Tuesday, October 30, 2007

29/10: Antithesis kepada Blog anti-Khairy?

Category: General
Posted by: Raja Petra
Petikan dari laman web Malaysia-today

Anti-KhairySelepas adanya laman www.antikhairy.blogspot.com maka arahan anak menantu Pak Lah pada juak-juaknya adalah untuk menubuhkan satu webblog yang menjadi pro menantu Pak Lah. Maka bergegaslah mereka yang lahir dari rusuk menantu Pak Lah itu memulakan laman pro menantu Pak Lah dengan menceritakan kehebatan Menantu Pak Lah. Laungan Hidup Menantu Pak Lah, Hidup Menantu Pak Lah kedengaran dan kefanatikan mereka hanya mahukan sesuatu dari menantu Pak Lah ini. Tidak siapa yang akan membentuk “blog” pro menantu Pak Lah dalam UMNO tanpa ganjaran. Maka tukang ambil gambar bernama jingo memulakan langkah mengambil gambar menantu Pak Lah dan dengan sendirinya memenuhi “blog” dengan “posting” di buat sendiri. Kesian sungguh. Sila lihat http://www.prokhairy.blogspot.com/

Menantu Pak Lah hanya wujud dalam sokongan yang memerlukan habuan. Ini prinsip dalam UMNO. Ini hakikat dalam UMNO. Kalau rebahlah Pak Lah hari ini, taraf Pemuda UMNO Cawangan mampu mengalahkan menantu Pak Lah. Siapa menantu Pak Lah dalam UMNO?

Menantu Pak Lah hanya mampu beretorik dan akhirnya mengira wang dalam bank. Menantu Pak Lah inilah yang menggunakan nama Pak Lah untuk pinjaman puluhan juta. Siapa dia kalau bukan orang yang tidak pernah sebelum ini kenal Malaysia, tidak pernah sebelum ini bersekolah di Malaysia dan orang yang sebelum ini tidak tahu penderitaan orang di Malaysia. Menantu Pak Lah tidak pernah mengenali Malaysia malah hingusan dalam UMNO.

Sokongan terhadapnya adalah sokongan palsu yang hanya mahu imbuhan. Itu sahaja. Maka juak-juak Pro Menantu Pak Lah yang dibayar itu membentuk laman pro menantu Pak Lah sungguhpun entah-entah hanya ada seorang dua sahaja yang mengendali.

Ini adalah satu usaha paling lucu – lepas terbitnya laman blog anti Khairy. Tapi apa nak di kata, UMNO macam itulah. Idea yang paling banyak kalangan mereka adalah bagaimana nak songlap duit. Itu sahaja yang mereka tahu.

Apa pun bagi terlanggar berdepan dengan laman itu – tengoklah menantu Pak Lah berusaha menyokong dirinya sendiri dan ahli UMNO lain akan terpanggil mengikuti beliau dengan harapan, moga-moga berkawan dengan menantu Pak Lah ini akan memperoleh hasil yang lumayan!

Tulisan ini diterima dari salah seorang penyokong Blog Anti Khairy.

Anak Jati Rembau

18 comments:

Kunang_kunang,  October 30, 2007 at 1:13 PM  

Sudah menjadi resam manusia , jika ada saja kebaikan yang dibuat akan di fitnah dengan tuduhan-tuduhan dapat imbuhan dan berbagainya.
Kalau pembangkang yang diupah , mereka akan mengatakan dengan kerelaan hati.
Yang penting adalah Nawaitu bloggers yang membuat laman ini. Tiada sebarang imbuhan yang diharapkan.Salam Perjuangan kepada semua pembaca yang mahukan kesaksamaan dan pembelaan yang ikhlas.
Laman ini pasti akan penuh dengan caci hamun dari mereka yang berjiwa PHD.
OPercaya kepada diri, yakin akan apa yang dilakukan...inilah kesamaan dengan bloggers dan Khairy.
Yang penting ........ hi is up there now dengan keyakinan dan perancangan yang rapi. Ini tidak dapat kita nafikan ..anda juga tidak boleh menafikan........bukan gitu.....tak perlu nafikan bahawa Khairy is smart dan kini berada dalam kuasa dan empirenya sendiri. Bukan Mudah untuk melakukan ini. Say Yes.......

Anonymous,  October 30, 2007 at 1:54 PM  

si jimbam khairy itu naik cam mana? tanyalah sendiri cam mana budak yang tak kerja dapat kete besar lepastu dapat manfaat pegang syer syer syarikat besar?

korang bukan tak tahu yang dia tu nak jadi PM sebelum 40 tahun? biar dia cuba, sampai matlamat tu, kita belum tahu.

rasa2 nak bagi tak komen ini masuk? bagilah, biarlah adil.

chikuano October 30, 2007 at 4:41 PM  

Saudara tolonglah jangan memarahi KJ kerana dia kaya. Kalau saudara mempunyai bapa mertua seorang Perdana Menteri saudara juga akan akan mencari peluang apa yang terdaya untuk mencari kekayaan bukanlah saya menuduhnya mencari kekayaan dengan cara yang tak elok tetapi perniagaan yang betul seperti bermain saham dan menerajui perniagaan. Bukan salah dia tetapi oleh kerana peluang ada didepan mata tentu lah sebagai manusia sukar dilepaskan. Oleh itu baiklah jangan kita menghina dan mengadu domba tetapi kita nasihatlah saudara KJ supaya berundur dari dunia politik agar dia terlepas dari fitnah-fitnah yang dilemparkan keatasnya.

Kamalkamal October 30, 2007 at 9:36 PM  

Hidup KJ, ibarat tikus jatuh ke dalam bekas/tong beras. Sebab itulah tembam!

chikuano October 31, 2007 at 2:01 PM  

KJ ada projeck tak. Kalau ada bagi saya sikit saya kasi 10 % kat KJ ok. Supply air miniral kat Jab PM pun ok. Peace KJ.

Anonymous,  October 31, 2007 at 3:01 PM  

ini sahaja ke yang ada kat pro khairy nie? tak ada kandungan tetapi hanya ampu sana ampu sini.

Anonymous,  October 31, 2007 at 7:58 PM  

ingat kan web blog ni penuh dgn informasi2 ke, penuh dgn isu2 kritis ke..cuba la cite psal masalah melayu ke, mcm mana nak atasi harga minyak ke....Kita megah dgn IK yg cecah 1400 unit, tapi sapa sebenarnya yg dpt rasa?blog ni just nak backing encik menantu jer...

xde faedah betol..typical malay la, suka wt keje x faedeh..syabas!!!

chikuano November 1, 2007 at 2:27 PM  

Woi beb, kau ingat senang ke nak jumpa KJ. Nilah satu cara nak rapat dengan dia. Aku ni bukan Maya Karin tau, aku ni jantan kalau tak buat macam ni sampai kiamat pun tak dapat jumpa. Jangan mare.

Anonymous,  November 2, 2007 at 11:28 PM  

Aku rasa tulisan kat blog ni tak ubah standard mcm baca Majalah MANGGA dan URTV... ehh takde ke gamba khairy kat kolam renang pakai swimming trunk! hehehe

bluedream,  November 5, 2007 at 12:10 AM  

blog antikhairy wujud kerana penulis tersebut ingin meluahkan rasa dendamnya pada khairy.

kesian, orang macam ni pun ada didunia ini.kononya dia dapat mempengaruhi orang ramai menerusi blog antikhairy.

denha_za,  November 8, 2007 at 10:34 PM  

apsal degki sgt ngan khairy tu.
kita ni org melayu sokong la sesama kita.sampai bila nak maju.dok mengata org je.keje je kuat2...azam jadi maju

org dah sampai bulan dah
kita org melayu dok melukut tepi gantang lagi

azam,tekad untuk berjaya dalam perniagaan

org indon,bangla,thai dtg sini pun boleh jadi kaya raya sebabb meniaga.tak da subsidi pun,tak ada biasiswa pun...tapi kaya raya.

org melayu dok kata org melayu.sampai bila beb.

bersatu la kita

kita perlu orang2 muda macam khairy lebih ramai lagi.

Anonymous,  November 11, 2007 at 12:53 AM  

adui ..cuber lah pikir betul..sape betul@salah....banding je lah ....tgk lah kj tu kate ucap kate berok2 tu elok ker ...dia tu kat sape ...

Anonymous,  November 11, 2007 at 12:55 AM  

aku dok penoh lg tgk begitu cpt seorg pemimpin naik name....alah dok payaoh gie jauh ..pak lah sendiri lah ..dulu mase tun dulu ..palah dok gelemor pun....khiri lg ar xdok name langsung ..skrg nie ..tiba2 jer muncul ....aper kes..

dome espais,  February 28, 2008 at 2:51 PM  

x dinafikan khairy penuh dgn tenaga dan semangat,berkemahiran,keyakinan tinggi.senang cerita serba boleh.tapi khairy kena kurangkan pegang jawatan dalam satu-satu masa.tambahan pula aktif dalam politik.sebagai contoh khairy perlu lepaskan jawatan kat FAM.cukuplah setakat ini penglibatan kat badan induk bola negara tu.dapat pengalaman sikit cukuplah.dikhuatiri khairy x mampu memikul banyak masalah.ini boleh memberi peluang kepada pembangkang untuk condemn khairy

jeniceyap March 8, 2008 at 2:56 PM  

http://antikhairy.blogspot.com/

amirrash,  March 31, 2008 at 6:32 PM  

selagi khairy berdegil tidak mahu menjawab soalan yang ditimbulkan oleh orang ramai maka selagi itulah gosip dan cerita panas tentang dia akan kedengaran. Jadi cubalah menjawab. manalah tau kalau-kalau berjaya menjawab tanpa mengundang lebih banyak kontroversi.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

mr stoner,  July 8, 2008 at 9:21 PM  

yb tahniah atas kemenangan rembau, selepas berpeluh yb dapat buktikan di Parlimen dengan ketokohan yb tetapi perjalanan yb hanya baru bermula.Adakah yb mengambil pendekatan dan mengambil tahu masalah2 anak-anak muda yang masih banyak terumbang-ambing? Generasi ini akan ikut bersama yb jika benar yb bercita-cita menjadi pm.Pada masa itu mungkin tiada guna ada pm yang bersemangat dan berkelibar tinggi tetapi bangsa melayu jauh ketinggalan. saya doakan perjuangan yb menjadi ketua pemuda malaysia tetapi lupakan niat yb menjadi menteri.Saya percaya yb dapat membantu anak-anak bangsa yb.

sesumpah@pokka.com August 29, 2008 at 12:18 AM  

PRU yg lepas UMNO dah kalah,
UMNO yg lemah tetap berhelah,
Di P44 UMNO terus berdakyah,
Hasilnya UMNO semakin rebah…

Jika hendak seribu daya,
Jika x hendak seribu dalih,
Sedihnya ada melayu yg dok percaya,
MeLAYU ni lah yg UMNO hendak sembelih…

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Kerana kuasa kerana harta,
Inilah yg sebenarnya UMNO perjuangkan…

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Cakap dollah kami tak caya dah,
Gila..!lidah dia pun bercabang tiga…

Indahnya kata Dato’ Laksamana,
“Takkan Melayu hilang didunia”,
Kata Tokdet “melayu mudah lupa”,
Dollah plak cakap,”pi lah tanya menantu saya”…

Buah cempedak diluar pagar,
Ambik galah tolong jolokkan,
Org no.2 UMNO dah makin ketar,
Impian menjadi PM jadi angan tak kesampaian…

Burung merpati terbang beribu,
Hinggap seekor diatas dahan,
TOKDET dah nyanyuk cakap pun merapu,
Jadi lawak jenaka tak berkesudahan…

Dagang pak malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu,
Dagang UMNO hanya bertempat,
Dah semesti untuk kaum kerabat,kroni dan Menantu@anak hantu…

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
UMNO nak hidup pun tak lama dah,
Bersamalah kita talkinkan nanti…

Limau purut lebat di pangkal,
Sayang selasih condong uratnya,
Didunia ni tiada yang kekal,
Ke liang lahad jua UMNO akhirnya…

Raja adil Raja disembah,
Raja zalim Raja disanggah,
Sedarlah melayu,sudah2lah,
UMNO dok mohong hangpa berabad dah…

Tuai padi antara masak,
Besok jangan layu-layuan,
UMNO yg KORUP kian terdesak,
Sampaikan sibontot saiFOOL diwayangkan…

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dah tiga orang yg pencen Perdana Menteri,
Tinggalkan UMNO si kaki temberang…

Kalau padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi,
Perjuangan untuk bangsa atau untuk diri sendiri,
Woi!! Org2 UMNO jawablah sendiri…

Kota Pahang dimakan api,
Antara Jati dengan Bentan,
UMNO terus-terusanlah dibuai mimpi,
Tunggu korang kami kapankan…

Anak cina memasang lukah,
Lukah dipasang diTanjung Jati,
Ayuhlah Melayu kita berhijrah,
Dalam PAKATAN RAKYAT kita bersatu hati

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP