Friday, March 21, 2008

RUNDINGAN MENYELAMATKAN MELAYU BN/PAS

oleh Adi Putra

Walaupun kenyataan Haji Mahfuz Omar agak sombong dengan menyatakan bahawa menyertai atau bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk pakatan adalah tindakan tidak masuk akal,namun ianya juga seolah-olah berbunyi seperti satu kerisauan yang cuba disembunyikan.

Sebelum ini juga parti Pas ada mengeluarkan satu amaran keras kepada mana wakil rakyat mereka yang cuba berbincang dengan parti Barisan Nasional. Pas cuba menyorokkan kemelut yang sedang berlaku di dalam parti mereka.

Menurut satu sumber yang dipercayai , ramai dikalangan wakil rakyat Pas kini yang tidak puas hati dengan pucuk pimpinan mereka yang terlalu mengalah seolah-olah Pas kini menjadi sebuah parti Pas yang turut tidak mempunyai matlamat perjuangan.

Antara perkara –perkara yang menjadi isu hangat dikalangan pemimpin Pas

1) Pembatalan DEB yang mana ianya telah menarik kembali keistimewaan hak orang Melayu untuk bersaing dengan bangsa asing.

2) PKR yang sentiasa membelakangkan Pas dan menganggap Pas hanya menumpang dari kemenangan besar PKR.

3) Perlantikan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di dalam Parlimen sedangkan Wan Azizah tidak layak untuk menjadi Ketua Pembangkang dibandingkan dengan Hj Hadi .

4) Menjanjikan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan Pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan.

5) Matlamat perjuangan Pas kini telah jauh terpesong dengan wujudnya pakatan dengan PKR dan DAP di mana Pas kini sudah mula terikut-ikut dengan perjuangan mereka.

Di fahamkan ada pemimpin tinggi di dalam Pas sedang mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional dan peringkat perundingan kini telah memasuki ke fasa mencapai persetujuan.
Mereka melakukan ini demi bangsa , agama dan negara dan akan memastikan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim akan gagal untuk menjadi Perdana Menteri.

50 comments:

Bro Jinggo March 21, 2008 at 1:47 PM  

Pas bila dah tersepit mula minta bantuan UMNO.. dulu bangga sanggat dengan PKR dan DAP tu.

kini menjadi kuda tunggangan anwar dan DAP..DAP pun bukan setuju sebelum ni perlantikan Nizar sbg MB Perak .

ketua pembangkng pun dapat kat wan azizah,tak layak sgt ka hj hadi ..hehe lawak betul .

lepas ni laki dia kot .depa ni parti anak beranak ...kepentingan diri shj bukan untuk rakyat .

ramai juga rakyat komen dalam forum mengenai penyatuan pas dan umno ...

PKR bukan parti melayu tapi multi racial spt DAP .. melihat pada senario skrg ni ..melayu pecah kepada 3 -umno-pas-pkr tapi cina iaitu parti cina mereka DAP . melayu perlu bersatu tetapi si kitul dalam pkr itu cukup merbahaya ...

portugis menawan melaka kerana si kitul membuka pintu kota melaka spt pintu DEB untuk Melayu kini dibuka oleh anwar ibrahim untuk DAP

blues untuk rakyat March 21, 2008 at 3:48 PM  

sejak bila pulak pas tersepit minta bantuan umno....

jangan nak bohong la....

tapi kalu umno tersepit mintak bantuan pas... yang tu memang betul....

macam khir toyol mintak pas join depa diri kerajaan negeri....

la ni kat dada akhbar sebuk suruh pas join umno konon nye untuk perpaduan melayu....

podahhh....

kalu kuat melayu umno tu.... da lama kelantan dapat bantuan dari kerajaan umno...

sudahhh la....

Bro Jinggo March 21, 2008 at 4:53 PM  

Para pemimpin PKR, PAS dan DAP yang bermesyuarat Selasa malam bersetuju sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sehinggalah Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.Pengumuman ini disiarkan dalam laman blog Anwar.

Dalam mesyuarat yang dihadiri sama oleh Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mereka bersetuju untuk mengeratkan lagi kerjasama dan membentuk barisan yang lebih padu.

Pada hakikatnya... dimana Abdul Hadi Awang nak letak mukanya.Tak layakkah Hadi Awang menjadi ketua pembangkang.Malu sungguh, apabila Wanita mengetuai Ketua pembangkang.

Dimanakah pendirian PAS sebelum ini mengatakan kaum hawa hanya layak duduk didapur sahaja.

blues untuk rakyat March 21, 2008 at 7:02 PM  

Abdullah Badawi bagai telur di hujung tanduk, impian Khairy jadi PM berkecai
------------------------------------------


Kedudukan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia 'bagaikan telur di hujung tanduk' akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12 semalam.

Pada saat ini khabarnya Abdullah menerima desakan yang paling hebat untuk beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden Umno selepas BN kehilangan majoriti di Parlimen serta tewas mengejut di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Tiada lagi keangkuhan dan tidak lagi mendabik dada. Kali ini pemimpin Umno/BN senyap sepi enggan menemui wartawan untuk memberikan komen.

Ibu pejabat BN di PWTC semalam begitu muram. Abdullah dan lain-lain pemimpin BN dilaporkan 'menguncikan diri' di dalam bilik mesyuarat.

Tidak ada live telecast seperti biasa dari PWTC. Yang ada cuma paparan celoteh penganalisis politik yang terkejut dengan kebangkitan rakyat menolak BN.

Daripada 222 kerusi Parlimen, BN hanya memperolehi 137 kerusi sahaja. PRU ke 12 mencatat rekod paling buruk apabila BN kehilangan dua pertiga majoriti, pertama kali selepas lebih 50 tahun berkuasa.

Walaupun BN sudah menang simple majority, kerajaan baru masih belum dibentuk kerana ramai pemimpin utama BN tewas mengejut.

Mana dia slogan 'Selamat, Aman dan Makmur'? Mana dia slogan Islam Hadhari? Mana dia janji pembangunan koridor ekonomi? Mana dia WPI?

Semuanya ditolak rakyat dari kalangan Melayu, Cina dan India.

Khairy adalah burden besar bagi BN

Serentak dengan gesaan supaya Abdullah meletakkan jawatan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin-pemimpin Umno seluruh negara mula menuding jari terhadap menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Rata-rata ahli Umno menganggap failure BN khususnya Umno kali ini berpunca daripada campur tangan berleluasa Khairy sebagai menantu PM dalam parti dan kerajaan.

Kesilapan besar Abdullah antaranya walaupun beliau mempunyai anggota Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet sebagai penasihat utamanya, namun beliau tidak mengambil pandangan mereka kerana dilaporkan beliau pernah berkata I trust the young one.

Khairy, Kamaluddin Abdullah dan rakan-rakan mereka seperti Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan serta beberapa yang lain didakwa orang-orang Umno sebagai punca kepada kelemahan kepimpinan Abdullah.

Masalah yang paling besar didakwa orang-orang Umno ialah campur tangan Khairy meletakkan orang-orangnya dalam senarai calon BN sehingga mengetepikan ramai incumbent.

Akibat daripada campur tangan ini, orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan keluar mengundi calon pilihan Khairy.

PRU kali ini menyaksikan jentera Umno/BN benar-benar tidak bergerak, kaku dan mandom dalam menghadapi kempen PAS, KeADILan dan DAP.

Keangkuhan Khairy dan juak-juaknya ketika berkempen mengecam PAS untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, dibalas dengan kekalahan yang memalukan.

Ternyata rakyat tidak menerima slogan 'Pade Doh 18 Tahun PAS' (di Kelantan) sebaliknya rakyat membalasnya dengan 'Pade Doh 50 Tahun BN' memerintah Malaysia.

Khairy and his friends has no face right now, komen seorang wartawan asing.

Benar Khairy sudah tidak tahu mana hendak meletak muka, walaupun beliau menang di Rembau, rata-rata ahli Umno tanpa segan silu menyalahkannya.

Rakan-rakan rapat Khairy juga dikhabarkan terpaksa 'menyembunyikan diri' dari orang-orang Umno yang begitu marah sekarang.

�Tidak pernah terbayang Dato' Seri Mohd Khir Toyo, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali dan Dato' Seri Mahdzir Khalid menjadi ketua pembangkang di negeri masing-masing� kata seorang penganalisis.

Krisis dalaman Umno yang memuncak

Umno kini sudah semakin berkecamuk. Keputusan yang mengejutkan ini menyebabkan Umno benar-benar buntu.

MCA, Gerakan dan MIC juga menerima tamparan yang memalukan. Jelas rakyat sudah menolak mereka.

Abdullah Ahmad Badawi, Ong Ka Ting, Samy Vellu dan Koh Tsu Koon sudah tidak diterima rakyat Malaysia.

Dalam Umno, kini krisis dalaman mereka semakin memuncak. Umno harus 'direvamp'. Abdullah didesak melepaskan jawatan untuk diserahkan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

The fake victory in 2004 sudah berakhir. BN sudah merudum di zaman kepimpinan Abdullah.

Jika dalam waktu yang terdekat ini Abdullah terpaksa melepaskan jawatan, maka impian Khairy untuk menjadi PM dalam usia 40 tahun terkubur buat selama-lamanya.

Episod baru kepimpinan Umno/BN akan bermula pada bila-bila masa. Kita tunggu dan lihat bagaimana rakyat menerimanya.

inam kitites March 21, 2008 at 7:05 PM  

betul larr jack si jinggo bell nih yang tak follow flow semasa..posting komen ikut sedap fuckta jer...

blues untuk rakyat March 21, 2008 at 7:06 PM  

Apa khabar Khairy?

---------------------------------------

Sejak pengumuman pilihan raya, antara nama besar yang kini mulai hilang adalah 'menantu kesayangan pak mentua', si Kairy Jamaludin. Walaupun menang di Rembau, akhbar-akhbar harian tidak lagi menguar-uarkan kegiatan si Khairy. Sunyi 'sopi' saja, kata orang NS. Ketika kempen, sibuklah akhbar siar si Khairy beli kuihlah, pergi pasar malamlah, sekarang ini rasa sepi pula kisah remeh temehnya tidak tersiar di dada-dada akhbar.

Sebelum pilihan raya, anak muda begitu tangkas. Dia turut masuk gelanggang, termasuk bersilat di Kelantan. Pelik juga mengapa sekarang Khairy sepi saja. Takkan berpuas hati setakat menjadi 'king' di Rembau saja?

Saya agak tentu lagak dan aksi si Khairy ketika pilihan raya tidak disenangi pak mentuanya. Kau punya pasallah Khairy semua ini terjadi. Habis tergadai kerajaanku akibat gelagatmu yang tidak disenangi rakyat itu.

'Come on', Khairy, kalau si Mukriz berani tulis surat kepada PM supaya letak jawatan, awak berani buat apa?

blues untuk rakyat March 21, 2008 at 7:10 PM  

Jika Khairy melangkah ke Parlimen padahlah negara
--------------------------------------

Kenyataan menantu Perdana Menteri bertarikh 24 Februari lalu seperti yang dilaporkan di Utusan Malaysia dengan tajuknya 'Tugas saya rosakkan parti pembangkang � Khairy' akan mengundang banyak perbahasan.

Dalam satu majlis tahlil dan kesyukuran di kampungnya di Rembau pada 23 Februari lalu Khairy dilaporkan berkata: "Memang saya budak nakal dalam Umno dan tugas saya dalam pilihan raya kali ini memang untuk merosakkan dan menimbulkan masalah kepada pembangkang dan jika saya tidak berbuat demikian bererti saya tidak buat kerja".

Lihat betul-betul pada ucapannya, "� dan jika saya tidak berbuat demikian (merosakkan pembangkang) bererti saya tidak buat kerja." Dan perhatikan juga bahawa kenyataan itu dibuat sejurus selesai majlis tahlil, iaitu setelah beliau selesai memuji-muji Tuhan.

Tidaklah diketahui siapakah yang memberikan tugas khas tersebut kepada Khairy. Tetapi, adalah dipercayai bahawa 'tugas khas' itu dicipta sendiri oleh Khairy tanpa perlu merujuk atau pun disuruh oleh sesiapa, malah mungkin ia bukan arahan bapa mertuanya sendiri.

Sebenarnya, ucapan Khairy itu mungkin berasaskan dendam dan mungkin kesan daripada kritikan berulangkali yang kerap diterimanya dalam kalangan pembangkang, termasuklah ahli-ahli Umno sendiri yang tidak suka kepadanya.

Berdasarkan laporan, ucapan Khairy itu mungkin berasal daripada soalan pemberita yang ingin meminta komen beliau berhubung label pembangkang ke atas beliau sebagai 'budak nakal' dalam Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Laporan itu menambah lagi, menurut Naib Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Pengerusi Pemuda BN itu, beliau memang ditugaskan untuk merosakkan parti pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini dengan mencetuskan huru-hara kepada parti itu.

"Pembangkang akan melakukan apa sahaja dalam memastikan kemenangan mereka sehingga sanggup mengunakan isu peribadi dalam meraih sokongan pengundi memandangkan mereka ketandusan idea untuk dijaja," katanya.

Sekali lagi, persoalan itu tidak dapat dijawab. Khairy ditugaskan oleh siapa? Atau, beliau cuma dengan sengaja ingin menonjolkan diri? Kenyataan ini mengingatkan kita terhadap lagaknya dalam pilihan raya di Ijok. Apa pun, Khairy perlu diberi pengajaran.

Terbawa-bawa sikap berlagak dalam Parlimen

Salah satu masalah yang berlaku apabila Khairy mula menguasai Parlimen adalah beliau mungkin terbawa-bawa sikap berlagaknya itu. Bayangkan, Khairy mungkin menimbulkan provokasi dalam Parlimen ketika pembangkang sedang membentangkan usul.

Beranikah Speaker Parlimen Tan Sri Ramli Ngah Talib menghalau Khairy keluar dari Parlimen jika menantu Abdullah itu membuat onar, bertempik seperti berukera dan atau orang utan dalam Parlimen?

Mungkin tiada seorang pun ahli-ahli Parlimen BN yang berani mengangkat suara untuk membantah ucapan Khairy. Beliau mungkin berasa kebal kalau ditempatkan berhampiran dengan ayah mertuanya dalam Parlimen.

Tidak mustahil, kalau Abdullah tidak berada dalam negara, maka tugas menjawab dasar-dasar negara nanti 'seolah-olah' akan terpikul ke atas Khairy. Khairy akan mewakili ayah mertuanya dalam menjawab seribu satu persoalan (atau menjawab secara kurang ajar) yang tidak mampu dijawab Abdullah.

Dan Abdullah, seperti yang banyak diriwayatkan oleh kalangan rakyat, adalah seseorang Perdana Menteri yang sukar membuat keputusan. Dan, ruang kelemahan Abdullah itulah sekali lagi 'dimanfaatkan' oleh menantunya. Tapi, kini ruang itu berlaku dalam Parlimen!

Di tingkat 4 Putrajaya pun Khairy seolah-olahnya sudah pun 'menguasai' kuasa eksekutif (kerajaan atau 'government of the day'), maka kali ini kuasa legislatif, iaitu di Parlimen.

Keadaan semakin kronik apabila ahli-ahli Parlimen BN tidak mampu bersuara sedikit pun dalam menyanggahnya termasuk Bung Mokhtar Raden (Kinabatangan) dan Mohamad Hj Aziz (Sri Gading) atau mereka yang terkenal dengan kelantangannya sebelum ini.

Untuk menyempurnakan hasratnya menjala budi memukat undi, Khairy menggunakan khidmat seorang penyanyi berkelulusan PhD baru-baru ini setelah beliau melonjakkan namanya melalui My Team. Ertinya, menantu Abdullah ini melihat juga faktor akademik artis. Khairy tahu, untuk golongan lama Umno, sukar untuk dikaut sokongan mereka kerana mereka mempunyai latarbelakang akademik yang tidak kurang hebatnya.

Khairy disindir ahli akademik

Bukan saja Khairy dibenci oleh golongan lama dalam Umno, malah dalam pusingan awal lagi Khairy tidak menarik perhatian ahli akademik yang berwibawa. Misalnya dalam satu program televisyen, Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin telah memberikan pandangannya yang agak negatif berhubung kehadiran Khairy dalam pilihan raya kali ini.

"Kita tak tahu adakah Khairy yang dipilih oleh Menteri Besar untuk bertanding atau pun dia sendiri yang menawarkan diri?

"Tapi, kalau saya di tempat beliau (Khairy), saya berkata kepada diri saya, bahawa saya berpelajaran tinggi, lulusan Harvard, Oxford dan Yale. Untuk apa saya bertanding di tempat saya? Saya akan bertanding di bandar besar, iaitu tempat di mana buah fikiran saya akan dicabar," kata Dr Shamsul Amri secara sinikal.

Ada beberapa pandangan tentang bagaimana Khairy boleh mendapatkan kerusi Rembau. Pertama, mungkin ada kalangan warga Rembau berminat kepada Khairy. Kedua, wakil Khairy atau Khairy sendiri bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Mohamad Hasan untuk membariskan namanya sebagai ahli Parlimen Rembau.

Oleh kerana takutkan Khairy sebagai menantu PM, maka mungkin Mohamad Hasan pun terpaksa menerima kehadiran Khairy di Rembau, sekali gus terpaksa dia menggugurkan penyandang sebelum ini; Firdaus Harun.

Namun, ketika sedang minum-minum dan bersantai di Restoren Haslam di bilik berhawa dingin di suatu petang, saya sendiri secara kebetulan terdengar suatu perbualan antara orang-orang Umno di situ yang sedang berbincang mengenai duit sebanyak RM120,000 yang mahu diagihkan kepada dua orang.

Mereka berempat orang semuanya. Tetapi, cuma dua orang yang diagihkan duit itu, menjadikan setiap seorang mendapat RM60,000 untuk tugas tertentu. Semua itu ada kaitan dengan pilihan raya. Namun, tidaklah dapat dipastikan apakah duit itu ada kaitan dengan Khairy atau tidak.

Namun, apa yang pasti mereka adalah ahli-ahli Umno yang mencemuh kehadiran Khairy sebagai orang yang mengambilalih tempat-tempat mereka di Parlimen Rembau.

Khairy dengan 'gentlement' mengaku bahawa dirinya memang nakal. Dan dia sudah pun mengakui bahawa beliau memang ditugaskan untuk merosakkan pembangkang. Sudah tentu onar ini berlanjutan dalam Parlimen, jika beliau menang. Kita tunggu dan lihat.

Anonymous,  March 21, 2008 at 9:20 PM  

Kesihan betul aku tengok korang ni semua... berapi2 hentam Khairy dan Pak Lak... Kroni Anwar korang tak hemtam pulak kenapa ye...

Anonymous,  March 22, 2008 at 1:39 AM  

tulah. kalau pkr, jangan katakan menantu. anak bini bawak masuk sekali bertanding

Anonymous,  March 22, 2008 at 1:39 AM  

APA LA YG DENGKI SGT DGN KJ NI.ADATLA,MY FRIENDS...
ORG KALO NMPK HEBAT...BRGELIGA SIKIT MESTI ADA ORG NAK PANCUNG.
TERINGAT CITER PASAL SINGAPURA DILANGGAR TODAK...
MAKA BERKATA LA MEMANDA BENDAHARA...PADA PADUKA SULTAN,DISURUHNYA MEMPERTAHANKAN TEMASIK DR SERANGAN TODAK MENGUNAKAN BETIS...
APA KE BAHALOL TAHAN PAKAI BETIS..MMG LA RAMAI ORG MATI.
TAK PUN MAMAK BENDAHARA NASIHATKAN SULTAN SURUH LA ORG JGN MAIN TEPI PANTAI.
LALU DTGLAH SEORANG BUDAK BERNAMA HANG KADIM.DISURUHNYA ORG2 BESAR ISTANA NI MEMPERTAHANKAN TEMASIK GUNA BATANG PISANG...
GEMBIRA LA SULTAN TAKKALA MENDENGAR IDEA SERTA CADANGAN BERNAS DR HANG KADIM YG BIJAKSANA.
TP DEK SOBAB AN CEMBURU PHD..
DIHASUTNYA SULTAN SURUH BUNUH HANG KADIM NI TD..PASAL DEK BIJAK NYA BUDAK NI TAKUT NANTI KENA CAH KETING.
NI CITER MCM NI LAH..
APALAH SALAHNYA KITA BERI PELUANG PD KJ UTK BUKTIKAN KEWIBAANNYA DLM MEMIMPIN.
SAPA PUN YG BERKUASA...PUNYA PENGARUH..PASTI AKAN MENCARI ORG2 YG RAPAT DGN DIRINYA ATAU DGN ERTI KATA LAIN YG BOLEH DIPERCAYAI BERADA DISEKELILING.
KALAU ANWAR BOLEH BERSAMA ANAK,ISTERI BERTANDING.KARPAL JUGA BERSAMA ANAKNYA...TAK KETINGGALAN LIM KIT SIANG ANAK SERTA MENANTUNYA JD WAKIL RAKYAT.APATAH LG PAKLAH SERTA KJ.
KITA LUPAKAN LEGASI TUN MAHATHIR...
ITU SUDah berlalu.


***moral....sebelum menuding jari ke org lain pastikan diri sendiri mmg sempurna maksum.

*bro jinggo.itu nurul izzah masa dia single sj ada minat.skrg x da ooo...

Anonymous,  March 22, 2008 at 2:42 PM  

1) Kenapa wanita tidak boleh memegang jawatan tinggi? Adakah kakak, adik perempuan & isteri kamu kerja? Sekarang sudah zaman apa? U lelaki ingat u seorang kerja sudah cukup untuk sekeluarga makan?

2) Sudah 50 tahun HAK KEISTIMEWAAN diberi kepada bangsa melayu, tak cukup ke? Tak malu ke dengan Hak itu kerana bangsa melayu tidak mampu untuk menghadapi bangsa lain dengan setandingnya. Kalau berani, jangan pakai HAK KEISTIMEWAAN untuk bersaing dalam ekonomi, pelajaran, beli rumah, dapat kontrak kerajaan. kerja senang saja nak...kerja susah tak boleh, tinggal dalam Nalaysia saja boleh, pergi luar negara mati kelaparan terus.

3) Kita tengok Singapore, apa pun tak ada, tetapi maju. Kita Malaysia, ladang ada, petroluem ada, perlabuhan ada, Singapore sampai air pun kena beli dari Malaysia... tapi, kenapa kita tak boleh tanding dengan Singapore? Siapa yang sudah makan habis duit cukai rakyat yang susah? Tenggok kereta & rumah apa yang pemimpin kerajaan & kakitanggan kerajaan pakai? Tak sedar-sedar ke mana duit rakyat yang susah dikumpul itu?

Anonymous,  March 22, 2008 at 9:22 PM  

Hidup KJ!!!!! Melayu Muda yang tak takut generasi UMNO lama!!!!

Hamid

Anonymous,  March 23, 2008 at 12:51 AM  

Masalahnya KJ tu naik sbb sijil nikah, bkn sbb kredibiliti dia...muahahahaha

Bro Jinggo March 23, 2008 at 2:12 AM  

Itu semua alasan yang tak mnasabah.. tak semistinya sesiapa yg nikah ngan anak Pak Lah boleh naik macam KJ... Ini bukan soal tiket bang... ini kerana kebijaksanaan KJ dan pengalaman yang ada pada .Tepuk dada tanya selera.

Anonymous,  March 23, 2008 at 5:27 AM  

bebal nye jingo ni...kalau beruk kawin ngn anak paklah pun leh jadi cam KB(khairy beruk) jugak...

Anonymous,  March 23, 2008 at 9:13 AM  

tak dapat dinafikan,salah satu sebab KJ boleh naik dgn pantas atas kelebihan dia sbg menantu PM.tapi sungguhpun begitu jika tdk kerana bakat serta kebolehan beliau dlm kepimpinan serta politik,dia anak raja+linggam sekalipun x kan mampu berada di mana dia berada ketika ini.

Anonymous,  March 23, 2008 at 9:59 AM  

1) Kenapa wanita tidak boleh memegang jawatan tinggi? Adakah kakak, adik perempuan & isteri kamu kerja? Sekarang sudah zaman apa? U lelaki ingat u seorang kerja sudah cukup untuk sekeluarga makan?

2) Sudah 50 tahun HAK KEISTIMEWAAN diberi kepada bangsa melayu, tak cukup ke? Tak malu ke dengan Hak itu kerana bangsa melayu tidak mampu untuk menghadapi bangsa lain dengan setandingnya. Kalau berani, jangan pakai HAK KEISTIMEWAAN untuk bersaing dalam ekonomi, pelajaran, beli rumah, dapat kontrak kerajaan. kerja senang saja nak...kerja susah tak boleh, tinggal dalam Nalaysia saja boleh, pergi luar negara mati kelaparan terus.

3) Kita tengok Singapore, apa pun tak ada, tetapi maju. Kita Malaysia, ladang ada, petroluem ada, perlabuhan ada, Singapore sampai air pun kena beli dari Malaysia... tapi, kenapa kita tak boleh tanding dengan Singapore? Siapa yang sudah makan habis duit cukai rakyat yang susah? Tenggok kereta & rumah apa yang pemimpin kerajaan & kakitanggan kerajaan pakai? Tak sedar-sedar ke mana duit rakyat yang susah dikumpul itu?

SALAM....!

Sapa kata wanita tak boleh memegang jawatan tinggi?
ramai dah kat dlm Malaysia ni wanita dah memegang jawatan tinggi samada dlm sektor kerajaan mahupun swasta,dah jadi boss.
sapa dia gabenor bank negara Malaysia skrg?bukan yg 10 atau 20tahun lepas..tp skrg?itu salah satu contoh paling tinggi...bahwa wanita sudah boleh jadi boss.
tapi kaum wanita ni mmg bernafsu tinggi.semua dia nak,jgn kata jadi boss kat pejabat,kat rumah pun dia nak jadi boss.

Kenapa org Melayu nak malu dgn hak tu,mcm org perempuan bila dia nak kahwin,tuan punya body mesti la bagi tau brp hantaran yg dia nak?brp dulang dia minta...lg tinggi harga hantaran,maka lg tinggi nilai dirinya.
bukan pasal nak jual diri.

mcm tu gak dgn Melayu,tuan punya tanah..mesti ada hak keistimewaan dia.jadi tdk timbul soal malu ke tak malu.sama juga taraf anak dr luar perkahwinan sah,(anak luar nikah) la.boleh ke dia mendpt keistimewaan sama dgn adik bradik dia yg lain yg sah dr perkahwinan kedua ibu bapanya.???ini soal hak...boleh ke dia mempertikaikan hak adik beradik dia yg lain yg sah tarafnya?

Pasal org Melayu nak keja senang yg tu saya setuju.x nak bersaing,tidak tahu mencipta peluang..tp nak tunggu peluang bergolek dtg je.semua harap subsidi kerajaan.yg mereka tahu nak bersaing ,berebut benda yg satu..benda sekeliling yg org lain sapu.
org Melayu bukan hati kering,tak tahan lasak..mudah terpeleot,tersinggung,sensitive pd benda yg tah apa apa tah.kot sensitif mcm mana nak maju kan diri x pa.lg satu ,org Melayu rata2 tdk merangka pelan masa hadapan.pada mereka hari ni hari punya cerita.esok cerita lain.(Esok masih ada)tajuk cerita Jins Shamsudin tu.tp bila mereka tak pk masa hadapan serta tdk merancangkan plan dgn sempurna maka jd lah (Tiada esok bagimu)
Paling bangga bila mereka mengatakan mereka bekerja everything company sponsor, goverment tanggung.Ini sikap tdk bagus.terlalu selesa.yg ni patut ditarik subsidi.cuba bayangkan kalau company tu tukar polisi,kerajaan tukar dasar?baru nak plan...terlmbt beb.

jgn la nak banding Malaysia ni mcm Singapura.negara dia besar mana?penduduk dia ramai mana?dah tentulah negara dia lebih maju.kalau Malaysia ni besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,kan ke lebih kurang sama taraf kemajuan dgn Singapura....

Anonymous,  March 23, 2008 at 11:48 AM  

UMNO NI BODOH/BANGANG/SOMBONG TAK PASAL! SODOH (SOMBONG + BODOH).... TAK SURPRISE KALAH PILIHANRAYA!!!

Kalau dah Sultan Terengganu tak nak Idris, mesti ada sebab, tukar lar... nih BUAT KURANG AJAR!!!!

BILA orang lain lawan istana, PUNYA melalak tak pasal...

Nih semua ADUN terengganu tunjuk SODOH + Kurang Ajar. Sultan Terengganu tuh Agong lar, die nampak lar...

PIKIR2 lah sikit org UMNO, jangan sokong BABI BUTA, BUKA HATI TU!!! AKU pun org UMNO gak, tapi tak tahan ngan perangai KORANG, support tak pasal, ORANG LAIN yang untung!!!

Dok diam2 jap, sembahyang, doa mintak Allah bukak hati, nilai mana yang baik dan buruk. Jangan nak melalak, provok ker, korang buat ni semua untuk kepentingan orang lain. Korang nie kena main jer...

Wallahualam

inam kitites March 23, 2008 at 3:30 PM  

selisih faham istana dengan KERAjaan bermula dari zaman ghafar baba jadi timbalan menteri..waktu tuh muhd mohd taib dalam pemuda UMNO lagi..disebabkan md taib tak senarai dalam penerima pingat oleh sultan selangor..dari situ ghafar baba dengan lantang sonud satu malaysia kononnya pihak istana tak bley masuk campur dalam politik dan sikit demi sedikit hak istana terhakis...

tuh belum citer lagik hak melayu yang terhakis UMNO yang kononnya membela hak org melayu...

tapi bile kes kerajaan rojak bermasalah dengan pihak istana mcm2 stail dikecohkan oleh golongan BE-END..dan skrg hanya terengganu sahaja yang tak bermenteri besar..

Anonymous,  March 23, 2008 at 4:43 PM  

wan azizah tu bukan ketua pembangkang tetapi ketua boneka....dah la kawen ngan anwar ibrahim pon kawen lari..hahaha..


kenapa kita nak perlu sokong PKR yg menyokong DAP yg kita sedia maklum DAP tidak mahu malaysia di iktiraf sebagai sebuah negara islam..mungkin inam kitites pon tidak mahu melihat malaysia di iktiraf sebagai negara islam or inam kities mmg bukan islam?

Anonymous,  March 23, 2008 at 4:46 PM  

pakatan pembangkang nie tidak mampu mentadbir negara..lihatlah saja beberapa buah negeri yang di menangi oleh pakatan pembangkang sehingga sekarang masih lagi kucar kacir tentang pelantikan exco kerajaan negeri...


itu belum lagi suh tadbir malaysia..ntah ape2 yg akan terjadi..

Anonymous,  March 23, 2008 at 4:48 PM  

tahniah kepada saudara khairy yang menjadi ikon kepada pemuda negara..beliau seorang yang amat lantang..

Anonymous,  March 23, 2008 at 10:06 PM  

lihat lah bagaimana para NGO mula memprotes tindakkan pembangkang meletakkan exco kerajaan negeri perak seramai 8 orang bukan melayu?

habis lah melayu kali ini...

Anonymous,  March 23, 2008 at 10:16 PM  

hahahhhaha ...ko jagan perasan lah jinggo......yg aku nampak kelamkabut UMNO ngan BN adalah....yg nak runding umno yg suruh tubuhkan supaya nak selamat kan kedudukan korang...dulu tak ingat nak berunding ...lawak .lawak....sekarang dah pandai pulak menderhaka pada Sultan Terngganu...pandai betol korang bermuka2 ....memang dasar pengkianat melayu lah korang ni...merdeka pun ada perjanjian ngan british dulu sbb korang ada kira2 ...heheheheh ..malu aku tgk orang yg mengaku perjuangkan bangsa dan agama konon

Anonymous,  March 24, 2008 at 1:09 AM  

Kenyataan saudara di atas tak raleven... PAS, PKR, DAP kebas yang rakyat.Tipu Rakyat. Cakap nak turunkan harga minyak tak turun pun. Yang turun hanyalah minyak gamat, minyak angin, minyak rambut.

Anonymous,  March 24, 2008 at 1:19 AM  

nk turun harga minyak camna org atas oi.sapa yg perintah skg?
walaupon bukan 2/3(tu pon harap sabah serawak).....tunggu be end jadi pembangkang dlu la bro.

Anonymous,  March 24, 2008 at 10:21 AM  

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kesetiaan kpd Raja/Sultan adalah lebih penting dr Perlembagaan. DAP meminta maaf kpd Raja Nazrin. Tapi UMNO terengganu? Ini ker dikatakan pembela kaum melayu?

UMNO derhaka!! UMNO biadap!!

Pertubuhan keBANGSATan Melayu Bersatu

Anonymous,  March 24, 2008 at 1:08 PM  

lol jinggo, stop replying to comments in your posts.

blues untuk rakyat March 24, 2008 at 3:06 PM  

bro_jinggo said...

Itu semua alasan yang tak mnasabah.. tak semistinya sesiapa yg nikah ngan anak Pak Lah boleh naik macam KJ... Ini bukan soal tiket bang... ini kerana kebijaksanaan KJ dan pengalaman yang ada pada .Tepuk dada tanya selera.

---------------------------------------------

BIJAK KEBENDENYE....

PILIHANRAYA PON HAMPIR NAK TUMBANG.....

TAK PANDAI PERCATURAN LANGSUNG......

NAK KATA EKONOMI BAGUS>....

TENGOK TAK NAIK-NAIK PON.....

Anonymous,  March 24, 2008 at 3:29 PM  

si jinggo ni, buat malu orang melayu jer. dia ni pengkhianat bangsa dan negara.

Anonymous,  March 24, 2008 at 3:30 PM  

KHAIRY MY FOOT!

Anonymous,  March 24, 2008 at 3:39 PM  

hey jinggo,
this country is democratic multiracial country, hope you respect
the non-muslim rights and human rights.
if you and the BN chronnies don't like it, you guys can change it to communism, see what happen..

my advise to you is dont preach about politics if you dont know politics.

thats all, F you and have a nice day. thank you.

Anonymous,  March 24, 2008 at 4:13 PM  

Kalau ada sesiapa yang boleh belikan plastik hitam buang sampah,tolong belikan aku 1 helai.....aku nak tutup muka pak lah yang tak tahu malu tu!

Semakin hari muka nya dah jadi muka penipu...memang patut pun kena makan sumpah.Tak lama lagi gol la tu.

Anonymous,  March 24, 2008 at 9:43 PM  

Tengok dan lihat lah sekarang..
Siapa kah yang PENDERHAKA..
Tak lain tak bukan..
UMNO lah penderhaka tahap maharaja..

Sepeti meludah kelangit...

zanudin March 25, 2008 at 12:44 AM  

Kalau x ada si hitam manis gelojoh ni, aku rasa ekonomi Malaysia Malaysia tak akan 6.8%, paling2 tidak pun 7.5%.

Ada si hitam manis ni, rizab negara USD 103 billion, kalau si hitam ni kita campak ke lombong, aku ingat cecah USD 150 billion

Jumlah dagangan atas kertas @'window dressing' mencecah RM 1.03 trillion, kalau mangkuk hayun ni tak jadi security guard tingkat 4, dah confirm RM 1.2 trillion

Apa2 hal penyebab segala masalah budak st hugh's yang mulakan..gelojoh betul

Anonymous,  March 25, 2008 at 12:48 AM  

mangkuk tul mat jinggo ni.

Anonymous,  March 25, 2008 at 2:36 AM  

KJ ni memang anak pukimak...bodoh sombong. padan muka BN ..hancurlah BN di GE next time..tak guna otak babi. gempur konek la pandai..

JCV March 25, 2008 at 9:47 AM  

ECM Libra menguruskan penjualan saham
kumpulan Hospital Pantai kepada syarikat Singapura.
Penjualan ini menimbulkan kontroversi kerana
penjualan itu seharusnya mendapat kelulusan Kerajaan
dahulu. Bagaimana penjualan ini boleh berlaku hingga
syarikat asing dapat menguasai Hospital Pantai? Ini
bermakna tanpa kawalan, Kementerian berkenaan
telah dengan sewenang-wenangnya meluluskan
penjualan tersebut tanpa merujuk kepada Perdana
Menteri atau menepati dasar Kerajaan. Apabila terjadi
kontroversi lagi barulah Pak Lah hendak siasat.

err....kes ECM LIBRA ni angkara siapa erk ???

Anonymous,  March 25, 2008 at 10:24 AM  

Die Khairy Die!

Kau lah sampah yang tak dijemput dalam UMNO.

Kau lah yang menjual negara dan bangsa.

Kau lahanat!
Kau sial!
Selamat jalan Khairy

Anonymous,  March 25, 2008 at 12:21 PM  

Masaalahnya si kitul dah ada depan mata. Yang menjadi kuda tungangan adalah Bro-Jinggo sendiri macam kuda kepang kena sepit celah kangkang K.J sampai tak berani tengok atas sebab aib kalau ternampak seketul @#@#$()@$$ "Bliip!" Apapun dah tempah nama atas batu ke! nanti catat "Here Lies UMNO From.....to ....." Sejak bila UMNO tu Parti Melayu. Setahu aku ianya Parti Melayu-UMNO sebab melayu negeri kelantan dinafikan hak dan kekayaan hasil bumi. Dah terbukti mereka yang tegar dengan semangat UMNO songsang ini sebab dalam DNA ada UMNO Asid bukan Amino Asid sebab dah genetik sebegitu.Dasar penyangak.Senario sekarang menjelaskan se jelas-jelasnya yang memang UMNO parti yang mendaulatkan Raja tapi raja yang gambar ada kat RM itu aje. Hulur sekeping terus kelam kabut tabik dan pekik, Daulat Tuanku! sampai Baba Lim dan Baba Tan terhenguk henguk ketawa seronok.
Apa pun sekarang ni Bapak Mertua tengah duduk mencangkung sedang berfikir.
"Bapak fikir apa tu pak?"
" Tengah pikir bala apa pulak nak datang!!!"
Tapi masaalahnya bala dah dekat dah!!!!.
Jinggo, Jinggo..Jeng! Jeng!!.

Anonymous,  March 25, 2008 at 12:23 PM  

DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.

NAK GORENG JGN MAIN IKUT SEDAP MULUT JE...

SEBAB DUIT DAN KOMISEN SANGGUP NAK GORENG2 CERITA SEBAR FITNAH SANA SINI.

TUJUAN SUPAYA MASYARAKAT TAK BERPECAH BELAH, KALU DAH NAK SANGAT JD BATU API... SENDIRI MAU INGATLAH... JGN INGAT ADA KUASA BOLEH BUAT APA SAJE... ALLAH MAHA ADIL LAGI MAHA KERAS AZABNYA

MATI DAN HISAB ITU PASTI...

TIADA ALASAN TAK TAU ATAU BODOH, KALAU DAH BAGITAU PUN MASIH NAK TUNJUK BESAR KEPALA.

Anonymous,  March 26, 2008 at 9:02 AM  

aku nk tgk khairy debat dlm parlimen, sure ketar lutut duk err err err dalam parlimen takpun tak masuk langsung...cuak beb!khairy ni ckp je nampak berapi, isi tarak...bukannya geliga sgt stakat 2.2 je result kos politic lak tuh bukan medic ke...malu wei malu!!

Mat Atas Pagar March 26, 2008 at 9:44 AM  

Suasana kat parlimen kali nie mesti best..
Kalaulah UMNO dan BN tu anak jantan dan tak bacul..

Buat siaran Lansung perdebatan kat TV..
Barulah boleh tengok siapa yang jaguh

Anonymous,  March 26, 2008 at 10:48 AM  

BANTUAN BANTUAN ...SELAMATKAN MELAYU BN/PAS ..... WAKAKAKAKAKAKAK
LAWAK SELAMATKAN MELAYU BN/PAS KE SELAMAT KAN UMNO.... LAWAK PALING ELKAR ABAD INI...DULU MASA TEGUH TAK CADANGKAN SELAMAT MELAYU PAS/BN ...SEKARANG BARU NAK CPR SEBAB DAH NAZAK

Anonymous,  March 26, 2008 at 10:28 PM  

KJ beruk pukimak...pergi mampus la..nahas kau , kalau jadi PM. rakyat malaysia akan pastikan kau tumbang. lanciu punya racist ..

Anonymous,  March 27, 2008 at 11:56 AM  

haha...kepada semua yang anti khairy sudah mengalami emosi yang tidak stabil..mereka mula mencarut,memaki hamun...

namun tidak mengapa...saya percaya saudara khairy tentu akan memaafkan mereka..sebab suadara khairy tahu mereka yang memaki hamun khairy ini,adalah manusia juga..tidak lepas melakukan kesilapann...

Anonymous,  March 27, 2008 at 1:03 PM  

aku rasa takde guna pun nak berdebat kat sini. apa kata kita boikot je blog jinggo nih. biar die ngan geng2 die je yang syok sendiri mengampu KJ kat sini. Aku tak nampak apa2 kebijaksanaan pun dalam blog ni. so naper nak buang masa kat sini?

Anonymous,  March 27, 2008 at 9:07 PM  

mana tu pukimak KJ pergi. Sembunyi kot, patutlah pak mertua kerusi pun dah nak hangus. Sudahlah KJ tak payah la , sebarkan agenda sampah kau dalam blog ini. jinggo , kalau u nak , sertailah barisan rakyat yang lebih mantap, berwibawa, berhati rakyat, tak ada issue perkauman, tak ada kroni-kroni yang cuma utamakan bank akaun mereka sendiri. Barisan Rakyat , in waiting goverment akan terima kau dengan hati terbuka.
KJ dah hancur , karier nya dalam umno sudah menjadi sejarah - orang malaysia dari semua bangsa , termasuk umno cuma ingat dia sebagai seekor beruk hitam, yg fucking racist, dan cuma menang kerusi rembau dengan postal votes.
Terima la anugerah "winner of postal usage "

Unknown April 1, 2008 at 3:25 AM  

Pada pandangan saya B.A(Barisan Anjing) memang tidak boleh bersatu.
Tidak seperti B.N.
Yang sememangnya sudah utuh!
ikatan yang kuat antara pelbagai bangsa dalam satu barisan!
Mari kita rapatkan barisan.
Dipimpin oleh pemimpin yang disegani.
Hidup PakLah.
Kepada YB KJ.
Jangan gugup serta gentar!
saya menyokong YB!
Long live KJ!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP