Monday, January 28, 2008

Pemuda jangan lobi jadi calon

JASIN 26 Jan. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengingatkan pemimpin dan anggota pergerakan itu agar tidak melobi menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, tindakan tersebut hanya membuang masa kerana tumpuan sepatutnya diberikan ke arah menguatkan jentera parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Menurut beliau, tindakan melobi sehingga saat-saat akhir untuk menjadi calon tidak akan mengubah apa-apa sebaliknya kejayaan Pemuda diukur menerusi kepimpinannya yang secara konsisten sejak beberapa tahun lalu.

‘‘Saya harap Pemuda tidak akan membazir masa untuk melobi jadi calon kerana yang penting kita buat kerja dengan memantapkan jentera pilihan raya kita.

‘‘Ini memerlukan guna tenaga dan masa yang banyak di kalangan pemimpin serta anggota Pemuda sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Gempur Pemuda Jasin di sini hari ini.

Khairy menjelaskan, sekiranya ada yang termasuk dalam senarai calon kelak, ia disebabkan kebolehan kepimpinan mereka bukannya lobi di saat-saat akhir.

‘‘Setakat ini, di bawah kepimpinan ketua kita, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan saya sendiri, belum ada mana-mana pemimpin atau ahli Pemuda yang melobi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota pergerakan itu agar menyokong sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) yang diletakkan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang demi memastikan kemenangan mutlak parti itu.

‘‘Ini penting kerana dalam masa dua atau tiga hari pertama dalam kempen pilihan raya kelak, ia merupakan masa yang paling kritikal dan Pemuda perlu main peranan dari segi memasang poster dan bendera parti,’’ katanya.

Beliau juga tidak mahu ada pemimpin atau anggota yang merajuk dan memboikot pilihan raya sekiranya mereka tidak disenarai sebagai calon atau calon pilihan tidak bertanding.

Khairy turut menyifatkan tindakan pembangkang yang sering mencabar pemimpin UMNO untuk bertanding di kubu mereka sebagai politik ‘budak kecil’.

‘‘Itu bukan soal penting untuk cabar mencabar, apa yang penting BN mempunyai barisan pemimpin berwibawa berbanding pembangkang, '' katanya.

3 comments:

jinggo jongos,  February 3, 2008 at 7:51 PM  

PEMBOHONGAN ABDULLAH BADAWI
(Mari kita lingkupkan UMNO... sahlah dia pembohong rakyat)

Perdana Menteri semasa berucap didalam satu program bersama semua Kakitangan Kerajaan beberapa hari yang lalu memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk menduduki tangga ke 6 mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

"Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan. "Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya," katanya.

Tapi sebenarnya kita menduduki tangga ke 23. Sila klik disini untuk melihat sendiri laporan dari World Competitiveness Yearbook yang dikeluarkan oleh IMD. Kemudian klik di "Overall Scoreboard 2007" dan anda akan nampak dimana kedudukan Malaysia dan siapa di atas dan siapa dibawah. Bandingkan dengan kenyataan PM kemudian anda akan tahu pembohongannya. War-warkan pembohongan ini.

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/announcing.cfm

bob,  February 12, 2008 at 3:42 PM  

KJ nasihat jgn lobi jadi calon?

KJ pun tak pernah jadi calon..dan dia nak nasihat orang?

ptuih!

Anonymous,  February 12, 2008 at 4:07 PM  

KJ looks like having a blog u kena laknat teruk2 hahaha. mana supporter lu? tak bayar duit kah? kasi rm5 mat rempit masuk sini support la!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP