Wednesday, January 2, 2008

Harimau Muda simpan kuku

KUALA LUMPUR – Skuad bawah 19 tahun Malaysia atau dikenali sebagai Harimau Muda tidak meletakkan sasaran apabila membuat penampilan sulung dalam saingan bola sepak Liga Perdana, minggu depan.

Perjalanan anak-anak buah K. Rajagopal akan bermula secara rasmi pada 28 Disember ini apabila mereka menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kelmarin, ATM dibelasah 4-0 oleh Sabah pada perlawanan sulung mereka di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, keputusan yang pasti memberi keyakinan tambahan kepada Harimau Muda untuk memulakan kempen merekai.

Bagaimanapun bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), apa yang paling penting adalah melihat pemain menggunakan peluang beraksi dalam kancah liga domestik untuk meraih sebanyak mungkin pengalaman, sekali gus menjadikan mereka lebih bersedia membawa cabaran di peringkat senior.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, pendedahan skuad bawah 19 tahun kepada pertandingan liga akan menjadi platform untuk menyiapkan mereka sebelum menggalas tanggungjawab lebih besar pada masa akan datang.

‘‘Kami bernasib baik kerana MSN (Majlis Sukan Negara) bersetuju untuk menyokong penyertaan skuad Harimau Muda dalam Liga Perdana.

‘‘Harapan kami agar pemain-pemain dapat menggunakan peluang ini untuk memperbaiki permainan kerana dengan beraksi dalam kancah Liga Perdana mereka mampu menjadi pemain yang lebih baik,’’ kata Khairy pada majlis menandatangani kontrak di antara FAM dan pemain di Wisma FAM, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, wakil Nike Malaysia, Siva Shankar dan pengarah Air Asia, Fam Lee Ee.

Pada ketika MSN akan menjadi sumber kewangan utama pasukan, Air Asia pula akan menyumbangkan tiket penerbangan untuk semua perlawanan di luar Kuala Lumpur, manakala Nike Malaysia menyediakan kelengkapan Harimau Muda.

4 comments:

Anonymous,  January 4, 2008 at 10:54 AM  

Apahal la bengong sangat nih... nama website anti khairy... tapi cerita pasal bola... bengong ker apa penulis website ni.

Anonymous,  January 4, 2008 at 10:55 AM  

Apahal la bengong sangat nih... nama website pro khairy... tapi cerita pasal bola... bengong ker apa penulis website ni.

Anonymous,  January 9, 2008 at 12:58 PM  

betul la tu cite bola.apa2 benda,program,kerje pasal kj mmg la patut ada kat sini.dah nama pun pro kj.
sokong jinggo

Anonymous,  January 9, 2008 at 1:02 PM  

kj...

saya sarankan budak2 yg main bola ni kita kena antar g kursus motivasi selalu. semangat juang tu kurang sesangat.
cepat mengaku kalah.
pastu jgn byk sgt bg kemudahan,dia org ni cepat rasa selesa dgn apa yg dia org dpt.

sbb tu main pun nak tak nak.x nmpk langsung semangat berpasukan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP