Monday, January 28, 2008

Hishammuddin penyelaras di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dilantik secara rasmi sebagai penyelaras jentera UMNO Bahagian Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, pelantikan tersebut diluluskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan persetujuan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, pelantikan Hishammuddin itu dilihat sebagai strategi penting bagi memberi tumpuan khusus kepada matlamat UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Beliau (Hishammuddin) berjanji kepada Perdana Menteri untuk menjadi 'bapa angkat Permatang Pauh' dan menyatakan komitmen 100 peratus memastikan Permatang Pauh kembali kepada UMNO.

"Ini penghormatan besar kepada jentera UMNO di Permatang Pauh selain membuktikan kesungguhan pucuk pimpinan parti untuk mengakhiri penguasaan PKR di kubu kuat mereka di sini," katanya.

Khairy berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ahli-ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

Khairy berkata, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran dijangka mengadakan kunjungan ke beberapa kawasan sekitar Parlimen Permatang Pauh sempena lawatan rasminya ke Pulau Pinang pada 6 Februari ini.

Beliau berkata, sentimen reformasi yang menjadi modal politik PKR pada pilihan raya 1999 dan 2004 sudah tidak relevan dan pengundi mampu menilai kemampuan kerajaan BN dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurutnya, hubungan yang semakin erat di kalangan ahli-ahli UMNO di Permatang Pauh akan menjadi kunci utama kepada kejayaan parti untuk mengakhiri penguasaan PKR di kawasan Parlimen tersebut sejak pilihan raya umum 1999.

3 comments:

Anonymous,  February 1, 2008 at 2:18 PM  

Hishamuddin dianggap calon yg tidak tepat. Hishamuddin daya kepimpinannya lemah dan tidak menampakkan karisma. Beliau memimpin Kementerian Pelajaran jelas menampakkan kecelaruan khasnya struktur dan perkembangan KPM sendiri malah penyusunan dalam kategori gaji guru dan pangkat guru juga dikatakan kecelaruan. Malah semua mata pelajaran cuba disumbat dalam KPM. Jika beliau diberi tanggungjawab untuk menawan permatang pauh alamatnya UMNO sukar untuk menang. Hishamuddin pemimpin paling lembik dalam sejarah kepimpinan Pemuda UMNO

Anonymous,  February 3, 2008 at 7:39 PM  

Hishammudin... seluar kau koyak tu... telur kau pun nampak... janganlah nk jaga tepi kain org lain... jaga kandang kau sudahlah... kat kawasan kau pun belum tentu kau menang

Anonymous,  February 5, 2008 at 11:53 AM  

Alah si pondan yang hanya tahu hunus keris nie? Habis lar! Hoi Hisham pondan, ko pergi jadi bapok kat belakang Chow Kit lagi baik ler! Kementerian Pelajaran ko tak terjaga! Asyik ada kes pelajar mati terjun bangun ler, apa ler! Jahanam kau!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP