Wednesday, December 5, 2007

Pendirian Anwar jual maruah negara

Dipetik dari : Utusan.com

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai perbuatan menjual maruah negara.

Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, tindakan itu menggambarkan sikap sebenar seorang bekas pemimpin Melayu yang terdesak.

‘‘Dia (Anwar) kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan sokongan puak pelampau.

‘‘Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah jauh terpesong. Matlamat parti itu yang dicanang sebelum ini untuk membela rakyat jelas palsu belaka,” kata Azimi ketika dihubungi di sini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata dalam laman web NDTV.com bahawa keputusan kerajaan India dalam menyokong isu kaum India di Malaysia adalah ‘tindakan yang dilihat betul’.

Penasihat PKR itu berkata, kerajaan telah membuat pendirian yang salah mengenai konflik etnik di Malaysia.

Beliau menyokong kerajaan India kerana memanjangkan isu itu.Menurut Azimi, Anwar kini mula menayangkan agenda tersendiri yang selama ini disembunyikan.

‘‘Kita boleh lihat sendiri bagaimana Anwar sanggup merelakan urusan negara dicampuri pihak luar.

‘‘Dia ada motif tersendiri yang semuanya kerana kepentingan diri dan PKR,” ujarnya.Azimi yang juga Exco kerajaan negeri Kedah turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melayan permintaan golongan pelampau Hindraf yang tidak mempunyai hala tuju.

‘‘Kita minta Pak Lah tidak memberi muka kepada mereka. Jika tidak akan muncul pula golongan lain yang mendakwa perkara yang sama.

‘‘Sepatutnya kita memberi tumpuan kepada cara bersaing untuk meningkatkan pendapatan negara dan bukan membanding-bandingkan keistimewaan antara kaum,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan Anwar yang menghalalkan perhimpunan haram Hindraf merupakan sesuatu yang sudah dijangka.

‘‘Rakyat negara ini sudah mengenali Anwar yang suka memberontak dan menggunakan cara demonstrasi jalanan untuk menyelesaikan isu peribadinya.

‘‘Memberontak di jalanan dilihat satu cara politik murahan. Kini dia sanggup menggadai maruah negara untuk kepentingan politiknya,” ujar beliau.

15 comments:

jgn jadi bacul,  December 5, 2007 at 1:33 PM  

ni lah perangai umno sikit2 perkauman.Tak ada kerja lain ker..maju sikitlah..kalau beranii sila dedahkan kenyataan anwar mengenai isu hindraf dalam mainstream paper.jgn jadi bacul guna media untuk serang anwar.kami cabar umno sila keluarkan kenyataan anwar dalam media.

penyokong Khairy,  December 5, 2007 at 2:50 PM  

marilah kita semua menyokong UMNO..UMNO membela nasib bangsa dan agama ..nampk sgt la parti penbangkang dah terdesak....sanggup jual maruah negara

UMNO jual bangsa melayu,  December 6, 2007 at 2:23 AM  

sapa menjual maruah negara?tolong buktikan?sapa hina melayu?sapa hilang tulisan jawi?sapa hilang tanah rizab org melayu?sapa roboh surau?sapa halau penoroka melayu?sapa jual tanah mealyu pada tauke judi cina?dan sapa dalang perantaraan jualbeli hakim dgn tauke judi?Ingat ini semua pemimpim umno...UMNO jual bangsa melayu.

Anonymous,  December 6, 2007 at 9:42 AM  

Salam Perjuangan,

Sememangnya tindakan Anwar A.K.A Mata lebam tidak memeranjatkan... sekiranya kita merujuk situasi politik semasa, Anwar kini terdesak untuk meraih sokongan utk political milagenya terutama utk meraih sokongn kaum India lebih-lebih lagi ketika angin PRU semakin kencangan...

Berkaitan kenyataannya yg mengkhianati negara tidak di hairankan juga sbb Si mata lebam bukan lah patriotik negara yg sejati... telah byk tindakannya yg menggambarkan peribadi beliau sebenar.

Sewaktu jadi timbalan perdana menteri dan sewaktu jadi menteri kewangan dalam kerajaan beliau merupakan individu paling korup dan ambitius sanggup berbuat apa saja demi kedudukannya.

Sejarah politik wang UMNO dimulakan oleh Anwar a.k.a mata lebam. cuba lihat betapa pantas mata lebam mendaki ke tangga ke dua UMNO dalam tempoh yg singkat dengan menggunakan kuasa wang. cuba tgk waktu beliau membeli undi untuk jawatan presiden seterusnya memaksa Tun Gaffar Baba dengan aib menarik diri dari bertanding kerana semua perwakilan telah menyokong mata lebam sbb dibeli dgn duit. walhal siapa Anwar berbanding Tun Gaffar yg telah berjasa begitu byk kepada negara pun boleh tumbang sbb kuasa duit Anwar...

Pilihan raya di sabah... tahun 90an Anwar selaku TPM ketuai kempen BN di sabah... keputusan awal BN kalah majoriti 2 kerusi sahaja utk tubuh kerajaan... waktu itu PBS telah menang dan nak tubuh kerajaan tetapi hanya mampu bertahan 2 minggu sahaja sbb kerajaan sabah runtuh.. kerana calon PBS lompat parti masuk UMNO. Kenapa masuk UMNO??? anwar telah menawarkan hampir RM 2 juta kpd mereka. hasilnya BN berjaya rampas kerajaan Sabah....

Waktu krisis ekonomi Anwar juga yg cadangkan kita terima IMF. Waktu tu Anwar Jadi Pengerusi IMF untuk region pasifik... walaupun tahu kesan IMF tu menyebabkan negara terpaksa menggadaikan syarikat negara dan lain-lain... sbb apa dia ber iya-iya sgt nak m'sia ambik IMF???? sbb kalau M'sia ambil pinjaman IMF @worldbank anwar dapatlah komisyen kira org pinjam 100 billion anwar dapatlah 500 juta... dei duit sanggup pertaruhkan negara... apa punya manusia lah....
Tapi...

Lepas keluar kerajaan kata kerajaan dan UMNO korup... rasuah dan lain-lain... jgn menyalak kerana Anwar aka mata lebamlah yg memperkenalkan budaya rasuah dan korup itu... seperti meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri juga...

Bab Jadi Pengkhianat dan tali barut biasalah bagi Anwar AKA mata lebam...

MAFREL... cari maklumat pasal pertubuhan ni, pertubuhan ni mengaburi je kita sbnr nya menjadi back door kepada bantuan dana dari CIA kepada kesemua NGO dan pergerakan Anwar di malaysia termasuk keadilan... gaji staf pun bayar dlm US dollar.

Waktu dia jadi TPM dna menteri kewangan beliau kerap ke US dan Europe... atas tugasan negara namun secret services kita sering melaporkan Anwar hilang dari hotel bersendirian 2-4 jam tanpa boleh dikesan... laporan menyebut Anwar kadangkala bertemu individu tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kaitan dnegan CIA.

Waktu dia kene pecat sapa bising??? US lah sbb apa CIA kehilangan agen yg berpotensi jadi PM malaysia...

Waktu dia keluar dari lokap jumpa sapa??? Org-org penting pertahanan amerika, pemimpin keturunan Yahudi, senang cerita godfather Anwar yg taja dia selama ini... sampai di Amerika secara senyap ada tabung dana di urus secara rahsia oleh CIA untuk Anwar... jangan terperanjat...

kesimpulan Anwar a.k.a mata lebam dah jadi pengkhianat dan tali barut musuh lama dah...

ambil contoh agen CIA yg berjaya menyebabkan campur tangan asing di negara mereka... B.J Habibie-indonesia, runtuhnya pentadbiran suharto, makin teruk indonesiua skrg bukan makin baik... Mikhail Gobachove-russia, meruntuhkan kesatuan USSR, tinggal rusia shj, keruntuhan ekonomi dan kini tak stabil, dan byk lagi... malaysia akan termasuk senarai negara berjaya di panetrate CIA kalau Anwar berkuasa...

sekarang pun bahagian keselamatan dan secret service kita tgh buat penilaian kepada jentera kerajaan, ahli politik ( kerajan dan pembangkang), pemimpin negara, ahli MP, ADUN, pemimpin masyarakat kemungkinan Agensi risikan asing dah masukkan agen mereka... takut jadi macam Anwar a.k.a mata lebam...

entahlah mari kita sama-sama berdoa agar negara kita dijauhi bencana dan dari pengkhianatan yg mampu merosakkan negara amin....

kepada Anwar a.k.a mata lebam insaflah... kuasa, wang dan kemahsyuran bukan segalanya... di akhirat nanti hanya amalan, takwa dan rahmat Allah SWT menjamin ganjaran dirimu ke syurga atau negara.... insaflah

renung-renungkan selamat berjuang

hidup UMNO,  December 6, 2007 at 2:06 PM  

memang dasar pengkhianat negara.....elok di lucutkan saja kerakyatan anwar tu..org ni merbahaya kepada negara

nikko,  December 6, 2007 at 2:22 PM  

kalau dulu nenek moyang ko tak memberontak dijalanraya masa penjajah british aku ingat korang semua mkn lauk ikan kering lagi..

bodoh punya artikel...

Mr.Crowley,  December 6, 2007 at 2:26 PM  

tak payah nak burukkan Anwar...

org bodoh je yg burukkan Anwar...nobady's perfect...sekurang-kurang takde sekor pun pemimpin UMNO mampu berdebat dgn Anwar secara terbuka..

semua bacul..ckp belakang je berani...

Anwar dah terbukti tak bersalah terhadap segala tuduhan ke atasnya...

so korang jgn reka cerita bodoh nak burukkan Anwar....semua tak logik...tapi cerita buruk pasal UMNO semua logik hahahah....

Mr. Crowley,  December 6, 2007 at 2:27 PM  

tak payah nak burukkan Anwar...

org bodoh je yg burukkan Anwar...nobody's perfect...sekurang-kurang takde sekor pun pemimpin UMNO mampu berdebat dgn Anwar secara terbuka..

semua bacul..ckp belakang je berani...

Anwar dah terbukti tak bersalah terhadap segala tuduhan ke atasnya...

so korang jgn reka cerita bodoh nak burukkan Anwar....semua tak logik...tapi cerita buruk pasal UMNO semua logik hahahah....

December 6, 2007 2:26 PM

azlisham,  December 6, 2007 at 2:28 PM  

Woi nikko kau hidup zaman bila... Kau ni betul-betul bodoh la. Bro org dah ke angkasawan kau mesih lagi dalam gua ka? Buka la minda sikit bro, jangan sampai kena ketawa kat orang ramai.

Mr.Crowley,  December 6, 2007 at 2:32 PM  

tak payah nak cerita pasal CIA-CIA ni...dlm negara pun caca merba...

pemerintahan BN skrg nie pun dah mcm yahudi...tak payah nak kata Anwar bersekongkol dgn yahudi la sedangkan apa yg kerajaan praktikkan skrg lebih teruk dari sistem kerajaan yahudi...

buat masa ko je cerita pjg2...ingat org bukan UMNO percaya ke...suck!!!

nikko,  December 6, 2007 at 2:34 PM  

ketawa la aku tak heran...pegi mati lah dgn angkasawan ko tu sedangkan bangsa ko sendiri byk merempat..kebajikan rakyat kat bumi pun tak terjaga ada hati nak jaga kebajikan mahkluk asing kat angkasa lepas.

hahaha bodoh!!!

nikko,  December 6, 2007 at 2:41 PM  

apa ko dpt kerajaan habis duit kat angkasawan...

apa??harumkan nama Malaysia hahaha....

mana ko tau nama Malaysia ni harum di mata dunia...UMNO bgtau ko kan???bodoh ko memang tak terhingga la azlisham...dasar syok sendiri!!!

Anonymous,  December 8, 2007 at 10:25 PM  

kalau pendirian anwar jual maruah? macam mana pula maruah negara bila zam ditemubual oleh al-jazeera? itu apa pula? itu lagi teruk! sengaja buat malu negara! jawab pula macam budak sekolah tadika yang dah terkencing dalam seluar! Hahaha! Buat malu aje! Berapa hari zam tak tidur lepas tu?

kurapumno,  December 10, 2007 at 5:34 PM  

DAH TERBUKTI PELACUR-PELACUR UMNO TERDESAK TAHAP BANGSAT... HAHAHAHA

BIARKAN SILUNCAI UMNO TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

KINI TINGGALLAH PAK PANDIR UMNO YANG SERBA-SERBI PANDIR-PANDIR BELAKA

CAKAP APA SAHAJALAH WAHAI PELACUR-PALACUR UMNO... KAMI HANYA BACA DAN DELETE DARI MINDA KAMI

KALAU TAKDE MEDIA MASSA PEMBODEK DAN POLIS-POLIS UMNO DAN LAMA RAKYAT MENGHUMBANKAN MAYAT UMNO KEDALAM LAUT CINA SELATAN...

INGATLAH ORANG-ORANG UMNO... NYAWA KAU DAH DI PENGHUJUNG HAYAT... APA YANG KAU BUAT SKARANG TAK UBAH SEPERTI ORANG YG BUANG TABIAT MENUNGGU NYAWA UMNO DI CABUTKAN!

Anonymous,  December 25, 2007 at 10:45 PM  

hmm penat pakcik baca. macam -macam ada .Yang sudah tu ..sudah lah.. Meh ler kita kembali pada al quran dan hadis jika x leh settle. jika masih ade kesangsian dan ketidak puas hati. Kita pulangkan isu kepada Allah .Hari akhirat nanti kita leh tahu sapa-sapa yang baik dan betul dan sapa yang geng syaitan. Allah maha pemurah dan lagi maha mengetahui.

Meh kita baca sejarah pasai kejatuhan negara-negara ker, pemimpin ker..sapa-sapa yang berkuasa ker x berkuasa ker yang terdahulu.. semua berkisarkan rasuah, mengeksplotasi wanita, tamak , jahat ,kejam dan sadis semuanya ada. kalau benda-benda itu dah ada.. bersedialah menghadapi saat kejatuan...ini sejarah yang rekodkan..lain lah kalau tak pas periksa sejarah..kan tak gitu...
kita semua ade dark history dalam hati masing-masing jadikan sebagai pengajaran...jangan jadikan bebanan....yang tak leh dilepaskan...yang berterusan menghanyutkan kita dan menyalahkan taqdir..mohon keampunan kepadaNya Biarkan Allah yang finalize kita nanti..Dah laa jangan gaduh-gaduh. Marilah bermaafkan sesama insan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP