Wednesday, December 12, 2007

Pemimpin Kanan Parti Pembangkang Antara 29 Yang Ditahan Polis


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua adalah antara 29 orang yang ditahan polis kerana sekali lagi menyertai perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata mereka terdiri daripada parti pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ditahan kerana mengingkari perintah mahkamah yang melarang perhimpunan haram itu.

Antara mereka ialah Bendahari PAS Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Lo'Lo Ghazali.

Sementara itu lima lagi wakil pemimpin pembangkang dan NGO yang diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali ditahan setelah melanggar kebenaran memasuki Bangunan Parlimen dengan menyerahkan memorandum kepada anggota Parlimen bagi menolak usul pindaan ke atas Akta Perlembagaan untuk meningkatkan tempoh umur persaraan kepada 66 tahun bagi anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang berlangsung hari ini.

Mereka yang lain ialah Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Seng; ahli Writers Alliance of Media Independence, Wong Chin Huat; Pengasas Pusat Komunikasi Masyarakat, Mein Lor dan Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, V Gayathry.

Mereka juga adalah kalangan yang menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil di ibukota pada 10 Nov lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu berkata polis berhak menahan sesiapa saja di dalam kawasan Parlimen jika mereka didapati memberi ancaman keselamatan.

Beliau berkata kumpulan yang memasuki bangunan parlimen itu telah diberi pas masuk dan menjadi tetamu kepada Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) ke Parlimen, bagaimanapun didapati telah menceroboh ke dalam zon sekuriti dan mendesak menghantar memorandum berkenaan.

Menurutnya kumpulan itu juga gagal memaklumkan terlebih dahulu kepadanya selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen mengenai niat sebenar mereka ke Parlimen.

Empat daripada mereka yang ditahan kira-kira pukul 1.00 petang di hadapan pintu masuk utama Parlimen tidak membantah apabila ditahan oleh polis berpakaian biasa.

Bagaimanapun Mustafa, bekas anggota parlimen yang ditahan 45 minit kemudian ketika keluar dari bangunan Parlimen kelihatan cuba melawan dan menolak anggota polis, sebelum ditahan dan dibawa keluar dengan van.

Beberapa anggota Parlimen pembangkang yang berada bersama Mustafa dan dilihat membantah tindakan polis ialah Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur), Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Memorandum mereka itu berkait dengan persidangan Dewan Rakyat hari ini untuk meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66 tahun.

Pindaan itu kemudian diluluskan dengan keputusan itu dicapai menerusi undi belah bahagian dengan majoriti 189 undi daripada 219 anggota Parlimen.Bersih menentang pindaan itu kerana didakwa untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Rahman.

Sebelum penahanan, mereka selaku wakil Bersih telah menyerahkan memorandum bertajuk "Say no to the 'Save Rashid' amendment of the Constitution" kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa anggota Parlimen pembangkang di Lobi Parlimen.

Semasa di ruang Lobi Parlimen, Yap (Swee Seng) secara tanpa izin turut mengadakan sidang akhbar dan membacakan memorandum itu kepada media yang antaranya mempertikaikan kredibiliti Abdul Rashid.

Wartawan Bernama mendapati sejak pagi ini polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), ditempatkan di beberapa lokasi berhampiran bangunan Parlimen terutamanya di Jalan Tangsi bagi memeriksa kenderaan yang menghala ke Parlimen.

Tian Chua ditahan setelah berdegil cuba membolosi sekatan polis di laluan utama menghala ke bangunan Parlimen.Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi diambil keterangan, sebelum dibebaskan secara berperingkat mulai tengah hari sehingga malam ini.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani ketika dihubungi berkata mereka dibebaskan tanpa syarat dengan jaminan polis selama seminggu."Mereka akan didakwa di mahkamah Selasa depan," katanya.

8 comments:

Anonymous,  December 12, 2007 at 10:35 AM  

Lain kali jangan buat keja bodoh. kan dah kena tangkap....

Anonymous,  December 12, 2007 at 2:51 PM  

Jinggo..
Tunggu le...masanya akan tiba bila kami plak yg akan buat begitu pada kalian pula..tunggu

Anonymous,  December 12, 2007 at 2:54 PM  

padan muka kena tangkap org dah ckp jgn pergi dah di beri amaran tapi pekak tak dengar ..skrg terima risiko sendiri..org pembangkang ni mmg semuanya pekak2 tak paham apa yg org katakan

Anonymous,  December 12, 2007 at 3:45 PM  

ye tangkap lah pembangkang serta penyokong nye! baik suruh polis kau tu yang kebanyakkannya dogol, dungu, keldai pergi tangkap budak yang suka kencing malam, berak dalam seluar, mandi telanjang, main dalam parit, berkubang dalam parit. Lepas tu suruhlah gani dakwa sebab mencemar serta mengugat keselamatan negara! Kes jenayah tak boleh nak selesaikan ko pergi tangkap pembangkang pula! Apa punya bodoh ler malaysia nie! Oh ye si PM pula cadang nak luruskan sungai! Hahaha! Memang sama aje kebodohannya!

kakitidur December 12, 2007 at 5:56 PM  

Suruh Pak Lah luruskan sungai kat Lembah Kelang ni dulu. Kat sini pun banjir.

Anonymous,  December 13, 2007 at 12:34 AM  

tapi lagi hebat gani patail guna harakahdaily sebagai bahan bukti.Now kerajaan percaya dgn internet.free publisiti..

Anonymous,  December 13, 2007 at 9:14 AM  

Khairy dah cakap kita tangkap!!! Kita Tangkap!!! kan dah kena tangkap.

Anonymous,  December 13, 2007 at 10:49 AM  

umno semakin gelabah menghadapi pilihanraya.... hahaha

umno semakin takut untuk kalah....

tgk lah najib dulu pilhanraya 1999... hanya 2 angka shj majoriti... dan hampir2 kalah pilihanraya

umno bgai dah nak tercabut nyawa skrg ni.... biasala skrg ni masa buang tabiat.... dah nk meninggal la katakan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP