Monday, October 22, 2007

Pemuda Gesa Pemimipin Komponen BN Ikut Saluran Parti


Rembau -- Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak mengambil pendekatan popular sebaliknya berpolitik secara matang dan bertanggungjawab untuk kepentingan semua pihak.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ketika memberi ingatan itu berkata jika mereka mempunyai pandangan tertentu seperti mahukan lebih banyak kerusi pada pilihan raya, ia perlu dibuat melalui saluran dalaman parti.

"Saya langsung tidak bersetuju dengan parti komponen yang buat tuntutan seperti Parti Progresif Penduduk (PPP). Saya nasihatkan, kalau ada pendapat daripada Pemuda PPP yang ingin lebih banyak kerusi, ia boleh dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN atau mesyuarat Exco Pemuda BN.

"Hal sebegini sepatutnya tidak wajar diutarakan secara terbuka melalui pentas perhimpunan agung parti kerana ia merupakan tindakan mencari populariti dan amat mudah dilakukan", katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda UMNO Bahagian Rembau dan UMNO Cawangan Kampung Gadong di sini, Ahad.

Kelmarin, Ketua Pemuda PPP, T Murugiah, ketika berucap pada Konvensyen Pemuda parti itu di Kuala Lumpur mendakwa BN tidak menjadi sahabat yang baik dan setia kepada PPP yang membuat pengorbanan besar demi perpaduan dan kepentingan negara ketika menyertai BN pada 1972.

Murugiah mendakwa, PPP kini dianaktirikan dan semakin dilupai dan menyifatkan BN tidak jujur kerana enggan menunaikan janji dan memenuhi permintaan parti itu yang membabitkan pembahagian beberapa kerusi pilihan raya yang kini diambil oleh parti komponen lain.

Khairy Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata sebagai pemimpin parti, mereka tidak sewajarnya memainkan sentimen tanpa tanggungajwab.

"Perkara seperti ini bukan diutarakan dalam suasana perhimpunan agung yang kita semua tahu suasananya mencari populariti, dia mahu lontar idea-idea yang dapat sambutan dari bawah.".. memang senang dan kita pun boleh buat, ramai orang suka dan akan sambut, tetapi kita sebagai pemimpin perlu matang dan jangan main sentimen tanpa tanggungjawab", ujarnya.

1 comments:

chikuano October 30, 2007 at 2:55 PM  

KJ saya rasa elok saudara berundur untuk mengelakkan fitnah kerana kesihatan fizikal dan mental saudara lebih penting. Saudara sudah kaya dan senang. Kan elok saudara pergi melancong dan berhibur dengan duit yang banyak itu dari masuk politik yang kotor dan menjijikkan. Buat apa ada duit banyak tetapi hati tidak senang kan. Saya berkata begitu kerana di Malaysia ni banyak hipokrit. Tengok TDM lepas dia berhenti habis semua orang menyisihkannya. Itu bekas PM tetapi saudara hanya menantu PM. Kalau bapa mertua saudara berhenti atau meninggal dunia saudara fikir orang-orang UMNO akan sokong saudara terutamanya yang veteran. Semuanya sekarang ini pun tak sabar nak menjatuhkan saudara tetapi oleh sebab ada bapa mertua saudara itu ajalah mereka sekarang berdiam. Dari sahabat saudara KJ

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP