Sunday, March 30, 2008

Lawatan KJ ke Sek Keb Kg Sega, Rantau.

by : Jinggo and Gkie













Lawatan pertama Khairy Jamaluddin di Sekolah Kebangsaan Kg Sega setelah telah menjadi ahli Parlimen Rembau. Kehadiran beliau di Kampung Sega menunjukan satu komitmen yang baik sebagai wakil rakyat yang sanggup turun padang semata-mata ingin mendekati dan beramah mesra di Kampung tersebut.

Walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas terik namun tidak menjadi penghalang bagi Khairy untuk menyempurnakan hasrat penduduk-penduduk Kg Sega yang sentiasa menantikan kehadiran beliau.

Didalam Ucapannya di Majlis Penutup Sukan Sekolah Kebangsaan Sega, Khairy berazam untuk memajukan dan melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akedemik bahkan didalam bidang sukan pada masyarakat luar bandar agar setanding dengan masyarakat dalam bandar.

Menurut Khairy lagi, beliau mahu kecemerlangan kawasan Parlimen Rembau menjadi contoh kepada kawasan Parlimen lain dan beliau sedia memberi bantuan untuk menaik taraf kemudahan asas disekolah-sekolah luar bandar.

Penduduk Kg Sega berasa amat berbangga dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian YB Khairy Jamaluddin kerana dapat hadir di Majlis Sukan Sekolah Kebangsaan Sega dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama pemimpin yang mereka sanjungi. Penduduk Kg Sega juga sentiasa memberi sokongan padu diatas pimpinan beliau dan mereka berharap Khairy akan kerap membuat kunjungan di Kg Sega.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP