Wednesday, February 27, 2008

Tidak gentar Khairy

‘‘Saya hanya orang kampung untuk melawan nama besar seperti Khairy, tetapi itu tidak pernah membimbangkan saya,’’ kata calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin.

Beliau yang berusia 30 tahun itu bakal menentang, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bagi merebut kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.

Kata Badrul Hisham, beliau tidak risau untuk bertanding dengan sesiapa pun kerana menganggap pertandingan dalam pilihan raya sebagai pertarungan untuk negara.

‘‘Ini pertarungan negara, bukan antara Badrul atau Khairy, begitu juga PKR atau Barisan Nasional (BN) tetapi pertembungan rakyat yang mahukan perubahan,” jelasnya.

Beliau juga mendakwa, PKR mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam Parlimen Rembau.

Badrul mula terlibat dalam politik sejak tahun 1998 apabila menyertai perjuangan reformasi PKR.

Pada ketika itu, beliau masih menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Mambau, dekat sini sehingga 2001.

‘‘Saya pernah ditahan dan dikenakan tindakan kerana menyertai gerakan reformasi. Saya tinggalkan kerjaya sebagai guru kerana mahu menumpukan sepenuhnya kepada politik,” jelasnya.

3 comments:

Anonymous,  February 27, 2008 at 2:46 PM  

ye ! hidup pembangkang! apa lar sangat dengan khairy beruk tiga suku tu! nak berjaya pun atas nama pak mentuanya! isi borang pun boleh salah! mengaku lulusan oxford tapi isi borang pun tak pandai! lagi nak jadi pemimpin! harap orang rembau terang mata!

Anonymous,  February 28, 2008 at 2:40 AM  

Soalan: Kenapa Khairy Jamaludin nak sangat bertanding di Rembau, Negeri Sembilan?

Jawapan: Kerana menantu Pak Lah ni bakal mendapat undi bukan sahaja dari orang-orang bebal yang hidup tapi juga dari hantu-hantu di kuburan.

Bukti: Sila klik dan semak lah sendiri

Sumber: Laman Web SPR

Anonymous,  February 29, 2008 at 11:07 PM  

Dah terlebih pandailah tu,tulis hb pun salah.Tak sampai 40 dah nyanyuk.Nasiblah kau jadi dedalu,selamatlah.Menumpang pak mentua kau,orang lain spr dah reject dah!!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP