Tuesday, February 5, 2008

Jangan terpengaruh dakyah pembangkang

TAWAU 3 Feb. – Pergerakan Pemuda UMNO yakin generasi muda di Sabah tidak akan terpengaruh dengan tohmahan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana tohmahan dan isu-isu yang diutarakan itu jelas tidak berasas, selain hanya mahu memancing undi pada pilihan raya akan datang.

“Kita lihat perkara yang dimainkan oleh pembangkang di Sabah tidak akan mempengaruhi undi golongan muda dan isu-isu itu langsung tidak digeruni Pemuda UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau, di sini hari ini, selepas melakukan lawatan kerja selama dua hari di Semporna dan Tawau sejak semalam.

Beliau berkata, golongan muda di Sabah bijak menilai perkara yang sebenarnya dan sekali-kali tidak akan terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang yang memainkan isu-isu sensitif.

Bagaimanapun kata Khairy, satu-satunya isu sensitif yang perlu diberi perhatian oleh Pemuda UMNO ialah perkara yang boleh menjejaskan integriti dan hubungan antara kaum di negeri ini.

6 comments:

Anonymous,  February 9, 2008 at 7:17 PM  

Oh ye ke? Dakyah apanye? Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang! Kes Lingam tu siapa yang bongkarkan? Bukankah oleh pemimpin pembangkang? Sampai kena tubuhkan suruhanjaya itu dan ini! Itu kira dakyah ke? Alahai Khairy janganlah nak bohong! Segala pembongkaran oleh pembangkang kini korang dah terjawab! Hahahaha! Berbuih! Macam orang kena sawan! Tengok si Zam yang dok asyik terbitkan propaganda kat TV hahaha, orang kampung pun dah tak percaya dah! Berbuih!

Anonymous,  February 12, 2008 at 4:02 PM  

I just wanna vomit!

Anonymous,  February 12, 2008 at 4:02 PM  

go jual baju for your emperor la

Anonymous,  February 15, 2008 at 3:14 PM  

Kerajaan BN bagaikan tubuh berpenyakit

Kalau ikut hukum perubatan, penyakit yang sudah sampai 'terminal stage' kita hanya berikan rawatan paliatif; rawatan untuk meringankan beban kesakitan dan derita pesakit.

Begitulah juga dengan kerajaan kini yang sedang menghitung hari yang dijanjikan.

Ada penyakit seperti kaki gangren (kaki kencing manis) ubatnya adalah potong kaki, kena buang bahagian yang rosak kerana ia menjadi punca penyakit tidak dapat disembuhkan.

Maka, kerajaan yang ada, mesti dibuang segala penyakit yang telah rosak dan gangren kerana selagi mereka ada, selagi itulah masalah ini tidak akan selesai.

Mari kita ambil isu kenaikan harga barang sebagai contohnya. Antara ribuan isu yang membelenggu rakyat, mereka menidakkan bahawa harga boleh diturunkan, sehingga ada yang mengatakan negara akan bankrap.

Ini contoh pemikiran gangren yang mesti dibuang dan dicuci. Korupsi juga mesti diamputat dari kerajaan yang ada.

Tetapi, rawatan yang terbaik adalah kita biarkan saja pesakit ini pergi dengan aman. Bacakan Yassin, banyakkan zikir, ajarkan syahadah, kerana itu adalah peringatan terbaik buat mereka.

Kita gantikan dengan kerajaan yang baru, kerajaan yang menjanjikan Negara Kebajikan kepada semua.

Justeru, samalah kita rapatkan saf. Keluar barisan, masuk bulatan dan pancarkan cahaya rembulan untuk menerangi semua yang dahagakan kedamaian di sini dan di sana

Anonymous,  February 17, 2008 at 8:33 AM  

sbnrnye umno yg takde isu...dorg cume dok ulang yg pmbgkang takde isu...itu jer...plg hbat pon dorg boleh tuduh jer...bukti tak der....kalo btol la sabah 2 dh maju bwh bn, malaysia dh lame kaye cm brunei...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP