Friday, March 14, 2008

Industri halal perlu dipelbagai

REMBAU 10 Mac - Industri halal yang hanya menumpukan kepada sektor penyediaan makanan sahaja perlu dipelbagaikan untuk diterokai usahawan.

Pengerusi Forum Halal Sedunia, Khairy Jamaluddin berkata, persepsi itu perlu diubah memandangkan peluang perniagaan halal melibatkan pelbagai aspek ekonomi yang menjurus kepada tajuk ‘halal’.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, pelbagai ruang boleh diambil dan diterokai oleh usahawan secara meluas selepas melihat potensinya berupaya memberi peluang terbaik kepada pengusaha terbabit.

‘‘Penyertaan industri halal di negara ini masih lagi membuka ruang yang besar dalam penyertaan usahawan kerana ketika ini hanya dua hingga tiga peratus sahaja yang memberi fokus kepada bukan sektor pembuatan industri makanan halal.

‘‘Selebihnya lebih berminat kepada perusahaan dan penyediaan industri makanan halal,” kata beliau ketika berucap di Bengkel Halal Journal di Taman Rekreasi Gunung Datuk di sini baru-baru ini.

Menurut Khairy, pemikiran usahawan terhadap industri halal perlu diubah dan diperluaskan dalam sektor lain seperti perbankan dan pelancongan.

‘‘Malaysia merupakan satu-satunya negara pengeluar makanan halal yang diiktiraf seluruh dunia berdasarkan penyediaan bahan-bahan makanan bersih yang diselia oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

‘‘Jadi eloklah juga konsep itu diperluaskan kepada bahagian lain bukan sahaja penyediaan makanan, tetapi pengeluaran sumber makanan itu dan lain-lain,” jelas beliau.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP