Tuesday, December 11, 2007

Pemuda Umno tak sertai perhimpunan


BERTANYA KHABAR: Khairy (kiri) berbual dengan seorang peserta forum, Husam Eldeen Mohammed Ibrahim selepas membentangkan kertas kerjanya, di Kuala Lumpur.

Khairy ulangi SMS ketuai tunjuk perasaan bersama Hishammuddin di Kampung Baru adalah fitnah

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata beliau dan ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan menyertai sebarang perhimpunan untuk membakar sentimen perkauman hingga mewujudkan suasana tegang dalam negara.

Beliau berkata, tindakan pihak tertentu menyebarkan menerusi SMS kononnya mereka berdua akan mengetuai satu perhimpunan orang Melayu di Kampung Baru di sini untuk menyemarakkan perasaan benci kepada kaum lain pada 19 Disember ini adalah fitnah dan pembohongan besar.

Katanya, penyebaran SMS itu adalah usaha pihak tertentu untuk memburukkan lagi keadaan dan cuba mengheret Hishammuddin dan beliau dalam kemelut yang dicetuskan pelbagai penganjur perhimpunan dan demonstrasi haram sebelum ini.

"Kenyataan yang kami keluarkan sebelum ini adalah menerusi Pemuda Umno bahawa kita tidak mahu melihat keadaan (berikutan demonstrasi haram) menjadi lebih buruk.

Kita tak mahu melihat keadaan tegang antara orang Melayu dan kaum-kaum lain.

"Kita mahu rakyat Malaysia melihat masalah besar yang disebabkan perhimpunan haram seperti anjuran Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) baru-baru ini, bukannya mencari kesempatan politik untuk mewujudkan lebih banyak lagi perhimpunan hingga mencetuskan suasana huru-hara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi ahli panel pada forum Kestabilan Politik dan Tabdir Urus Baik: Prasyarat Kepada Pembinaan Negara anjuran South-South Information Gateway (SSIG), Kementerian Penerangan.

Khairy mengulas kenyataan Hishammuddin kelmarin mengenai cubaan terbaru pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS jahat bertujuan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini. Sebelum ini SMS juga disebarkan kononnya Hishammuddin mendakwa beliau tidak perlukan sokongan pengundi Cina dan India.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, SMS fitnah seperti sudah menjadi satu budaya dan beliau sedih dakwaan palsu itu sudah menjadi isu besar.

Khairy berkata, beliau sudah melihat SMS itu dan juga pelbagai SMS (fitnah) lain seolah-olah rakyat Malaysia seperti tiada kerja lain, selain berdemonstrasi dan merusuh, sedangkan majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan cara ini dan menolaknya.

"Semakin lama lebih banyak lagi demonstrasi yang akan dibuat, malah saya minta mereka (penganjur) ini berhati-hati kerana toleransi rakyat Malaysia terhadap demonstrasi ini sudah tidak ada lagi.

"Mungkin kali pertama, bukan kata mereka boleh terima, tapi mereka boleh lepaskan, kali kedua mereka marah dan kali ketiga pasti majoriti rakyat akan lebih marah.

"Kepada pihak berkenaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pembangkang yang cukup mahir dan pakar menganjurkan demonstrasi ini, berhati-hatilah kerana bukan saja kerajaan akan bertindak tetapi rakyat Malaysia akan menolak dengan satu suara yang begitu jelas dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis berhubung SMS berkenaan, Khairy berkata, beliau berharap tindakan boleh diambil termasuk membuat laporan polis.

4 comments:

Anonymous,  December 11, 2007 at 10:38 AM  

Sabarlah KJ, mereka semua ni memang tidak ada modal lain.Kurang berpelajaran, orang yang cerdik tidak akan melakukan perkara sedemikian.

Kuatkan semagatmu, teruskan perjuangan mu KJ, Kami sentiasa menyokong anda dibelakang.

Penyebar fitnah haruslah ditangkap, ia boleh menyebabkan negara kita berada didalam keadaan yang huru hara.

Anonymous,  December 11, 2007 at 10:44 AM  

Betul tu jibam tangkap saja mereka. Jangan biarkan mereka merosakkan imej negara kita ini.

Bukan sahaja penghantar SMS fitnah sahaja harus ditangkap jibam. Bloger2 yang menyebar fitnah juga harus ditangkap.

Ada maklumat juga menyatakan ISA sedang mengesan bloger2 yang menyebarkan fitnah akan ditangkap tidak lama lagi.

Syabas...

Anonymous,  December 12, 2007 at 3:50 PM  

macam mana khairy boleh tahu pilihanraya tu rakyat akan menolak pembangkang? dia boleh tenung masa depan? huih hebat betul ye! atau kau buat cara kotor? yang had umur pun dah diextend untuk si rashit lagi! kau extend ler sampai 100 tahun lagi bagus! atau kau ubah sampai beruk, ungka, monyet boleh jadi pengerusi SPR. Lagi jimat beb, bagi pisang dah! Kalau dah pencen, bagi aje daun serta batang pisang! Settle punye lah!

Anonymous,  December 12, 2007 at 4:00 PM  

tanya khabar rupanya! ish! ish! ish! aku ingat dia nak settlekan budak hitam tu! tak baik tau khairy ! kau dah tibai berapa betina sampai budak hitam nie pun kau nak sapu!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP