53 PM  

salam...

untung aku kahwin dengan Nadira,
anak Mail Kengkang,
bijak, cerdik, lawa, putih,
bertuah aku jadi menantu Mail Kengkang,
rumah besau, reta banyak, tanah berhektar,

tapi...rasanya
lagi bertuah dan beruntungnya aku...
andai jadi suami Nadiah...
takpun memperisterikan Nadene...
dapatlah menumpang tuah,
pak mertua tiri ku,
masyhur panggilannya Tido LAH,
dapat kontrak beratus juta...
takpun...
dapat jawatan tanpa di tandingi,

lagipun seronok gamaknya jadi suami Nadiah atau Nadene...
pastilah pak mertua tiriku ada berpesan...
bagi lah projek kat anak menantu saya...
dia pun mau idup kaya juga..

alangkah...alangkah seronoknya..

Anonymous,  April 10, 2008 at 10:20 PM  

Tak untung hang kahwin dgn anak tiri Pak Lah tu...

Lebih baik hang kahwin terus dengan emak dia... baru gempak satu malaysia....hang bermadu dgn Pak Lah...

Tak kan Pak Lah nak sia sia kan madunya...tentu banyak lagi projek yang hang akan dapat...waakakaka

Anonymous,  April 10, 2008 at 10:38 PM  

Bagi aku pun KJ paling layak jadi ketua pemuda UMNO ... kalau dia dapat membantu Pak Lah menyelesaikan isu tertunggak BN yang belum selesai... Bila lagi ini lah masanya untuk jadi penyelamat UMNO...KJ kan pintar lulusan Oxford...

1.. KJ cuba usaha turunkan harga
minyak... kalau mampu...tak mampu ga turunkan harga barang...
kalau tu dapat KJ buat tentu semua rakyat anggap KJ lah hero... bukan je layak jadi Ketua Pemuda... malahan KJ layak jadi PM termuda Malaysia....

2..KJ usaha agar UMNO dan PAS jadi satu pati melayu yang ungul tanpa bantuan orang cina dan india ...

Cukuplah dua perkara tu..aku rasa KJ tak kan dapat buat punya sebab KJ tak sebijak mana pun...buat penat je aku menulis...

Semua orang tahu KJ naik bukan kerana kebijakannya tapi kerana isterinya anak Pak Lah.....hehheheh

Anonymous,  April 11, 2008 at 1:45 PM  

Betul lah kata kau....

menyesal aku tak tackle anak pak lah dulu..

kalau aku tau nori tu anak pak lah mesti aku try dulu... banyak peluang dulu tu... tinggal tak tau je minah tu anak pak lah...

tapi nak buat cam mana.. nasik dah jadi bubur...

anak pak lah dapat kat si lahanat pulak tu...

tengok je la....

Anonymous,  April 11, 2008 at 2:19 PM  

gani hoooooi...,
awak tak cukup handsome lah untuk tackle anak pak lah tu... dah lah tu... penganggur lak tu..

Lainlah KJ dah lah hendsome ...pintar dan menawan...
kalau nak banding hang dengan KJ umpama langit dan bumi...waaakakaka

apanama April 11, 2008 at 5:48 PM  

Hidup KJ , kaulah yang bakal menggantikan Datuk Hisyam. Kau lah satu2 nya Pemuda UMNO yang boleh berdebat dengan si mamat Anwar Ibrahim. Mukhriz jgn harap nak menang. Dr Khir bolehla lawan sbb dia banyak orang respek dia.
KAMI BERSAMAMU KJ.......

apanama April 11, 2008 at 5:53 PM  

Aku tengok biodata KJ gempak jugak.
Pernah masuk Oxford tu.Aku rasa KJ boleh jadi hulubalang di parlimen nanti. Go KJ GO...... aku suka jugak pada jinggo ni..

Anonymous,  April 12, 2008 at 12:07 AM  

Pelan PM letak jawatan disusun
Apr 11, 08 9:38pm
kemaskini 10:26pm Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan timbalannya mengenai pelan peralihan kuasa, kata naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.

Dalam perjumpaan tertutup dengan Umno Johor, kata Muhyiddin, Abdullah menyatakan beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan penggantian kepemimpinan dengan Datuk Seri Najib Razak.

"Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci... hal-hal berkaitan dengan bila masa dan sebagainya beliau akan bincang dengan Datuk Seri Najib," kata Muhyiddin, lapor Bernama, selepas menghadiri perjumpaan itu di sebuah hotel di Johor Bahru.

Ketua Puteri Umno negeri Nor Aslina Zainal Abidin pula berkata, dalam pertemuan itu, badan perhubungan bertanya kepada Abdullah sama ada beliau mempunyai pelan peralihan kuasa.

"Kita tidak minta Pak Lah berundur tetapi ada bunyi-bunyi (seumpama itu) bahawa contohnya pada zaman (Perdana Menteri pertama allahyarham) Tunku Abdul Rahman di mana proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar kepada (allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein, begitu juga di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad proses peralihan kuasa berjalan lancar kepada Pak Lah," Nor Aslina dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, selain mengaku beliau sendiri menjadi satu daripada punca-punca kemerosotan BN dalam pilihanraya umum, Abdullah juga mendedahkan beliau menerima desakan negeri-negeri agar berundur.

"Ada (terima desakan), bukan semua (negeri) kata begitu. Saya juga dapat laporan...

"Takpelah mereka nak cakap... tentang undur apa semua... saya pun bukan orang yang nak kekal selama-lamanya dalam kepimpinan," kata perdana menteri lagi selepas pertemuan dengan Umno Johor.

Menurut satu laporan Bernama, Abdullah mengulas laporan bahawa pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Kedah dan Pulau Pinang dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan, yang diketuai Najib, semalam.

Umno Johor hari ini, seperti diduga, secara lembut mendesak Abdullah berundur apabila menyarankan beliau menyediakan "pelan peralihan" kuasa kepada penggantinya.

BN mengalami kemerosotan luar biasa apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala lima negeri - termasuk Kelantan - jatuh ke tangan pembangkang.

Di Wilayah Persekutuan, BN hanya meraih satu daripada 11 kerusi parlimen.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac, kepemimpinan dan imej Abdullah terus tercalar apabila calon-calon menteri besar lantikannya di Perlis dan Terengganu ditolak mentah-mentah oleh Sultan masing-masing.

Awal bulan ini, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Abdullah memerintah di lima negeri sahaja, termasuk Sabah dan Sarawak, selepas "sembilan negeri" menolak kepemimpinannya.

Sembilan negeri itu: lima yang ditadbir pembangkang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Terengganu dan Johor.

Anonymous,  April 12, 2008 at 11:58 AM  

Malaysia-Singapura pada awalnya bersatu kemudian berpisah dan akhirnya kembali bersatu.
Walaupun Cina di Malaysia tidak lagi bersama2 dgn UMNO tetapi kita akan mendapat kwn2 Cina yg baru dr Singapura.

Hidup KJ!
Hidup Lee Kwan Yew!

Anonymous,  April 12, 2008 at 4:17 PM  

"Khairy paling layak ganti Hisham – Jamlus"

Betulkah KJ paling layak...
Baru jadi N.Ketua Pemuda ...Umno dah huru hara...
Kalau jadi ketua ... UMNO hancur lebur....
Tak taulah aku....

sebelum UMNO terus hancur singkirkan siperosak UMNO ni....
kalau tak UMNO akan tinggal sejarah....

Anonymous,  April 12, 2008 at 6:43 PM  

Lawan secara gentleman.Tapi aku rasa KJ takut nak jumpa UMNO grass root.Hang tak mengaku pon hang pon salah satu sebab UMNO kalah teruk PRU12.Pak Mentua hang ada la jugak cakap.Macam mana nak jadi pemimpin.Dulu cakap bkn main lagi.La ni hang kat mana?!!!!perth ka singapore?

Anonymous,  April 15, 2008 at 9:24 PM  

Saye sokong Khairy Jamaluddin jadi ketua pemude!!!! Mudoh mudahe dgn ini UMNO akan jadi pembangkang lepas PRU-13. AMIN....

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP