Monday, February 25, 2008

Khairy Bertanding Untuk Kerusi Perlimen Rembau

Oleh : Jinggo

REMBAU, 23 Feb - Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini beramah mesra dengan para penduduk yang menghadiri majlis tahlil dan doa selamat yang diadakan di Kampong Gadong.
Turut hadir bersama di majlis tersebut AJK bahagian Rembau Datuk Mohd Yusof dan ketua kampung Gadong yang juga imam Kampong tersebut.

Naib Ketua Pemuda UMNO itu akan dicabar calon Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Sharin pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac ini.

Beliau berkata, tidak akan mengikut rentak pembangkang dan rakyat patut meneliti siapa sebenarnya mereka yang menjadi calon.

"Yang penting bagi saya bukan calon pembangkang tetapi pengundi di Rembau, kita jangan respons terhadap apa yang mereka buat pada kita, kita tumpukan sahaja usaha kita," kata calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Rembau ini.

Katanya, ”rakyat sendiri patut lihat calon-calon Barisan Altenatif (B.A), adakah mereka ikhlas berjuang untuk rakyat atau bertanding kerana kecewa selepas tidak mendapat sesuatu daripada kerajaan atau syarikat milik kerajaan.

Khairy berkata parti pembangkang terutamanya PAS tidak ada isu yang boleh digunakan di negeri ini dan beliau sudah bersedia untuk menerima serangan peribadi daripada calon-calon PAS ini.

Beliau berkata mereka (calon pembangkang) akan bangkit macam-macam isu dan fitnah yang diambil dari internet. Jadi rakyat boleh melihat dari situ dan tidak sukar bagi mereka untuk memilih sama dari kalangan orang yang akan membantu mereka atau yang memburukkan seseorang dalam pertandingan lagi, katanya.

Khairy berkata beliau bertanding di Rembau kerana daerah ini merupakan tempat asal usul keluarga dan orang tuanya, menyebabkan beliau berazam ingin membantu penduduk di daerah ini dan perkara itu telah pun disampaikan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam pada itu, Khairy berharap penyandang kerusi di Negeri Sembilan yang digugurkan tidak menjauhkan diri dari parti dan rakyat.

"Peluang kita sebagai wakil rakyat bukan sesuatu yang menentukan kita akan kekal selama-lamanya dan ini jelas membuktikan Perdana Menteri menunaikan janji beliau bahawa wakil rakyat yang tidak dapat berkhidmat dengan cemerlang akan digantikan," katanya.



14 comments:

Anonymous,  February 25, 2008 at 1:48 PM  

25 Feb 2008
UMNO Rembau

Assalamualaikum,
Kepada semua rakan-rakan seperjuangan UMNO, saya menyeru disini supaya menghebahkan kepada seberapa byk ahli-ahli UMNO supaya menidakkan KJ dalam usahanya untuk menjdaikan UMNO jentera tunggangannya. Pastikan samada :
1. UNDI anda rosak supaya tidak mengundi KJ
2. UNDI pembangkang sebagai protes.

HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU
Sekian,
AJK PEMUDA REMBAU

Anonymous,  February 25, 2008 at 1:59 PM  

aku ingat jgn rosakkan kertas undi tu... sbb undi kj akan dpt dari undi pos + undi tipu + undi beli + undi pengampu...

so pangkah opposition sebaiknya... undi rosak akan ttp bagi kemenangan kpd KJ

Selamatkan Maruah Malaysia!

# dr rakan umno tampin

Anonymous,  February 25, 2008 at 6:59 PM  

maruah negara malaysia akan selamat jika tidak membenarkan dinasti abdullah berkuasa.

jadi ramai-ramailah pakat untuk tolak si khairy. dan beri kekalahan kepadanya. itulah tanggungjawab rakyat malaysia..

dr
kari ayam
""KEKALAHAN UMNO ADALAH TANGGUJAWAB BERSAMA"""

WORIGIEH-DEN,  February 25, 2008 at 8:30 PM  

UMNO REMBAU

ASALAMULAIKUM..

saya rasa tidak ada seorang pun dari umno rembau yg menolak pencalonan KJ sbg wakil parlimen kami.

tak tau la apa nak jadi dgn kamu org semua.adalah lebih baik kamu berkempen utk calon22 kamu.

kami seluruh N9 khususnya masyarakat Rembau menyokong penuh pencalonan KJ.

Anonymous,  February 25, 2008 at 9:25 PM  

WORIGIEH-DEN ekau jgnlah nak buat lawak bodo kau kek sini... Sapo pulak yang dah endorse UMNO mewakili "seluruh rakyat N9" nihaa. Ptuiii...

Rato-rato wargo Rombau dah makin meluat ngan anak menantu PM sekor ni. Lobihkan sudu dari kuah. Macm kaduik naik junjung.

Jgnlah nak kata semuo, tu dah kiro tipu lah tu kalau cumo kiro ahli UMNO yang macam lombu kono cucuk hidung tu. Tu sumo bukanyo ado tolo nak bangkang...

Den lebih respek kek orang UMNO Perlis... Kokal laie si Shahidan tu jadi MB. Apo, UMNO Rombau dah tinggal puteri jo ko?????????

Pak Jamal, Rantau NS

Anonymous,  February 25, 2008 at 9:54 PM  

lawo lawo tak puteri umno cawangan rembau. bole rekemen kat aku..
jgn terlepas di tangan khairy musnah masa depan anak anda.

yb khairy dan datin maya karin

Anonymous,  February 26, 2008 at 12:56 AM  

biler la nak ada movie si KJ nih... sure best... hakhak... pelik ler .. ada pulok balaci dok wat blog sokong si monyet KJ nih.... berapa juta KJ bayor ko .. meh la share2 .. aku pun pandai wat blog gak...

WORGHIEH DENHA,  February 26, 2008 at 11:26 AM  

PAK JAMAL...

BUKAN TINGGAL PUTERI YO KEK SINIA,MAKCIK2,PAKCIK2,ATOK2,UWAN2,ANGAH,UTEH,ALONG,UDO,UCU,INDUK..PEMUDO.SEMUO EH SOKONG KJ.

KEK CORUK MANO PUN DEN POIE TAK TODONGAR DO ORGHANG KOBA AN TAK SUKO KJ NI DO..BAIK KEK KANCUNG..SOLOK,SAGA,LINSUM..KOSAWAH..BLANGKAN,NYATOH...SILIAU...MANO LAIE YG TAK DEN SOBUT AN...

HA ADO LAGI SATU PAKCIK JAMAL...SOGO TONGAH,HILIR,LUMBONG,HULU KEK TOMPEK DR FAZLEY TU..SUMO EH NYOKONG AN KJ NGA NTOK MAT..

TAK TAU LA DEN DO KOK DOPAN YO KOBA AN SOKONG...BLAKANG MENIKUS..SOBAB AN NAK JAGO PANGKAT NGAN JAWATAN EH...

Mustopa,  February 26, 2008 at 2:58 PM  

worghieh denha, kesian pun ado kelakar pun ado. Patutlah ber'yo yo bonar nak bertanding kek Rombau.

Pengundi sumo ee dah kocut dah expired. Ramai yang dh menopos... kalau yang ado tu pun pendek akal. Ado ko budak Singapore pun dikiro waghieeh. Tak tau adat ko?

Baik laie kalu dilotakkan tunggul poie bertanding... sure monang punyo.

Cikgu Daud,  February 27, 2008 at 2:33 AM  

Betul tu Mustopa, apa kelas 'budak Oxford' bertanding kat Rembau.

Dahlah pak mertua dengan menantu, sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya umum. Hari ini dalam sejarah betullah. Nampak sgt kegelojohan siharamj*d*h ni yer.

Orang Rembau sendiri tak perlukan oportunis keparat macam ko ni.

Kalau ko fikir dengan memperbodohkan kami untuk bagi laluan mudah kat ko nak terus jahanamkan Malaysia ni... tak usah mimpilah. Kami lebih sayangkan negara ni dari ko yang hanya ber'title'kan menantu PM.

Aku haramkan tangan aku dari mengundi pengkhianat/petualang/barua singapore ni.

Anonymous,  February 27, 2008 at 12:11 PM  

ye! memang betul! khairy adalah agen singapore! lama-kelamaan satu malaysia akan dilelong ke singapore! inilah yang paling dikhuatiri oleh tun! pastikan dia tersungkur di rembau!

Anak Murid Cikgu Daud,  February 27, 2008 at 1:32 PM  

Salam Semua,

Itulah masalahnya, rakyat tempatan ni, depa bukannya faham sangat pasal isu, maaf ckp "barua Singapura" ni. Depa pun bukan tahu siapa yang dimaksudkan "budak-budak tingkat 4 JPM" yang didedahkan TDM tu. Patrick Badawi tu pun depa tak kenal siapa.

Itu tak termasuk lagi isu jambatan bengkok, isu WPI dan isu rancangan koridor-koridor pembangunan yang sampai kehari ini kita tak tahu dari mana depa nak korek duit kalau tak dari proksi2 investor Temasek Group Inc.

Isu hubungan M'sia dan Singapura di bawah pemerintahan Pak Lah + Khairy ni perlu di highlightkan kepada semua pengundi di seluruh negara. Ini isu nasional dan semua orang kena faham dan perlu sangat diperjelaskan. Bukan hanya setakat di Rembau. Khairy dan kroninya memang wajib disekat.

Kedaulatan negara dah semakin terhakis dan kantung perbendaharaan dah semakin mengempis. Kalau tak kita bakal jadi macam Pak Kaduk lah, menang sorak tapi bukan setakat kampung, malah seluruh tanahair tergadai.

Fikir-fikirkanlah.

Wassalam,

Kakitangan SPR February 28, 2008 at 2:54 AM  

Soalan: Kenapa Khairy Jamaludin nak sangat bertanding di Rembau, Negeri Sembilan?

Jawapan: Kerana menantu Pak Lah ni bakal mendapat undi bukan sahaja dari orang-orang bebal yang hidup tapi juga dari hantu-hantu di kuburan.

Bukti: Sila klik dan semak lah sendiri

Sumber: Laman Web SPR

Anonymous,  March 7, 2008 at 2:04 AM  

WORIGIEH-DEN bahlol ko ekau...macam mano Koro Jantan ekau kato warigieh... Ado ko omak dio orang Nogoghi.. Ini tanah adat tau.. kau jangan memain... berapo lamo dio duduk dalam nogoghi ni.. yang dan jadi warigieh ni.. Jangan memudah kau kato warigieh...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP